Penjelasan Pihak SitiZone



Pertama sekali pihak SitiZone ingin memohon ribuan maaf jika ada di antara pemenang peraduan di SitiZone yang tidak mendapat emel pemberitahuan tentang kejayaan mereka terpilih ke majlis ulangtahun perkahwinan Dato’ Khalid dan Dato’ Siti Nurhaliza. Justeru kami mohon maaf di atas perkara ini kerana setelah diteliti ianya harus kami terangkan di sini supaya isu ini dapat diperjelaskan dan tidak ada salah faham di mana-mana pihak.

Pihak SitiZone telahpun memilih 5 orang pemenang bertuah untuk peraduan ucapan terbaik dan setiap seorang pemenang dibenarkan membawa seorang teman. Ini bermakna 10 orang terpilih untuk menghadiri majlis tersebut. (Ia tidak termasuk 10 orang pemenang peraduan ulangtahun SitiZone ke 2, mereka yang terpilih 10 orang dan jumlahnya menjadi 20 orang bersama teman. Hanya seorang sahaja yang tidak dapat hadir ke majlis ini kerana berada di luar negara dan seorang lagi memberitahu ketidakhadirannya pada keesokan harinya atas sebab-sebab tertentu. Kesemua pemenang ini berjaya dihubungi melalui emel yang dihantar pada 22 Ogos, sekitar jam 2 petang).

Bagi kelima-lima pemenang peraduan ucapan pula, emel mereka juga telah dihantar pada 22 Ogos, sekitar waktu yang sama. Tidak timbul soal kami menghantar emel lewat kepada mereka. Memandangkan kelima-lima pemenang ini masih tidak membalas emel kepada SitiZone, pihak kami akhirnya mengambil keputusan untuk menyiarkan emel mereka di SitiZone. Justeru pihak kami tidak tahu mengapa semua pemenang tidak menghubungi kami sedangkan emel telah dihantar pada 22 Ogos. Selain itu di peti ‘sent item’ emel kami juga telah menerima mesej bahawa kesemua pemenang telah mendapat emel daripada kami.

Jika ini satu kesilapan, mungkin dari segi teknikal, tetapi pihak SitiZone memang telah menghantar emel kepada kelima-lima pemenang pada 22 Ogos dan kami mengambil keputusan menyiarkan emel mereka di SitiZone kerana pihak SitiZone masih tidak menerima balasan emel dari pemenang.

Dalam soal ini, kami mohon maaf tetapi kami telah berusaha yang terbaik dan tidak menyangka perkara yang sebaliknya berlaku. Kepada semua pemenang peraduan ucapan, kami mohon agar anda berpuas hati dengan penjelasan ini. InsyaAllah jika ada majlis lain nanti, kami akan cuba hubungi anda lagi. Terima kasih.

Team SitiZone

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

17 Comments

  1. sape je yg menang peraduan tu ya…. lu ke bro semua? ada pegi ke itu majlis cgila? amacam…??? dapat cenderahati tak??? kalau dapat mesti pic mereka bedua sedang berpelukdan bercium pp ke pp….
    hehehehehe… haru haru

  2. yg tak dapat pegi tu jgn la pulak meraung2 kerana lambat dapat kad jemputan.kena la tunggu 9 tahun lagi la ye bro semua.kesian kat adik2 aku ni.jgn nangis ye dik.kalau nasib bro semua baik mungkin siti akan buat majlis ulangtahun perkahwinan ni tiap2 tahun.kalau nak tunggu 9 tahun lagi entah kan ada ke tidak datuk k tu.atau mungkin masa tu dah tak hensem la lagi.lagi kesian aku kat peminat2 siti ni.

  3. jgn pulak tahun depan si ct and dk ni bercerai berai pulak, kesian pada peminat yg tak dapat nak gi annivesari tahun ni… utk pengunjung simplysiti ni tak der ke jemputan sekali.. tapi kan, kalau jemput pun sure aku tak gi, silap2 kena duk belakang nun sebelah dapur.. itu ler tak reti nak mmbodek.. kan dah rugi besar

  4. kalau lah gua di jemput dtg and duduk semeja dgn minah senget ni, gua ambil kesempatan menjetik sedikit krim kek or apa2 yg berkuah kat muka minah ni. kasi touch up sikit…. mesti kelam kabut dia berlari ke wash room. org kata tak sengaja….. hehehehe….

  5. yg lama jugak best yg baru ni sekadar untuk suka2 je.betui dak tuan tanah.dah lama tak dengar khabar tuan tanah.sibuk berkempen ka.ini la masa untuk berkenalan dgn adik2 aku di sitizone kalau la dapat duduk semeja.cun ka diaorg ni,tembam ka diaorg ni,senget ka diaorg ni.lawak lawak.

  6. tak taulah bagi orng yang sangat minat. tak pegi pun tak rugi. tak ada berputik kat kepala otak ni atau bayangkan tentang majlis tu. jgn marah pada yang teringin sangat, pada saya it is non-existent!

  7. tak payah nak jentik dengan krim kek yol, aku takut ko kena saman lak.
    panggil je cikgutue, bagi makan sireh, lepas tu suruh dia jadi wakil tuan tanah. bila dia bagi ucapan kat cik siti, habih berterabur daun sireh dengan air sireh yang bercampur air liur

  8. hahahaha…. kan org kata tak di sengajakan. tapi bagus jugak idea lu katak. kasi pening sikit kat cgila pasal bau air liur cikgutue dgn sirihnya.
    tak ada maknanya org2 lama kat sini yg nak p majlis mcm tuh. buat lagi naik menyampah ada kalau tgk gelagat diorang. nak jadi mcm ajai nurul berpeluk sana sini mcm merpati sejoli….. last last jodoh mereka takat itu je. dan ajai buat pengakuan yg dia dan nurul lebih selesa menjadi teman tapi mesra dari seorang isteri. tak ke haru jadinya….. nanti statement cgila mcm plak ya…..

  9. senornya bila kita nak nunjukkan sgt pada org ramai satu malaya yg baru jer menyambut kemerdekaan yg ke 50 ni, yg kita ni loving couple, happy jer semadang, senornya pada pendapat aku lah, lagi teruk pressure nak maintain keadaan tu. Aku punya pengalaman dan pembacaan mengatakan one day kalau bergaduh ler budak degil dgn laki tua dia ni, memang ribut. Patutnya bila dah kawin tu, simpan ler bini ko tu kat rumah, nak marah ker nak peluk ker nak apa ker, tak sapa yg tau. Lagi lah lama rumahtangga tu boleh bertahan. Tgk mcm si ajai and nurul, bukan main berusaha nak menunjuk kan yg depa ni loving couple, tapi last2 semput separuh jalan. So, rumusannya, tak perlu lah kongsi rumahtangga tu dgn peminat..

  10. hehehehe…. ya lah tuh si bujal tompok2 p. entah2 nangis bawah katil tak dapat jemputan. jgn buat lawaklah bujal. lu ingat senang2 ke nak menipu org2 kat sini. entah2 jemputan kad pun lu tak dapat. kesian bujal sentiasa berangan nak cium tgn cgila yg tak habis2 sembuh parfume and losyen. tuan khemah…. lu p ke majlis tuh??? ceta sikit ada ke muka si bujal ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*