Siapa Agaknya Eh?

Thanks to kucingmiang & agk7.

Entah betul entah tidak, khabarnya suami artis itu sekarang sudah menikah lain. Isteri baru suami artis itu boleh tahan cantik dan seksi pulak tu. Kalau hendak dibandingkan dengan artis itu, SS rasa tiada yang kurang. Maklumlah artis popular, penampilan sentiasa hebat dipandang mata. Tak mainlah pakai yang ‘cikai-cikai’. Kalau menempah baju pun, dengan pereka fesyen terbaik tanah air.

Menurut desas-desus yang sampai ke pengetahuan SS, gadis yang dinikahi itu bertugas di awan biru yang sebelum ini pernah menjadi ‘kekasih gelap’ suaminya selama beberapa tahun.

Namun, SS tidak pasti pula sama ada artis itu sudah tahu mengenai perkara ini kerana mereka dikatakan melangsungkan pernikahan di luar negara. Bagaimanapun, tembelang suaminya kahwin lain pecah disebabkan sekeping gambar pernikahan tersebar di Internet. Tetapi bukan mudah untuk mendapatkan gambar itu kerana SS difahamkan sekatan penyebaran gambar berkenaan giat dilakukan.

Hai apalah nasib! Dapat bini cantik, popular dan bergetah pun masih mahu cari lain. Mungkin sudah lahiriah orang lelaki tidak pernah puas dengan seorang isteri.

Tetapi siapalah SS hendak memberi nasihat lagipun Islam sendiri membenarkan lelaki berkahwin empat. Cuma yang menjadi persoalan orang bermadu ini, bolehkah si suami berlaku adil terhadap semua isteri?

Sungguhpun begitu, artis itu tidak boleh salahkan suaminya 100 peratus kerana dia dulu pun merampas hak orang dan kini rasalah apabila orang lain pula hendak berkongsi dengannya!

Soseh Soseh: Artis jelita dimadu? * 2008/08/28 * www.hmetro.com.my