Special message from Siti Nurhaliza in Australia! di Tmnet.

Kami check out dari hotel kira-kira jam 11:00 pagi. Sedih juga rasanya hendak berpisah dengan peminat yang turut bersama semasa percutian ini. Penerbangan kami bertolak pada jam 2:20 petang dan tiba di Kuala Lumpur jam 8:30 malam. Semoga kita berjumpa lagi David, Jason, Hafiz, Sam dan Syaifuddin. Kenangan manis bersama kalian tidak akan Siti lupakan!

Kepada para pemenang yang lain pula, anda mungkin berpeluang memenangi hadiah yang lebih hebat lagi dalam peraduan-peraduan lain yang bakal dianjurkan oleh pihak TM Net di masa-masa akan datang! Jangan lupa mencuba ye!

Sekian, salam manis dan sayang dari Siti buat semua peminat di Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan di mana-mana jua anda berada dan semoga kita akan berjumpa lagi di dalam mesej yang akan datang…

P/S: nantikan gambar-gambar Siti dan para pemenang sewaktu di Gold Coast dan Sydney, Australia yang akan disiarkan di dalam website ini tidak lama lagi!

Salam mesra.

16th September 2003