SITI ‘BOS’ YANG TEGAS

Kejayaannya Siti menyanyi di Royal Albert Hall London, gosip cinta dengan seorang tokoh korporat dan kes fitnah e-mel bukan lagi rahsia.

Tetapi, bagaimanakah pula Siti daripada sudut pandangan pengurusnya, Rozie Abdul Razak, 31, yang cukup mengenalinya sejak di bangku sekolah ini?

Bagaimanakah hubungan Siti Nurhaliza sebagai bos dengan pekerjanya? lkuti temu bual wartawan NAJIBAH HASSAN bersama juru gambar AZHAR MOGO dan SHAHRIL AZMAN ZAIN menemu bual Rozie dan Siti di salah sebuah restoran di Kuala Lumpur barubaru ini.

KOSMO!: Apakah perasaan Rozie menjadi pengurus kepada Siti Nurhaliza?

Written by Kosmo
Sunday, 01 January 2006
SITI ‘BOS’ YANG TEGAS
SEGALA-GALANYA tentang anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini sudah ‘dilondehkan’ media. Baik perjalanan kerjayanya sebagai penghibur mahupun kisah peribadinya, media tidak pernah kehabisan cerita tentang Siti Nurhaliza Taruddin. Apa saja yang dikaitkan dengan gadis jelita yang bakal mencecah usia 27 tahun ini adalah cerita.

Kejayaannya menyanyi di Royal Albert Hall London, gosip cinta dengan seorang tokoh korporat dan kes fitnah e-mel bukan lagi rahsia.

Tetapi, bagaimanakah pula Siti daripada sudut pandangan pengurusnya, Rozie Abdul Razak, 31, yang cukup mengenalinya sejak di bangku sekolah ini?

Bagaimanakah hubungan Siti Nurhaliza sebagai bos dengan pekerjanya? lkuti temu bual wartawan NAJIBAH HASSAN bersama juru gambar AZHAR MOGO dan SHAHRIL AZMAN ZAIN menemu bual Rozie dan Siti di salah sebuah restoran di Kuala Lumpur barubaru ini.

KOSMO!: Apakah perasaan Rozie menjadi pengurus kepada Siti Nurhaliza penyanyi No. 1 negara?

ROZIE: Perasaan itu sebenarnya lebih menjurus kepada tanggungjawab. Saya tidak melihat menguruskan Siti sebagai satu kerjaya yang glamor. Dan, saya juga berasa tidak harus dikenali hanya kerana menguruskan Siti Nurhaliza Taruddin. Sebaliknya, sebagai individu yang berdiri di belakang Siti, saya hanya ingin melihat Siti berjaya.

Boleh ceritakan siapakah Siti Nurhaliza pada kaca mata Rozie?

Saya sifatkan Siti sebagai seorang insan yang bertuah. Maksudnya, apa saja yang Siti lakukan, semuanya menjadi. Siti bertuah kerana bakat dan keterampilannya. Keterampilannya menyebabkan orang mudah jatuh hati kepadanya. Bukan saja masyarakat tempatan, malah orang luar juga. Itu yang mengejutkan.

Jadi apakah sebenarnya peranan Rozie sebagai seorang pengurus?

Walaupun saya seorang pengurus, tapi keputusan bukan di tangan saya. Saya hanya pelaksana saja. Jika ada sesuatu perkara yang Siti setuju, maka kita akan buat.

Tetapi, dalam membuat keputusan ini, ada juga perkara yang perlu membabitkan keputusan keluarga

Bagaimanakah Rozie tahu jika Siti tidak bersetuju mengenai sesuatu?

Dia akan senyap. Kedua, jangan paksa dia lakukan perkara yang Siti tidak suka dan tidak mahu lakukan. Misalnya, pada peringkat awal Siti mula melibatkan diri dalam bidang seni, Siti ada prinsip enggan bergambar dengan artis lelaki yang sengaja ingin digandingkan dengannya. Begitu juga dengan pakaian. Kalau kita yakinkan Siti dengan mengatakan pakaian tersebut cantik tetapi jika Siti tidak selesa, dengan baju tersebut, Siti tidak akan pakai. Siti akan perform dan muncul dengan baik kalau Siti selesa dengan apa yang ada pada dirinya. Itulah Siti Nurhaliza.

Apakah perbezaan Siti sebelum dan selepas jadi artis?

Paling ketara semasa di sekolah dia memang aktif dalam sukan dan kokurikulum, kebudayaan, sukan dan bermacam-macam. Siti seorang yang aktif, dia sukakan benda yang lasak. Kalau dia bersukan, dia memang agresif. Tetapi Siti ‘berubah’ dengan waktu apabila dia mula sertai bidang seni.

Siti sebenarnya seorang yang pemalu, tetapi perwatakannya semasa sekolah dan setelah bekerja agak berbeza. Tetapi, sesekali jika dia berpeluang bersukan seperti bermain bola jaring, Siti akan menjadi dirinya.

Bagaimanakah dengan kenakalan Siti?

Macam orang lain juga dengan abang nya berselisih pendapat itu biasa. Lihat saja kesan parut pada bawah matanya, itulah tanda kenakalan Siti.

