Review Siti Nurhaliza – Emas Oleh Marzuki

“Saya mula mengenali Siti Nurhaliza semasa beliau mula mencipta nama melalui dendangan lagu revival Mawarku yang dinyanyikan secara duet dengan kumpulan 2by2. Tidak lama selepas itu, dia telah dinobatkan menjadi juara dalam pertandingan Juara Lagu pada tahun 1996 melalui lagu Jerat Percintaan. Nama Siti Nurhaliza mula hangat diperkatakan. Strategi syarikatnya untuk mengeluarkan album terbaru Siti selepas itu memang bertepatan. Album keduanya Aku Cinta Padamu menjadi hit dalam masa yang singkat. Nama Siti Nurhaliza mula be?hant5. Tiada siapa menyangka, gadis kampung kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini suatu hari nanti akan menjadi seorang artis yang bintangnya bersinar paling terang selepas Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham Sudirman. Gadis yang suatu ketika dulu pernah menolong ibunya menjual karipap untuk menambah duit poket sekolahnya akhirnya menjadi permaisuri yang menghuni takhta singgahsana sebagai artis nombor satu negara (Pembetulan: Siti adalah penyanyi nombor satu negara. Artis nombor satu negara ialah Rosyam Nor. Tetapi secara relatifnya, Siti masih lagu artis paling popular di Malaysia)

Sudah agak lama Siti menduduki singgahsana itu, sehingga dia kelihatannya sudah begitu selesa berada di atas sana. Tetapi Siti tidak boleh duduk dengan senang hati lagi kini, tidak kerana terdapatnya penyanyi-penyanyi baru yang sedikit sebanyak mengganggu gugat kesejahteraannya, tambahan lagi dengan kemunculan Siti Sarah Raisuddin dan Misha Omar, dan†Kembal?nya diva R&B negara iaitu Ning Baizura ke arena seni suara tanahair untuk memberikan saingan. Sedari itu, syarikat tempatnya bernaung mengaturkan strategi. Siti tidak harus keciciran dari persaingan ini demi memastikan tempatnya tidak dicabar. Dan akhirnya, 03/03/03 lalu, segala gabungan kreativiti, bakat dan kebolehan pencipta lagu, penulis lirik, pemuzik dan diri Siti sendiri telah dicernakan dalam bentuk sebuah album.

Album terbaru Siti bertajuk Edaran Muzik Aspirasi Semasa ini telah disingkatnya menjadi akronim E.M.A.S. Terlalu banyak justifikasi yang boleh dibuat melalui akronim ini, dan semuanya terpulang pada pendapat individu.

Pada mulanya, saya tercari-cari maksud Edaran Muzik Aspirasi Semasa yang dimaksudkan oleh Siti itu. Menurutnya, album ini terhasil dari pengamatannya mengenai peredaran arus muzik semasa. Sukar untuk saya terima dimanakah terletaknya justifikasi tajuk album ini? Adakah kerana suaranya telah di†digitally distorte? dalam beberapa buah lagu seperti yang terdapat didalam lagu Debaran Cinta dikira sebagai arus muzik terkini? Atau mungkin juga lagu Oda Bumi Anbia yang berkisar tentang penderitaan rakyat Palestin dan bersesuaian dengan kempen Love Peace Not War yang dijalankan baru-baru ini lantas memberikan dia sebab untuk mengatakan yang lagu-lagunya adalah simbolisme edaran muzik dan aspirasi semasa? Isu Palestin sudah passé. Apa yang boleh saya katakan, saya dapati buah tangan Siti ini adalah sama sahaja dengan albumnya yang lepas-lepas. Tiada banyak perubahan. Siti masih kekal dengan corak lagu-lagu lamanya.

Album yang mengandungi 10 lagu ini memuatkan banyak cubaan Siti untuk kedengaran†berbez? dari kerja-kerjanya sebelum ini. Tetapi seperti yang saya telah katakan, ia kedengarannya masih sama.

Untuk album E.M.A.S ini, Siti telah mendapat sentuhan†Mida? dari pencipta-pencipta lagu dan penulis lirik terkenal tanah air seperti Ajai, Azmeer, Aidit Alfian, Helen Yap dan Aiman. Mungkin disitulah terletaknya justifikasi akronim†E.M.A.? sebagai tajuk album ini.

Sebagai penyanyi yang menyerlah dengan lagu-lagu ballad, Siti masih mempertaruhkan lagu-lagu berentak begini sebagai†killer son?nya bagi albumnya ini. Lagu-lagu ballad seperti Untuk Selamanya, Air Mata Ibu, Di Sini Ku Berjanji dan Janji Kasih saya kira sebagai baik dan senang untuk diterima sebaik sahaja 2-3 kali kita mendengarnya. Terdapat juga lagu-lagu dengan irama pop seperti lagu Sebenar Cinta dan Ku Yakini. Siti juga mencuba irama groovy seperti dalam lagu Debaran Cinta dan irama R&B dengan sedikit suntikan bounce bagi lagu Ku Milikmu. Tetapi saya rasa hasil untuk kedua-duanya sedikit hambar kerana lagu-lagu ini kedengarannya†soulles?. Tema cinta tidaklah menguasai seluruh album ini, kerana terdapat juga lagu yang bertema†inspirationa? iaitu Ku Yakini yang menceritakan keyakinan dirinya untuk bergelar yang terbaik dan lagu Oda Bumi Anbia yang bertemakan kemanusiaan. Lagu ini juga ada sedikit kelainan apabila ada bait-bait liriknya disulamkan dengan deklamasi oleh Azizi Mohd Said dan nyanyian Siti. Selain itu, lagu Untuk Selamanya adalah lagu tema untuk filem Laila Isabella dan lagu Airmata Ibu menjadi lagu tema untuk Telemovie†Airmata Ibu””.

