Saya tak sempurna – Norman KRU.

“ALHAMDULILLAH suara Norman Abdul Halim (Norman KRU) ceria semasa Zubir berbual dengannya menerusi telefon, baru-baru ini, sekali gus menafikan ‘suara sumbang’ yang mengatakan Norman masih tertekan selepas dilanda kontroversi yang mengheretnya hingga ke mahkamah.

Pun begitu, sebelum Zubir menceritakan perkembangan terbaru dunia korporat KRU Berhad, izinkan Zubir berkongsi cerita me-ngenai peminat Bintang Popular dari Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur yang amat berharap Norman menamatkan za-man bujangnya bersama finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 (ABP-BH2003) iaitu Siti Nurhaliza Tarudin!

Peminat berkenaan dalam perbualan telefonnya, berkata sekiranya Norman dan Siti disatukan sebagai suami, isteri, tidak akan timbul isu siapa tumpang populariti siapa kerana kedua-dua personaliti berkenaan mempunyai banyak persamaan, sama-sama popular, berpengaruh, ada production house sendiri dan kaya! Yang penting, mereka masih single.

Justeru, apa kata Norman apabila Zubir memintanya mengulas mengenai harapan peminat berkenaan? ìAku tak nak komen apa-apa Zubir. Sebarang kenyataan pastinya akan menyinggung perasaan peminat dan keluarga Siti sendiri. Lagipun aku dengan Siti, kenal macam-macam tu aje. Kami tak pernah berborak di telefon, keluar jauh sekali.

“”Lagipun siapalah aku di mata Siti, aku ni tak sempurna,î jelas Norman, sekali gus meninggalkan 1001 tanda tanya di dalam kepala Zubir, sama ada Norman merajuk dengan insan bernama wanita.

Norman pernah digosipkan bercinta dengan personaliti TV3, Norazlina Redzwan (Alin) dan sebelum itu, Rita Rudaini. Pun begitu, gosip tinggal gosip apabila sehingga ke hari ini, baik Norman, Alin mahupun Rita, semuanya membawa haluan sendiri. Zubir rasa mereka ni kena mandi bunga! Jangan marah beb.

Sementara itu, Zubir dengar cerita, ketika ini Norman, Edry dan Yusry berada di Los Angelas (LA), Amerika Syarikat sehingga 6 Mac depan. Mereka ke LA bukan makan angin, sebaliknya mengintai peluang pernia–gaan untuk melebarkan empayar KRU Berhad.

Menurut sumber, PT KRU International akan beroperasi di Jakarta, Indonesia, mulai April depan dan KRU bercadang melancarkan rangkaian perniagaannya di LA dalam masa terdekat ini. Khabarnya, Norman akan menghantar Edry ke LA untuk menguruskan perniagaan mereka sekiranya cita-cita KRU untuk mempunyai pejabat di LA menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Zubir hanya mendoakan cita-cita Norman bersama adik beradiknya akan tercapai suatu hari nanti, insya-Allah. Oh ya Norman, calon isteri jangan lupa cari ya. Awak tu bukannya muda lagi, dah 32 tahun. Cool Norman, cool!

http://www.emedia.com.my/”