Siti Nurhaliza Susah Tidur Gara-Gara Bomoh Puja Gambar.

KESIAN Siti Nurhaliza. Gara-gara terdedahnya kisah bomoh memuja gambarnya hampir setiap malam atas permintaan peminatnya, beliau sampai sukar tidur malam!

‘Apabila nak tidur, Siti takut! Bayangkan setiap malam gambar kita dipuja orang. Tak selesalah… lebih-lebih lagi apabila kita dah tahu niat mereka yang tak baik tu. Siti sebenarnya tak sangka ada orang yang sanggup buat kerja macam tu. Siti sedih…

‘Apa saja yang berlaku adalah ketentuan Tuhan. Justeru, dalam hal memuja gambar ni, Siti sebenarnya lebih kesal dengan sikap individu yang menemui bomoh. Jika tak ada orang yang jumpa bomoh tu, benda-benda karut macam ni tak ada. Tak ada pelanggan, tak ada bomoh, tak ada syirik!’ kata Siti, lapor Berita Harian Malaysia.

Kepada peminatnya yang ingin tahu rahsia Siti menjaga seri mukanya, mudah saha.

‘Setiap kali bangun pagi, tengok muka depan cermin dan selawatlah ke atas Nabi Muhammad saw bersama fikiran yang positif. Insya-Allah, apa saja kebaikan yang kita lakukan akan diberkati Allah,’ kata Siti lagi.

http://cyberita.asia1.com.sg/