Salam semuanya…



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Salam buat warga pekerja, warga belia, warga ibu, warga guru dan sesiapa yang menyambut hari Wesak baru-baru ini, nampaknya bulan Mei banyak hari-hari yang diraikan.

Seperti biasa Siti mendoakan agar semua yang dijalani akan dapat dilalui dengan baik. Siti juga berdoa agar hari-hari yang bererti buat setiap seorang daripada kita akan menjadi detik yang bermakna dalam hidup.

Hidup hanya sekali, itu yang memang kita tahu. Menghargainya setiap detik akan memberikan kita kelegaan kerana kita akan dapat mensyukuri apa yang telah kita miliki. Tidak kira siapa kita, apa status kita, di manakah asal kita, keturunan, bangsa , agama mahupun negara, kita harus tahu erti saling menghormati dan menghargai.

Siti kira terlalu banyak yang telah Siti lalui dan depani, ambil saja yang manis untuk jadikan kenangan terindah dan yang pahit jadikan pedoman untuk ditongkah. Tidak mudah menjadi seorang seperti Siti tetapi Siti bertanggungjawab atas apa yang telah Siti jalani sebagai insan malah Siti tidak mahu mengeluh dan melatah jika ada kata-kata tidak benar dilempar, ada umpatan dan kejian, ada rasa tidak puas hati pelbagai pihak, ada rasa kurang senang mahupun sesuatu yang sampai ke telinga pihak lain adalah sebaliknya daripada cerita atau kisah sebenarnya.

Siti tahu tanggungjawab Siti besar kerana Siti telah melalui hari Siti sebagai orang yang dikenali, pasti apa jua akan diperkatakan. Tapi dalam Siti cuba dan mencuba malah telah lama menerimanya dengan dada terbuka tapi Siti harus akui bahawa Siti juga manusia biasa. Sebagaimana orang lain punya hati dan rasa, punya pertimbangan, akhirnya harus diakui bahawa kita semua adalah sama. Bagaimana ada yang sanggup menyakiti sesama kita, menuding jari ke arah sini dan sana malah melontarkan kata-kata yang mungkin membuatkan ada yang terluka. Apakah di laman ini sudah hilang kepercayaan dan keharmonian? Sudah timbul andaian yang seolah2 menggambarkan diri Siti ini adalah sebaliknya daripada apa yang pernah dikenali?

Beradalah sekejap di tempat Siti, pasti anda tidak sanggup duduk lama. Tapi inilah yang Siti pegang selama ini, bertahan semampu mungkin. Cukuplah… jangan ada andaian lagi. Semua yang berlaku baik-baik belaka. Siti masih ada rasa dan harga. Masih ada maruah dan juga masih punya hati yang seperti dulu. Tidak berubah, tidak ada kesanggupan untuk melukai sesiapa malah tidak pula menonong mengikut telunjuk sesiapa.

Maaf catatan ini merangkumi semuanya. Cukuplah jika selama ini Siti harus berkias dan masih menghormati perasaan orang lain dan kini Siti masih berkias kerana itulah cara Siti.

Semoga masih ada kedamaian dan keceriaan.Doa Siti yang berpanjangan.

Salam mesra buat semua.
Siti Nurhaliza

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

6 Comments

  1. dah lu yg pilih nak jadi popular so makan jelah pahit manis.. kenapa lah nak suruh org jadi tempat lu walaupun sekejap??? ka ke itu yg lu mau dari dulu lagi… masa zaman sekolah dulu lu yg pilih nak melalak dan popular. so reality nya dah jadi artis popular kenalah makan pahit maung. tak perlu le nak keluar statement mcm tuh…. itu le gua kata lu ni kadang2 cakap tak guna akal..lu ikut hati kerana luahan lu..sedangkan itu jln lu pilih…. dan lagi bila nak berkata jangan terlepas lagi takut lagi besar gosip plak. masa tuh lu nak kata apa ya..nak kata “jadilah diri saya utk sejam, dan saya akan bayar 45k” blh tak? mesti ramai berebut..tapi rebut nak duit je bkn jadi lu.

  2. Joe boleh tau ke? Akaq rasa mcm x boleh je. Tapi kalau boleh akaq nak tau jugak.

    Sebab akaq baca2 msg dlm ni, naluri akaq kuat menyatakan kuntau kote kecil ni memanglah si mustang jubo berbulu busuk. same person. tapi tak tau lah.

    Depa yang hati sakit mcm kuntau si kote kecil ni ingat hardcore CT ni semuanya berjiwa lembut lemah gemalai macam CT la… Hahaha…CT tetap CT. Baik disukai berbakat bla bla bla. Tapi jgn la ingat peminat dia akan tunduk pada komen emo tak BERTEMPAT mcm si kote kecil Kuntau dok tabur dlm ni. Kam on la..

    Orang jahat ke baik ke semua bebas. BEBAS. Kuntau nak dok sesorang ngutuk Tok T sampai tua pun kau buat la, yang pasti semakin ramai org dok ngutuk kau dlm ni.

    Terpaksala kuntau kote kecil menambah personality nya lebih dr menjadi Mustang saja. Kuntau oi..hantar pi hantar kote hang kat dukun urut lagi baguih..
    tak la Kechil… akaq risau hang terpaksa jual jubo seuumur hidup plak… Mcm depa dok kata. Hang ni lelaki dot dot dot.

    Ahaks terlebih sudah! 😉

  3. Suka minta simpati peminat..sihan nampak sangat kemaruk belas kasihan org ramai, dah tau la tu ramai yg x suka, kalo x masakan sanggup kes luah perasaan ni semua…kasihan kau siti nurhaliza terjerat ngan permintaan hidup kau sendiri – touchwood!!!! banyak2
    Eeee…berada kat tempat kau sekejap pun aku takut…nanti kena raba DK..eee geli…imagine je cara senyum sinis DK tu dgn misai dia yg entah apa2 -“disgusting”…tuhan minta di jauhkan…touchwoood!!!touchwoood!!!! No thanks tok kembang….offer mungkin diterima oleh fanatik mu yg lain ha..ha..ha..sapa makan cili dia rasa pedas…ha..ha..jgn mare nanti betul2 kat tempat tok kembang susah pulak, menangis x berlagu gitu..

  4. kuntau, gua rasa twopah ni sewel le. agaknya dia baca statement lu dgn gua yg panjang jadi pendek yg tinggi jadi rendah. ada ke dia guna bahasa carut kata “si kote kecil ni ” kat lu. kahkahkahkahkah…tergelak besar siotttt… buat malu kaum perempuan le lu nenek. gua rasa le lu ni memang confirm sakit jiwa terlepas dr kandangzone. baik lu baca balik statement kuntau ni. karang terbalik kot kat lu. baik2 perempuan jadi jantan lembut..KONTOTttttt…

  5. memang gua ketawa habis tengok ayat2 yg timbul bro. geli hati sungguh ngan note2 yg ada..bunyi memang dah kering idea pun sebab tu benda yg same je keluar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*