Sami Calar Imej Penyanyi Nasyid

Rabbani
Rabbani
Rabbani rugi karnival terpaksa dibatalkan

TINDAKAN penyanyi lagu ketuhanan dari Iran, Sami Yusuf, membatalkan konsert sulungnya di negara ini di Stadium Malawati, Shah Alam, Sabtu lalu, bukan saja mencemarkan imej artis daripada genre berkenaan, malah penyanyi nasyid turut terkena tempiasnya.
GA_googleFillSlot(“BHWeb_Island_Ad_Top_400x200”);
Lebih memburukkan keadaan, bukan saja penganjur konsert, kumpulan nasyid Rabbani juga menanggung kerugian apabila karnival yang sepatutnya berlangsung selama tiga hari sempena persembahan itu terpaksa dibatalkan.

Natijahnya, Rabbani selaku penganjur karnival terpaksa berdepan dengan 50 peniaga yang sudah pun membuat persiapan dan terpaksa memulangkan semula kos sewa tapak kepada mereka.

Tanggung rugi

Tidak mahu menuding jari kepada sesiapa, Pengurus Pemasaran dan Perhubungan Rabbani Productions Sdn Bhd, Azadan Abdul Aziz, menyifatkan kejadian itu memalukan penggiat industri muzik nasyid dan ketuhanan, malah menganggap Sami sebagai keterlaluan kerana menghilangkan diri begitu saja.

“Kami tidak menyalahkan penganjur, tetapi Sami, kerana sebagai entiti yang menjalankan perniagaan, kami menganggap kejadian itu tidak patut berlaku serta mencalar imej penyanyi lain.

“Apabila hal ini berlaku, mungkin orang ramai tidak lagi mahu berurusan dengan kami lagi pada masa depan. Ia akan memberi kesan buruk kepada perniagaan kami,” katanya.

Kerugian yang ditanggung syarikatnya bukan saja dari segi promosi dan gerai jualan, tetapi terpaksa menolak tawaran persembahan lain untuk mengadakan persembahan pembukaan pada konsert terbabit.

Satu pengajaran

Tidak serik untuk bekerjasama dengan penganjur konsert besar lain, Azadan bagaimanapun menyifatkan kejadian itu pengajaran kepada syarikatnya agar lebih berhati-hati dalam menerima tawaran.

“Sebagai artis profesional, dia tidak boleh bersikap sedemikian. Kami juga kecewa apabila Datuk Siti Nurhaliza turut terkena tempias atas tindakan Sami itu.

“Malah, kami sedih mendengar kenyataannya kepada media sebelum ini yang dia bukan penyanyi nasyid, sedangkan lagu yang dibawanya menjurus ke arah itu,” katanya yang akan menyertai Festival Muzik Iran bersama anggota Rabbani lain pada 24 Ramadan hingga 3 Syawal ini.

Difahamkan, kejadian itu bukan kali pertama membabitkan Sami, sebaliknya dia pernah pernah melakukan perkara sama tiga tahu lalu ketika membuat persembahan di Jordan.

Info

‘ Sempena Ramadan tahun ini, Rabbani sekali lagi berkampung di Hotel Singgahsana Petaling Jaya, kali ini menerusi program diberi nama Iftar Desa.

‘ Rabbani yang sudah 21 tahun menjalinkan kerjasama dengan hotel berkenaan akan menampilkan persembahan akustik kepada tetamu yang berbuka puasa di lokasi terbabit. Mereka turut mengundang kumpulan nasyid lain membuat persembahan.
Artikel Berkenaan
thumbnail
Nubhan tuntut hak

Selama ini penyanyi muda, Nubhan lebih selesa berdiam diri dan mengambil sikap tunggu serta lihat. Bagi penyanyi yang bakatnya dicungkil menerusi program realiti Akademi Fantasia (AF), selagi boleh bersabar dan isu pembayaran royalti oleh bekas syarikat rakaman seperti didakwanya dapat diselesaikan cara baik, dia akan terus menanti dengan reda.

Gaya aneh Lady Gaga

Kalungan bunga kebiasaannya diletakkan di depan pintu sebagai tanda berduka atau sedang meraikan kebahagiaan, tetapi lain pula halnya dengan Lady Gaga apabila penyanyi terkenal itu meletakkan hiasan berkenaan di sekeliling wajah.

Berita Harian