Sentuhan SIMPLYSITI

Hip

Sentuhan SIMPLYSITI
Oleh Zaidi Mohamad

2011/04/02
gambar sebelum  gambar berikut
Foto

Foto

Foto

Inspirasi Audrey Hepburn, bibir merah menyala dan celak mata tebal, mungkin menghiasi wajah Siti Nurhaliza untuk malam ABPBH2010 esok

SLOGAN rangkaian produk penjagaan kulit dan kosmetik SimplySiti Sdn Bhd milik Datuk Siti Nurhaliza, Rahsiaku Kini Milikmu…. begitu jelas memberi gambaran apa yang ingin dikongsinya. Lebih membanggakan empayar perniagaan yang dilancarkan sejak Mac tahun lalu mula mempunyai pengikutnya sendiri.
Tidak perlu lagi mencemburui kecantikan yang dimiliki pemegang rekod selama tujuh kali bagi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ini, kerana anda tahu bagaimana untuk mencari jawapannya. Impian atau angan-angan mahu jadi cantik seperti Siti bukan sesuatu yang mustahil.
SimplySiti menawarkan pelbagai kelebihan dengan bantuan teknologi nano yang canggih untuk memberikan lebih banyak manfaat kepada kulit wanita. Teknologi nano yang digunakan adalah partikel bersaiz sangat halus yang didapati dalam semua rangkaian produk yang ditawarkan di bawah label ini.

Menariknya tahun ini, SimplySiti turut memberi penajaan kepada penganjuran ABPBH edisi ke-24 yang bakal berlangsung malam esok di Arena Of Stars, Genting Highlands. Bersama Sabtu, kita selami pelbagai rasa yang terbuku di hati tauke kosmetik ini termasuklah agenda perancangan meluaskan skop perniagaannya.

“Hajat dan impian Siti untuk membuka pusat sehenti kecantikan yang menawarkan spa dan pelbagai rawatan badan serta kecantikan seperti yang diperkatakan sebelum ini bakal menjadi kenyataan. Tapi bukanlah dalam masa terdekat. Siti sasarkan tiga tahun lagi untuk merealisasikannya.

“Sekarang Siti mahu fokus kepada apa yang sudah ada di bawah rangkaian SimplySiti. Akan datang, insya-Allah, Siti akan menawarkan produk penjagaan badan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Selain itu, Siti juga berhasrat mahu tampil dengan wangian sendiri dan eksklusif,” ungkap Siti yang sempat mengikuti siri jelajah promosi SimplySiti yang berakhir di Alamanda, Putrajaya, semalam.

Dalam perkembangan lain, Siti sempat ditanya dengan soalan mengenai ABPBH 2010. Saban tahun acara ini menjadi medan bagi calon ABPBH dan selebriti tempatan melaram sakan. Tidak ketinggalan, lensa kamera juga tidak pernah segan untuk merakamkan penampilan wajah dan fesyen penyanyi kesayangan ramai ini.

Sekalipun membuat keputusan nekad dengan menarik diri dalam sebarang pencalonan ABPBH tahun ini, jenama Siti tetap terus bernyawa. Selain memberi penajaan menerusi SimplySiti, Siti masih tetap memberi sokongan menerusi kehadiran di samping membuat persembahan finale ABPBH 2010 dengan persalinan Rizman Ruzaini.

Beliau yang sudah menggenggam trofi Penyanyi Wanita Popular selama 13 kali berturut-turut ini turut memuji usaha Berita Harian mengangkat tema Klasik Moden. Siti akan membiarkan wajah mulusnya ditatarias jurusolek kesayangan, Nurul Shukor menggunakan rangkaian kosmetik SimplySiti.

“Untuk tema ini, Siti masih memikirkan gaya solekan apa yang perlu dipertimbangkan. Bab pakaian, Siti serahkan kepada Rizman Ruzaini. Tetapi selalunya, tatarias klasik ini selalu mengingatkan Siti kepada Audrey Hepburn dengan solekan bibir merah menyala dan celak mata yang tebal.

“Solekan muka itu lebih ‘nude’ dan aspek mata serta bibir itu antara fokus utama yang perlu ditekankan dalam menepati tema ini. Siti akan menggunakan koleksi gincu dipanggil SimplySiti Glam Red. Ia dilancarkan hujung tahun lalu.

“Jika mahu bibir yang merah dan mungil, Glam Red menawarkan lima rona merah yang elegan sekali gus dapat menyerlahkan pesona si pemakai. Glam Red dibahagikan kepada dua pecahan iaitu Destinasi Cinta I dan II (berwarna merah cili) dan Debaran Cinta I, II dan III (merah gelap),” katanya sambil memberitahu koleksi simplySiti Glam Red turut dilengkapi dengan pelembap bibir.

