Siti, Datuk K rai ulang tahun di Venice

KEINDAHAN kota Venice menjadi pilihan pasangan suami isteri, Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamed Jiwa, untuk menyambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka.

Ogos ini, genap setahun mereka melayari hidup bersama.

Biarpun pada mulanya Siti seakan berahsia tentang destinasi sambutan itu, tetapi akhirnya Khalid telus memberitahu Venice menjadi kota pilihan mereka.

‘Kami akan ke Venice selama dua minggu. Dah lama kami merancang untuk ke sana. Cuma tarikhnya kami belum tentukan lagi,’ dedah Khalid dalam laporan akhbar Utusan Malaysia.

Menyentuh soal menimang cahaya mata pula, Siti berkata:

‘Saya tak merancang dan jika dapat anak dalam masa terdekat, satu rezeki buat saya. Ada juga yang kahwin enam atau tujuh tahun baru dapat anak, kan? Saya harap rezeki saya tidaklah selambat itu.

‘Saya macam isteri-isteri lain yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri. Dengan cara berjumpa pakar kesihatan selain bertanya kepada orang-orang tua.’