Rumah Pelacur Thai Papar Gambar Siti.

DANOK (Thailand) – Sebuah pusat pelacuran di pekan Danok, selatan Thailand, menggunakan poster penyanyi terkenal di Malaysia, Siti Nurhaliza, untuk menarik pelanggan.

Tindakan pemilik rumah pelacuran itu mencetuskan rasa kurang senang di kalangan penduduk setempat dan pelawat rakyat Malaysia kerana Siti Nurhaliza terkenal dengan imej yang bersih.

Seorang jurujual, Encik Mohd Dzaidin Zainal Abidin, 28 tahun, terkejut apabila terlihat poster penyanyi itu ditampal di pusat pelacuran tersebut.

‘Saya benar-benar malu dan simpati kepada Siti Nurhaliza. Saya bukan peminat fanatik beliau. Tetapi melihat gambar artis yang menjadi kebanggaan Malaysia itu di depan pusat maksiat membuat saya rasa terhina dan marah,’ katanya sebagaimana ditukil akhbar Harian Metro semalam.

http://cyberita.asia1.com.sg/