Tambah penyanyi lagu Bukan Cinta Biasa itu lagi, untuk penumpuan mata, beliau lebih selesa menggunakan Simply Liquid Eye Liner ditambah lagi dengan Simply Luscious Dual Mascara untuk mata lebih menyerlah. Manakala bagi pembayang mata, Siti selesa menggunakan pembayang mata dari Koleksi Gold Edition Simply 4 Eye Color dengan empat warna asas merangkumi pembayang hitam, warna cerah coklat dan warna pembayang mata emas untuk kesan dramatik ‘Smokey Eyes’.

“Untuk melengkapkan wajah, Siti wajib pakai Simply Eye Brow Pencil (Charcoal Brown). Manakala bagi pembayang mata, Siti selesa menggunakan pembayang mata dari Koleksi Gold Edition Simply 4 Eye Color dengan empat warna asas merangkumi pembayang hitam, warna cerah coklat dan warna pembayang mata emas untuk kesan dramatik ‘Smokey Eyes’.

“Sebagai tambahan, sebelum langkah untuk bibir dan mata, Siti akan menggunakan bedak asas dan krim dasar solekan dari Simply 5 Cream. Untuk hasil yang lebih menawan, Siti juga boleh menggunakan Simply Perfect 2 Way Cake yakni bedak silikon semula jadi yang mengawal minyak dan mengandungi SPF 30,” kata isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu.

Cadangan miliki imej moden klasik dengan hasil yang anggun bersama rangkaian kosmetik SimplySiti

1) Gunakan Simply 5 Cream
Mulakan litupan yang menyeluruh dengan Simply 5 Cream. Mengandungi lima faedah merawat, melembap, pelindung UV, krim dasar solekan dan bedak asas.

2) Simply Perfect 2 Way Cake
Litupan yang mengagumkan untuk hasil kelihatan profesional. Bedak Silikon Semula Jadi yang mengawal minyak dan mengawal SPF 30. Bedak padat yang mengawal sebum dan mengurangkan minyak serta mengekalkan warna dan tidak mudah tanggal untuk menghasilkan kulit wajah lebih berseri. Hadir dalam lima warna Light Beige, Natural Beige, Deep Beige, Dark Honey dan Tan.

3) Untuk dapatkan imej moden klasik, solekan muka lebih nude dan simple. Gabungan dua langkah di atas (Simply 5 Cream dan Simply Perfect 2 Way Cake) untuk mendapatkan wajah licin dan berseri (ala porcelain doll).

4) Tumpukan solekan mata sedikit dengan Simply 4 Eye Color Gold Edition, kemudian serlahkan mata dengan Simply Liquid Eye Liner (celak mata lebih gelap dan tebal, sesuai juga untuk membuat celak mata ala Cat’s Eyes) kemudian galakkan lagi dengan Simply Luscious Dual Mascara dan akhiri solekan dengan Simply Gorgeous Lip Color Glam Red Collection.

5) Untuk bibir, gincu koleksi Glam Red Collection menawarkan 5 rona merah Simply Gorgeous Lip Color yakni Destinasi Cinta I & II (rona merah cili) dan Debaran Cinta I, II & III (rona merah gelap, maroon). Juga terdapat pelembap bibir Glam Red Collection sebagai pelengkap gaya.

INFO

Rangkaian produk SimplySiti boleh dibeli di seluruh Malaysia dan dijual di Watson, Jusco, Carrefour dan Tesco.

Siti Nurhaliza akan muncul sempena Minggu Setiausaha anjuran Hotel Quality City Centre 5 April depan Bertemakan Nostalgia Datuk Siti Nurhaliza bertempat di Matrade Exhibition & Convention Centre (MECC), Kuala Lumpur. Harga tiket untuk seorang bagi menyaksikan persembahan itu bermula dari RM560, RM460, RM400 dan RM340. Untuk sebarang tempahan dan keterangan lanjut, hubungi 03- 26939233 sambungan 8023 atau emel kepada fnb@quality.com.my.

Siti Nurhaliza juga akan membuat persembahan penutup di malam ABPBH2010 yang bersiaran secara langsung di TV3 mulai jam 9 malam dari Arena Of Stars Genting Highlands.

Siri jelajah SimplySiti bermula dari awal Mac lalu di Plaza Angsana JB, Alor Star Mall, Kedah dan KB Mall Kelantan. Ia berakhir di Alamanda, Putrajaya dari 29 Mac lalu hingga 3 April ini. Dapatkan promosi istimewa 25 peratus ke atas semua produk SimplySiti. Dengan pembelian RM88 ke atas bolehlah dapatkan Kemeja T eksklusif SimplySiti atau solekan percuma. Dengan belian RM150 ke atas pula anda berpeluang mendapatkan tiket ke Malam Gala SimplySiti. Anda juga berpeluang untuk beramah mesra bersama Datuk Siti Nurhaliza.

Kempen ‘Wajah-wajah SimplySiti’ dilancarkan sejak Januari lalu kerana SimplySiti berhasrat untuk mengumpul seramai mungkin wajah pengguna-pengguna SimplySiti dan meraikan mereka pada majlis kemuncak ‘Malam Gala SimplySiti’ sempena ulang tahun pertama SimplySiti.

Berita Harian