Siti Nurhaliza tarik diri bertanding di Anugerah Bintang Popular Berita Harian



Adakah ini gimik Dato’ Siti Nurhaliza untuk memancing undi dan terus menggenggam trofi Anugerah Bintang Paling Popular yang dimenanginya selama enam tahun berturut-turut? Adakah beliau takut tewas kepada Aizat dan Faizal Tahir yang sekarang ini sedang meningkat kepopularitiannya?

Apa pun alasan beliau (mungkin almari beliau sudah penuh dengan trofi-trofi yang sama sahaja), beliau tidak berhak menarik diri selagi beliau masih aktif menyanyi. Lagipun bukan beliau disuruh menyanyi untuk memenangi anugerah ABPBH. Keputusan pemenang terletak di tangan peminat yang mengundi.

Seperti kata pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid, ABPBH adalah anugerah yang mempertaruhkan hak peminat dan Siti sebenarnya tidak boleh mempertikaikan hak itu secara dasarnya. Daripada sudut pihak penganjur, Siti juga tiada hak untuk menarik diri kerana semuanya bergantung kepada pilihan pembaca dan peminat.

Hai Siti, kalau betul anda mahu “berehat”, nampaknya anda tidak boleh lagi mengeluarkan atau mempunyai sebarang produk sepanjang tahun-tahun “berehat” anda. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Siapa yang rugi sekarang?

Antara wajah baru yang dipilih oleh pembaca Berita Harian untuk dicalonkan ke peringkat akhir dalam 16 kategori ABPBH2009 ialah kumpulan Bunkface, Yuna, Hujan, Akim, Hafiz, 6xith Sense, Scha Al Yahya, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah, Didie Alias, Zizan Raja Lawak, Nik Sayyidah, Gambit, Aril, Putri Mardiana, Black dan Dira Abu Zahar.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*