Siti Rakam Lagu Untuk Laila Isabella.

“””Saya mengenali Julfekar sebagai penyanyi lagu-lagu puisi dan komposer lagu dalam genre berkenaan. Apabila dia menghubungi saya dan memberitahu dia telah mencipta sebuah lagu untuk Siti Nurhaliza, saya berkata tiba masanya untuk menyanyikan lagu-lagu bertemakan puisi,”” ujar Siti Nurhaliza.
“”Sebenarnya , saya terlibat dalam penghasilan ‘soundtrack’ filem Laila Isabella dan dalam filem ini, Siti dan anak saudara saya, Azharina akan menyanyikan lagu temanya,”” kata Julfekar yang kini juga sibuk dengan urusan rakaman album Francisca Peter.

Lagu yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza berjudul Untuk Selamanya, sementara Azharina akan menyampaikan lagu yang berjudul seandainya dan Teman Yang Ku Kasih.”” Saya mencipta sepenuhnya dua buah lagu yang dinyanyikan oleh Azharina manakala lagu nyanyian Siti Nurhaliza , saya cipta melodinya sementara liriknya pula ciptaan bersama dengan Rashid Sibir,”” ujar Julfekar yang berjaya mencipta rentak yang agak berlainan untuk disampaikan oleh Siti. Kata Julfekar,”” Genre lagu ini masih dalam pop komesil cuma di ubah sedikit susunan melodinya agar nampak lain. Siti berjaya menyampaikannya dengan baik sekali dan dia tidak ada masalah sepanjang merakamkan lagu ini.””

Dalam perkembangan lain, Julfekar berkata Siti juga telah merakamkan satu klip videp khas untuk lagu ini bagi tujuan promosi Laila Isabella yang di bintangi oleh Rosyam Nor dan Nasha Aziz.”” Saya juga sedang sibuk menerbitkan album penyanyi kegemaran saya, Fran dan untuk pengetahuan semua, album sulung anak saudara saya, Nina akan berada di pasaran bila-bila masa sahaja lagi kerana kami sedang membincangkan syarikat yang paling sesuai untuk mengedarkan albumnya,”” ujar Julfekar dalam nada gembira.

PETIKAN : Kumpulan Karangkraf ( Media Hiburan ).