Siti Nurhaliza Bantu Kempen Jusco.

“Membuat amal tidak mengira usia! Itulah mesej yang ingin disampaikan oleh pihak Jaya Jusco yang melantik Siti Nurhaliza sebagai duta tabung kebajikan ‘With All Our Hearts’ yang dilancarkan secara rasmi oleh Datuk Paduka Dr. Saleha Mohd. Ali di Jaya Jusco, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 24 Mei lalu.

Kutipan bagi tabung tersebut akan dilakukan sepanjang musim cuti persekolahan ini iaitu bermula 24 Mei hingga 4 Jun 2002. Objektif melancarkan tabung itu adalah untuk membantu kanak-kanak yang tidak bernasib baik termasuk melakukan pelbagai aktiviti kebajikan diseluruh negara.

Disamping menderma, orang ramai juga berpeluang mendapatkan pelbagai barangan cenderamata seperti pelekat kereta, penanda buku dan pin baju berdasarkan jumlah wang yang didermakan. Bukan itu sahaja, mereka juga berpeluang memenangi hadiah lumayan dalam peraduan yang bakal diadakan tidak lama lagi.

“”Saya merasa sungguh bangga dengan penyertaan Siti Nurhaliza yang sanggup membuat kerja amal sebegini. Semangat Siti sebenarnya harus ada dalam setiap anak muda kerana sumbangan tersebut amat bermakna bagi golongan yang tidak bernasib baik,”” ujar Dr. Saleha dalam ucapan perasmiannya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah kanak-kanak Tadika Wangsa Maju dan kanak-kanak istimewa sekitar Lembah Klang. Meskipun Jaya Jusco baru sahaja membuka perniagaan mereka (sekitar 10.30 pagi) hari itu, namun kelihatan orang ramai khususnya peminat Siti Nurhaliza sejak awal pagi telah datang berpusu-pusu untuk menyaksikan pelancaran tersebut.

Dan dianggarkan kira-kira RM5,000 berjaya dikutip pada waktu pelancaran tabung tersebut di sekitar ruang legar Jaya Jusco, Wangsa Maju sahaja. Dijangkakan angka tersebut akan meningkat mendadak beratus kali ganda dalam beberapa hari sahaja dan mencapai sasaran yang diharapkan apabila ia turut dilakukan serentak disekitar rangkaian Jaya Jusco seluruh negara.

IN ENGLISH

As part of our corporate citizenship program, in conjunction with the school holidays this May, we are doing a “”With A11 Our Hearts”” Charity Fund Drive. The period will be from the 24th of May to the 4th of June 2002.

The objective of the “”With All Our Hearts”” Charity Drive is to create high awareness of the charity fund to the public via Siti Nurhaliza and at the same time, announce our mission of the charity fund, which is to be continuously involved in fund-raising activities and events for the benefit of the Malaysian children and youths.

Cik Siti Nurhaliza (the ambassador of the “”With All Our Hearts”” Charity Fund) will be accompanied by Datuk Paduka Dr. Saleha Mohd. Ali to launch the event at Alpha Angle Shopping Centre at 11.OOam on the 24th of May 2002.

Some of the activities we would be doing during the charity drive would be the “”With All Our Hearts”” Rally, in which the customers would be able to get a Siti Nurhaliza car sticker, Siti Nurhaliza bookmark or a lapel pin depending on the amount of money they were to donate to the fund.

Other events include ‘Count the number of Hearts’ contest in which the grand prize will be lunch with Siti Nurhaliza at Seri Angkasa. We are also organizing a Siti Nurhaliza’s wannabes contest, “”With A11 Our Hearts”” jogathon, “”With All Our Hearts”” Children’s drawing and colouring contest. Specially for Siti Nurhaliza’s fans, they would be able to enjoy all of these activities held at our stores and at the same time, they would also be able to do a little bit of charity to contribute towards the “”With A11 Our Hearts”” Charity Fund.

On top of that, look out for items with Siti Nurhaliza’s stickers, tags and wobblers at our stores, where if you were to purchase any of the items, a certain percentage of the sales would be donated to the “”With All Our Hearts”” Charity Fund. Our business partners have been very supportive, generous and kind to participate in this charity event. Once again during the event, TV3 would be our official broadcaster. We hope that this event would be a success and that we would be able to bring maximum awareness of the “”With All Our Hearts”” Charity Fund to the public.

http://www.myartis.com/”