Siti Nurhaliza Yang Terlampau

Terlampau 1 : Penyanyi melayu pertama yang menerima paling banyak anugerah.

Terlampau 2 : Penyanyi melayu pertama yang mengadakan konsert di Royal Albert Hall, London.

Terlampau 3 : Penyanyi melayu pertama yang akan bernikah dan bersanding disaksikan oleh berjuta-juta manusia menerusi kaca TV secara langsung.

Walaupun ramai yang berkata perkahwinan Siti Nurhaliza bersama Dato’ K adalah “Wedding Of The Year”. Bagi aku, aku melabelkan ia sebagai “Disappointed Wedding Of The Year”.

Disebabkan oleh pengumuman Siti Nurhaliza di sidang akhbar tempoh hari, seorang peminatnya sanggup menutup blognya. Berakhirlah sudah Cinta Semusim nya. Seorang lagi mengubati Kisah Mat Rock nya dengan menyanyi dan berpuisi. Siti Nurhaliza will die, But ROCK terus HIDUP ok Mat Rock!

Apa-apa sahajalah TV3 mengadakan rancangan “Tiada Rahsia”. Rancangan selama satu jam dimana kita dilalaikan dengan penyanyi jemputan menyanyikan 3-4 lagu Siti Nurhaliza, pengacara yang banyak membuang masa, pesanan penaja dan Siti Nurhaliza hanya mendedahkan 1-2 rahsia sahaja.

Aku masih tidak percaya “Pak Besak” panggilan Siti Nurhaliza kepada Dato’ K. Mungkin Siti Nurhaliza memanggilnya “Bang Lid” kot. Dengar-dengar episod semalam sungguh membosankan kerana Siti Nurhaliza tidak mahu menjawab soalan-soalan yang diberikan. Peminat-peminat Siti Nurhaliza ditipu lagi…. mungkin rancangan itu patut ditukar kepada “Rahsia Tetap Rahsia”.

Satu rahsia Siti Nurhaliza adalah memakan buah strawberi cecah di coklat pemberian Dato’ K. Patutlah sejak menjak ni berat badan Siti Nurhaliza bertambah. Kerja Dato’ K lah…. Nampaknya makin sihatlah Siti Nurhaliza selepas berkahwin… hahaha…

Lepas ni adalah peminat-peminat ikut-ikut makan buah strawberi cecah di coklat dan cari calon suami seperti Dato’ K.

Soalan yang aku hendak dengar dari Siti Nurhaliza mengenai detik-detik bermulanya cinta mereka berputik mungkin akan terus menjadi rahsia. Oleh itu aku ingin membuat andaian (spekulasi – perkataan mat saleh yang dicuri dan ditukar menjadi perkataan melayu celup) mula-mula Siti Nurhaliza jatuh cinta kepada Dato’ K. Spekulasi dibawah mungkin tidak benar atau benar atau hampir-hampir benar.

Al-Kisahnya….

Siti Nurhaliza memang sudah mengenali Dato’ K sejak dari usahasama syarikat mereka selepas Kemuncak Konsert Fantasia Tour 2004. Masa tu Dato’ K yang cuba mengurat Siti Nurhaliza, tapi Siti Nurhaliza tidak berminat sangat.

Hanya selepas kekecewaan Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall, dimana Siti Nurhaliza melafazkan kesedihannya dan kerugiannya di laman rasminya Sitizone, Dato’ K mengambil kesempatan untuk memujuk dan mencuri hati Siti Nurhaliza. Kata-kata semangat Dato’ K sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya telah menambat hati Siti Nurhaliza dan membuat Siti Nurhaliza lebih berazam untuk meneruskan kerjayanya sebagai seorang penghibur dan berputiklah bunga-bunga cinta dari situ.

Waktu itu Dato’ K belum lagi sah bercerai, jadi tak bolehlah diheboh-hebohkan, takut dianggap Siti Nurhaliza merampas suami orang. Selepas sahaja Datuk K – Tengku Zawiyah sah cerai, barulah Siti Nurhaliza membuat sidang akhbar besar-besaran.

Itu sahaja spekulasi aku.

Spekulasi mengenai Siti Nurhaliza terhutang budi (duit Dato’ K untuk bayar konsert Royal Albert Hall) dan terpaksa membayar dengan “Body” yang banyak terdapat di internet tu aku tak tahu ler.

Buat Siti Nurhaliza, “Tiada siapa yang dapat menjatuhkan kamu dimana kamu berada sekarang melainkan kamu yang menjatuhkan diri kamu sendiri”.