Siti Situ Sana Sini : Transkripsi Cinta Siti Nurhaliza

transkripsi-big1.jpg

Siti Situ Sana Sini, tak abis-abis Siti aje… Siti sana, Datok Khalid sini, jurutera situ… hahaha.. Bila ditanya, jawapannya pernahkah kau bermimpi?, Biarlah Rahsia. Mungkin kau masih samar-samar lagi dengan Destinasi Cinta mu? Adakah ia akan menuju ke destinasi puncak cinta tertinggi??? Tentu kau masih perlu Cuba Untuk Mengerti cinta yang bisa membuatnmu bahagia. Ada benar ada dusta, lumrahlah bagi seorang penghibur seperti mu, Hidup Penuh Bicara.

Bila Harus Memilih tarikh persandingan? Dengar-dengar 26 Mei 2006 ni… kenapa tak 6 Jun 2006? 06/06/06, kan cantik. Kalau betul, ku ucapkan selamat pengantin baru in advance. Masih nak mengelak ke? Cincin bertatahkan berlian yang tersarung di jari manis kananmu tu siapa yang beri? Ku Pastikan kau dan dia, jangan ada cinta lain. Dalam Hati Berbisik agar kau diberikan segala kekuatan untuk meneruskan perjalananmu.

Rupanya Kita Serupa, dikecewakan oleh Siti yang suka bermain teka-teki. Amarah dan kecewa, hanyalah bara membakar jiwa. Bersabarlah kita Tanpa Dendam Di Hati. Oh mengapa ada Intrig Cinta? Semoga cintakan bahagian, harapku sandarkan, Impiankan Nyata. Bisakah kita terima kau dengan 'Orang Yang Tersayang'?

About Transkripsi:

1. Album Siti kali ini fully cintan-cintun, 11 dari 13 lagu didalamnya sekurang-kurangnya ada satu perkataan 'Cinta'. Tak percaya? Cuba kira sendiri. 'Hati Berbisik' dan 'Tanpa Dendam Di Hati' aje yang takde, tapi ada terselit 'Hati' didalamnya.

2. Inilah album pertama Siti yang diusahakan oleh keluarga Siti; Ibu dan bapa Siti sebagai Penerbit Bersekutu, Siti dan Ayie sebagai Penerbit Eksekutif dan Rosie sebagai Penyelaras Produksi. Mungkin boleh masuk 'Book of Records'. Adakah album seterusnya akan disertakan ahli keluarga yang lain seperti Siti Saerah sebagai penyanyi latar??? Tunggulah untuk mengetahuinya.

3. Album yang mengambungkan pencipta-pencipta lagu dan irama dari Malaysia dan Indonesia. Kenapa tak ada pencipta dari Singapura? Tak ada standard ke? Macammana Ramli MS, M.Nasir dan Ramli Sarip boleh diundang menjadi ketua Anugerah Fantasia???

4. Album yang dilahirkan dari cita rasa Siti sendiri. Tentu seronok jadi boss sendiri dan dapat menerbitkan album dengan gabungan ramai komposer hebat dari luar SRC. Itu ke sebab Siti keluar dari Suria Records Company?

Overall aku rasa album ini so-so aje, belum lagi yang terbaik dari Siti, tapi masih boleh diperbaiki.. I missed suara Siti yang manis 10 tahun lalu