Siti, jodoh & banglo indah ditepi tasik.

“KALAU tak kuat semangat jadi artis ini boleh sakit jiwa,”” begitulah ungkapan paling telus pernah diluahkan Siti Nurhaliza Taruddin mengenai perasaannya menjadi antara artis popular tanah air ketika ditemui di surprise birthday party yang diadakan di sebuah banglo tepi tasik berhampiran Mines Resort, petang Ahad lalu.

“”Ketika mula jadi penyanyi, usia Siti belasan tahun. Kini Siti dah matang. Apabila timbul gosip Siti sudah bersedia. Hanya Siti dan keluarga saja yang tahu apa sebenarnya berlaku. Cukuplah, Siti sudah penat mendengar cerita karut sebegini,”” katanya lagi.

Sejak akhir-akhir ini gosip cintanya begitu kerap didengari. Barangkali ia disebabkan usia Siti yang sudah pun mencecah 25 tahun pada 11 Januari lalu. Iyalah, apabila sudah tiba ke angka itu, adalah yang tertanya-tanya mengenai siapa boyfriend Siti. Ada juga yang mahu menjadi ‘orang tengah’.

Biasalah, dulu teman pun berkata pada diri untuk menamatkan zaman bujang pada usia 25 tetapi batang hidung jodoh pun tak nampak. Tiba-tiba jodoh menjenguk ketika usia hampir mencecah 30 tahun.

Kerja jodoh, menghidup dan mematikan adalah kerja Tuhan jua. Walau hati sudah berkenan, makan tak kenyang, tidur tak lena dan mandi pun tak basah, kalau bukan jodoh kita, buatlah macam mana pun tak jadi juga.

Dalam bab jodoh Siti pula, teman dapat berasakan bahawa tidak dapat tidak, keluarganya pasti berasa protective mengenai siapakah orangnya. Siapa tak sayang anak oiiii… Sudah tentu mereka hendak yang terbaik untuk insan kesayangan mereka.

Dulu, terdengar juga Siti digosipkan dengan Yusry. Erra sayang…. jangan marah ya, kerana itu cerita lama. Lepas itu timbul pula nama Zamani (Slam) dan dalam setahun ini timbul pula nama Ramli MS, seorang komposer yang tidak kurang hebatnya. Dalam pada itu, ada juga peminat yang cuba memadankan Siti dengan anak Pak Zain, Anuar yang semakin kacak itu. Sebulan lalu, heboh mengenai jodoh Siti dengan anak raja pula.

Tiga hari sebelum menghadiri party Siti, teman bagaikan tidak percaya apabila timbul pula gosip Siti sudah berkahwin. Paling terkejut apabila ‘suami’ Siti kononnya anak saudara Allahyarham Sudirman Haji Arshad, Atai. Macam mana itu? Ribut tidak, angin pun tidak tiba-tiba nama Atai timbul.

Malah, ketika seronok melihat reaksi Siti apabila tutup matanya dibuka apabila tiba di banglo mewah menghadap tasik itu, telefon teman berbunyi.

“”Siti kahwin hari ini ya?”” tanya seorang rakan yang setahu teman tidak pernah ambil pot mengenai dunia artis ini.

“”Tema majlis berwarna putih. Khemah putih sudah tegak, alas meja pun warna putih, bunga ros atas meja tetamu dan meja khas untuk Siti pun berwarna putih. Tetamu yang datang pun pakai putih. Siti yang sudah sampai ni pun pakai baju putih. Memang cantik! Tetapi malangnya, Siti tak kahwin hari ini,”” jawab teman pula.

“”Habis tu… siapa yang pandai-pandai kata Siti kahwin today?”” katanya yang bunyinya memang tak puas hati betul apabila gosip sebegini sampai ke telinganya.

“”Siapa pula yang bagi tahu you dia kahwin?”” tanya teman pula.

“”Ntah… kat mana I baca ya…,”” katanya.

“”Gosip le tu!”” kata teman semula sambil sibuk bercerita mengenai betapa cantiknya banglo yang tersergam indah ini. Memang dream home teman.

Ceritanya, banglo itu juga dream home Siti. Tetapi bak kata Dean, “”Mati hidup balik pun kita tak akan dapat rumah macam ini Kak Cham. Dream on aje le…””

Teman sempat berbisik kepada Siti, beli saja dik oooi… Siti hanya tersenyum. Senyum penuh makna barangkali. Memang rumah ini untuk penyanyi yang berjaya seperti Siti. Seorang lagi yang teman teringat adalah Datuk Sharifah Aini. Teman tahu dia juga akan jatuh cinta dengan banglo indah itu.

“”Makcik tak pernah duga akan melalui kehidupan seperti ini. Siti anak yang baik. Begitu juga dengan anak-anak lain. Kejayaan Siti kerana sokongan keluarga juga. Itulah berkat restu keluarga,”” kata ibu Siti, makcik Salmah yang sudi menemani teman meninjau ke tingkat atas banglo itu sebelum majlis bermula. Ringan juga mulut teman hendak bertanya mengenai gosip yang melanda Siti tetapi teman tidak mahu membuat hatinya gundah gulana dengan cerita sebegitu di hari ulang tahun anaknya gadis itu.

“”Nak beli banglo macam ni ke makcik?”” sebaliknya itulah soalan yang
terkeluar daripada mulut teman.

“”Entah… terpulanglah pada Siti. Makcik tak kisah soal ini semua. Rumah yang di Lipis itu pun sudah memadai,”” katanya. Bagaimanapun, paling menarik adalah detik pertemuan pertama teman dengan ayah Siti, pakcik Taruddin.

“”Ya… saya bapak Siti. Kenapa? Tak percaya ya? Handsome macam gajah kan? Biasalah pakcik ni nampak saja garang tetapi sebenarnya pakcik suka bergurau,”” katanya lagi. Tiba-tiba, hati teman terbit rasa sayu di hati kerana teman terus teringatkan ayah sendiri yang sudah tiada. Arwah ayah pun nampak garang tetapi hatinya mulia. Ya… Tuhan lebih menyayanginya…
Al-Fatihah!

hanizam@bharian.com.my

http://www.emedia.com.my/”