Walaupun dia seorang yang pemalu, tetapi apabila dia mengenali seseorang dan rapat, Siti suka menyakat dengan menyorok dan kemudian menyergah orang. Sampai sekarang Siti buat, baik dengan jurusolek mahupun komposernya.

Selain daripada itu?

Siti seorang yang sensitif dan memendam. Kalau kita sudah biasa dengannya kita tahulah. Dia juga mudah simpati kepada orang lain. Rozie sudah faham. Ada perkara yang kita faham dan tidak perlu tanya.

Apakah yang masih kekal pada diri Siti walaupun setelah bergelar artis?

Siti tidak akan keluar rumah tanpa ditemani oleh ahli keluarganya. Ke mana pun Siti pergi dia rasa lebih selesa dan selamat, jika bersama ahli keluarganya. Siti merasa lebih dihormati jika didampingi oleh keluarga.

Perubahan paling besar setelah sedekad Siti bergelar artis?

Siti lebih bergaya, menjadi wanita yang boleh berfikir dan matang dalam membuat keputusan. Bagaimanapun, Siti masih perlu dibimbing. Siti masih memerlukan satu pasukan untuk terus melakar kejayaannya.

Kalau begitu sampai, bilakah Rozie akan menjadi Pengurus Siti?

Selepas pulang dari London, saya ada bertanya Siti, dari hati ke hati adakah Siti masih perlukan saya lagi untuk menguruskannya? Siti kata, dia masih perlukan saya. Jadi saya masih berada di sini.

Bagaimanakah dengan masa lapang Siti?

Masa lapangnya terhad, dalam sebulan hendak cari satu hari pun susah. Kadang-kadang hingga satu tahap, kalau ada hari rehat pun, kalau orang tahu kita tidak ada apa-apa aktiviti, mesti dimasukkan dalam jadual.

Sekurang-kurangnya separuh hari pun dia boleh rehat. Satu perkara yang Siti sering lakukan ialah melayari laman webnya, sitizone.com.

Kalau ada satu hari dia free, Siti akan beri masa untuk dirinya. Dia akan buat apa-apa yang dia suka seperti ke spa, facial, salon rambut atau apa saja.

Apakah perkara yang boleh membuatkan Siti marah?

Melakukan sesuatu pada saat-saat akhir. Siti bukan jenis yang bising-bising kalau dia marah, tetapi daripada riak wajahnya kita boleh tahu. Begitu juga kalau dia ada masalah, Siti akan cuba selesaikan sendiri. Cuma, kalau masalah berat Siti akan berbincang dengan keluarga.

Apakah yang apa menyebabkan Siti sedih atau terluka?

Setiap tahun akan ada saja benda yang akan dikaitkan dengan Siti tetapi kita sudah expect. Tunggu sajalah tahun ini, kita sudah menjangka akan ada ‘cerita-cerita’ tentang Siti didedahkan, cuma kita tidak tahu apa isunya.

Akan ada cerita-cerita kurang enak dikaitkan dengan Siti. Siti kecewa kerana benda-benda ini datang bertubi-tubi, itulah yang mengecewakan dan menyedihkan Siti.

Kalau timbul perkara seperti ini, dia akan cari Rozie. Siti akan minta pandangan Rozie cara terbaik ketika berdepan dengan media. Rozie akan beri tip dan motivasi kepada Siti kerana perkara-perkara seperti inilah yang akan mengganggu kerjayanya.

Bagaimanakah Siti ketika di rumah?

Sebagai orang biasa, Siti ringkas orangnya. Di rumah, dia pakai baju lusuh, jeans walaupun jeans yang sudah koyak dan berselipar. Siti jenis orang yang tidak kisah tentang makan. Makan apa saja yang ada di rumah, telur, ikan bilis, sardin, apa saja.

Kita tidak rasa dia seorang artis besar bila tengok keadaan hidupnya. Siti juga tidak perlu dilayan seperti seorang superstar atau diva.

Dia boleh rendahkan dirinya di mana-mana saja. Dia tahu asal usulnya. Malah, Siti tidak malu mengaku yang dia orang kampung. Dia juga seperti orang lain, buat kerja rumah. Dia hendak masak, dia akan masak.

Bagaimanakah Rozie membezakan di antara hubungan kekeluargaan dan sebagai pengurus?

Rozie perlu tahu pisahkan situasi ini. Tetapi, hubungan kerja lebih mudah kerana kita tahu siapa Siti Nurhaliza. Kita tahu bos kita macam mana. Kalau bukan soal kerja, Rozie tidak akan cakap. Rozie lebih kepada kerja dan Rozie tidak campur urusan peribadinya. Seperti orang lain, di luar waktu kerja, Siti juga inginkan privacy.

Siti sebenarnya seorang bos yang tegas. Kalau perkara-perkara yang Rozie buat tidak betul, Siti akan tegur. Kami boleh berbincang tentang sesuatu perkara.

Rozie tahu ramai yang menyangka apabila kami bekerja dengan Siti, segala keputusan kami yang buat, hakikatnya tidak. Kami tetap tunggu kata putus Siti.

Itulah yang orang tidak nampak, kerana orang melihat kami ada hubungan kekeluargaan. Walaupun dia lebih muda daripada Rozie, tetapi Rozie harus hormati Siti kerana dia adalah bos.