Si Cantik Berceloreng Hijau

FUHHH…tak sabar rasanya Joyah nak tengok kelibat penyanyi nombor satu negara yang seorang ini memakai baju hijau siap berceloreng sambil berkawat. Joyah pasti mesti ramai yang ternanti-nantikan kemunculan pertama kali Siti Nurhaliza lengkap beruniform sebagai askar wataniah.

Tapi bukan Siti sahaja yang menyertai pasukan tersebut kerana Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Ana Rafali dan Aizat pun ada sekali untuk menyertai sayap penting pertahan negara itu.

Joyah memang cukup kagum dengan minat dan usaha yang dijalankan oleh orang kuat Kementerian Pertahanan yang mahu menarik lebih ramai golongan artis. Setidak-tidaknya kita tahu masih ramai lagi orang popular macam mereka yang cukup cintakan pada negara.

Semoga usaha yang murni ini dapat membuatkan hasil yang baik pada masa hadapan. Rasanya sikit lagi mesti ramai yang nak berkawad bersama-sama artis pujaan mereka.

Utusan