Secara peribadi saya rasa lagu terbaik dalam album ini ialah lagu Janji Kasih. Lagu yang telah dicipta oleh pemenang Juara Lagu tahun lepas iaitu Aidit Alfian melalui lagu Keliru dendangan ‘pasangan suami isteri romantis’, Nurul dan Ajai. (Dengar khabarnya, Siti yang meng’offer’kan dirinya sendiri kepada Aidit, maksud saya dia meminta Aidit menciptakan sebuah lagu untuknya). Kelebihan lagu ini ialah pada melodi yang kuat ciptaan Aidit. Lirik jiwangnya yang dinukilkan oleh Siti sendiri juga saya rasa baik (Siti semakin pandai bermain dengan kata-kata cinta). Siti kelihatannya amat serasi sekali mendendangkan lagu-lagu cinta sebegini. Untuk lagu ini, Siti melakukan ‘showcase’ dengan melontarkan vokalnya ketahap maksimum dan persembahan vokal akrobatiknya amat baik sekali. Lagu ini saya jangka akan menjadi hit seperti lagu Kau Kekasihku . (Dan saya juga pasti lagu ini akan menjadi pilihan pasangan-pasangan kekasih yang sedang asyik masyuk bercinta).

Satu kelebihan Siti yang saya dapati ialah kebolehannya menukar sesebuah lagu yang mudah pada peringkat awal penciptaannya menjadi sebuah lagu yang sukar dari segi teknik nyanyian dan persembahannya. Vokal akrobatiknya sering menjadi, melagukan bait dari nada bisikan menjadi octave dalam sekelip mata, dan itu adalah kelebihan Siti yang sukar disangkal.

Inlay CD ini saya kira menarik juga. Terdapat gambar-gambar Siti didalam busana indah, memberikan pose-pose menarik berlatarbelakangkan dunia semi-surreal. Tetapi sayangnya cover albumnya kali ini terlalu sarat dengan ‘kupu-kupu’ dan ‘burung’ emas yang ‘berterbangan’ dimerata kulit albumnya sehingga sedikit sebanyak menenggelamkan penampilan dan wajah jelita Siti (Ya, saya dapati Siti semakin jelita…terima kasih pada jurumekapnya, Nurul, kerana teknik shading yang baik)

Sesuatu yang tak dapat saya elakkan dari saya sentuhi ialah usia Siti yang menjangkau 24 tahun ini juga akan mencabar dirinya. Jikalau diteliti dan diamati vokalnya terutama sewaktu awal pembabitannya dalam bidang nyanyian, saya dapati kualiti vokal Siti sudah sedikit merosot (mungkin sebab itu Liza Hanim telah dinobatkan sebagai vokalis terbaik pada Juara Lagu 2002 tempoh hari). Siti gagal mencapai note yang satu ketika dulu amat mudah dicapainya. Siti seharusnya sedar, dengan usia yang semakin meningkat, kualiti suara akan mula menurun. Aset ‘EMAS’nya itu harus dijaga dengan menghadiri kelas vokal. Dengan latihan formal, dia akan dapat memastikan vokalnya sentiasa maintain untuk satu jangka masa yang panjang. Dia tidak seharusnya menjadi Fauziah Latif dan Ziana Zain yang mengalami kemerosotan mutu vokal yang teruk, terutama setelah berumahtangga. Dia sepatutnya mencontohi penyanyi idolanya iaitu Celine Dion yang masih lagi menjalani latihan vokal dari semasa ke semasa bagi memastikan kualiti suaranya terjaga malahan bertambah baik. Siti juga seharusnya mengurangkan sedikit aktiviti seninya. Tahun demi tahun Siti memenuhi jadual menghadiri dinner show, konsert dan bermacam-macam pertunjukan lagi. Ini sedikit sebanyak menjejaskan kualiti vokalnya kerana selalu didera.

Secara keseluruhannya, saya dapati album siti ini BAIK. Saya sedari, saya tidak patut memperlekehkan hasil
penat lelah usaha orang lain, dan untuk mengatakan album ini sebagai KURANG BAIK, bukan menjadi hak saya. Mungkin berjuta-juta lagi peminatnya merasakan album ini sebagai album terbaik yang pernah Siti hasilkan (as always…sighhhh). Apa yang saya mahukan dari Siti sebenarnya ialah untuk dia berhenti seketika dari memikirkan kehendak peminat-peminatnya dan melakukan sesuatu yang betul-betul kemahuan dirinya. Saya mahu lihat diri Siti yang sebenarnya. Walaubagaimanapun, mungkin inilah diri Siti yang sebenarnya.

Siti tidak perlu risau. Sebagai diva kesayangan rakyat Malaysia, dia akan sentiasa mempunyai pengikutnya. Selagi dia mengekalkan imej bersih yang ada pada dirinya sekarang, dan selagi dia tidak menyinggung perasaan peminatnya yang kadangkala bersikap ‘over protective’ terhadap dirinya, selagi itu Siti akan terus diminati. Diva ini akan terus menduduki takhta untuk satu tempoh masa yang sukar ditentukan. Tetapi satu yang saya pasti, apabila tiba ketika bintangnya mulai malap, dan diwaktu itu seperti kebanyakan artis-artis yang meniti hari-hari menurun, dia akan muncul dengan album koleksi terbaiknya, justeru 3 keping CD pun tidak akan mencukupi untuk memuatkan semua lagu-lagu hitsnya.

http://nizamzakaria.blogspot.com