Siti Dan Datuk K Bantu Mangsa Banjir Di Johor

JOHOR BAHARU, 15 Jan (Bernama) — Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Khalid Mohamad Jiwa hari Isnin turun membantu mangsa banjir di Johor dengan menyampaikan bantuan melalui Persatuan Bulat Sabit Merah Malaysia di Gerbang Perdana di sini.

“Kami akan membantu setakat mana yang kami mampu tetapi yang penting disini ialah adalah menjadi tanggungjawab kita bersama membantu mangsa banjir yang memerlukan pertolongan,” kata Siti Nurhaliza yang juga ahli seumur hidup PBSMM.

Turut hadir di majlis ini ialah Pengarah Urusan Gerbang Perdana Selatan Bersepadu, Datuk Yahya Jalil.

Seramai 1,000 anggota PBSMM dari pelbagai negeri datang ke Johor untuk menghulurkan bantuan dan menjalankan kerja sukarelawan.

— BERNAMA