Penjajahan Artis Luar Cetus Kebimbangan

Lagu Antara Anyir dan Jakarta dendangan Datuk Shiela Majid satu ketika dulu menjadi fenomena mengasyikkan dan simbol perpaduan antara Malaysia dan Indonesia.

Malah, alunan syahdunya berjaya mengangkat martabat seni negara di pelosok nusantara sehingga membuatkan imej negara kita pada masa itu khususnya dalam seni lagu tempatan sungguh megah.
GA_googleFillSlot(“BHWeb_Island_Ad_Top_400x200”);
Sama juga seperti aura pada Datuk Siti Nurhaliza, peminat fanatik dari negara jiran Malaysia itu tergamam seketika. Bahkan ada yang melahirkan kekecewaan lantaran beliau dinikahi lelaki pilihan, Datuk Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K.

Isu ‘lambakan dan sanjungan’ artis luar sememangnya wujud selepas langkah pengawalan dan kekangan terhadap kemasukan serta promosinya kurang dilaksana khususnya pihak berkuasa”. – Zed Zaidi, Presiden Persatuan Seniman Malaysia
Mereka ini antara artis moden yang begitu menyinar bakatnya di negara luar, namanya bukan saja dekat di bibir masyarakat di Kepulauan Jawa, bahkan meninggalkan identiti yang sungguh utuh buat karya seni negara.

Namun, kini ia sudah terbalik apabila penggiat seni yang mampu meneruskan legasi seperti mereka itu kian runcing dan kurang dilihat tatkala banyak pula artis luar masuk ke negara ini mencuba pasaran.

Bukan mahu menuding jari dan mencari salah siapa, persoalannya perlukah industri seni tempatan kita diangkat prestijnya hasil dari usaha atau populariti artis luar?

Walaupun ‘penjajahan’ itu masih samar dan belum menampakkan kesannya secara drastik, namun perlu dikawal dan dipantau supaya ia tidak menjadi barah yang akhirnya bukan saja melenyapkan keseluruhan industri itu, bahkan menutup periuk nasi penggiat seni tempatan.

Apa puncanya? itu persoalan yang perlu dijawab dan dinilai setiap peminat seni tanah air. Sungguhpun kerisauan sering dibangkitkan pelbagai suara terutama persatuan seni, namun masyarakat negara ini amnya masih melihat ia sesuatu yang biasa.

Penulis berkesempatan mendapatkan pandangan beberapa pihak termasuk Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mengenai fenomena yang membelenggu artis tempatan kini.

Beliau berkata, isu ‘lambakan dan sanjungan’ artis luar sememangnya wujud selepas langkah pengawalan dan kekangan terhadap kemasukan serta promosinya kurang dilaksana khususnya pihak berkuasa.

Katanya, menerusi platform itu, ia membuka kebebasan kepada mereka mencari peluang berkarya di negara ini walaupun berada di negara orang.

“Kita tidak berniat memusuhinya (artis luar), namun sebagai antara individu yang memperjuangkan artis negara ini, menjadi tanggungjawab saya pastikan nasib serta sumbangan mereka terus dibela dan dihargai.

“Lebih utama lagi, identiti karya kita perlu dijaga. Hari ini bukan saja ia (identiti) mula luntur selepas terlalu banyak promosi artis luar, bahkan menyedihkan lagi apabila disokong oleh sesetengah pengamal industri,” katanya.

Zed berkata, syarat yang terlalu longgar dikenakan terhadap kemasukan artis luar ini juga menjadi ruang kebebasan mereka berkarya di negara ini.

“Saya mengambil contoh ketika kami mengikuti penggambaran di Indonesia baru-baru ini, untuk masuk saja ke negara itu perlu mendapat kebenaran daripada pihak industri di sana, syarat serta peraturannya ketat selain diwajibkan bertutur dalam bahasa mereka. Sama juga di Singapura.

“Tempoh diberikan terbatas, tetapi di Malaysia tidak seketat itu kerana kemasukannya (untuk berkarya) mudah. Takkan kita mahu lihat sampai mereka ‘demand’ seperti kes kemasukan amah dari Indonesia.

“Ini satu contoh (isu amah) yang mungkin boleh dijadikan pengajaran pada artis tempatan jika pengawalan tidak diambil kisah baik masyarakat, pengkarya, pengamal media mahupun pihak berkuasa,” katanya.

Justeru, Zed berkata, antara pendekatan boleh dilaksanakan termasuk memperketat syarat kemasukan mereka dalam industri seni tempatan oleh pihak kerajaan.

Jika artis luar itu mahu disenaraikan dalam apa-apa pertandingan anugerah hiburan sekalipun, ia perlu diletakkan dalam kategori berbeza, sama ada mewujudkan kategori khusus untuk artis luar atau dikecualikan terus penyertaannya di peringkat awal.

“Malah, media sama ada elektronik dan cetak juga harus bersama membantu mempromosikan perkembangan artis tempatan berbanding artis luar.

“Kesedaran ini bukan saja perlu wujud dikalangan persatuan seni, bahkan rakyat dan pengamal media sendiri. Untuk mengangkat identiti dan memajukan seni kita, maka kitalah yang mencorak dan merancangnya, bukan ia hadir daripada sumbangan ‘orang luar’,” katanya.
Artikel Berkenaan
Dirgahayu filem Melayu! Di manakah wajahmu?

Dua buah filem Indonesia membuat saya berfikir tentang filem tempatan. Di Bawah Lindungan Kaba arahan Hanny R Saputra dan Soegija (Garin Nugroho) bercerita tentang manusia daripada dua agama yang berbeza. Filem pertama itu disesuaikan daripada novel karya ilmuwan, ulama dan novelis tersohor Indonesia, Hamka sementara Soegija berdasarkan kisah seorang paderi Indonesia yang harus berdepan dengan isu kemanusiaan pada zaman pendudukan Jepun.

Pererat integrasi rumpun Bumiputera

Wacana mengenai Hari Malaysia sejak diraikan pada 2010, rata-ratanya berkisar pada wujudnya perasaan prasangka antara kita di Semenanjung dan juga di Sabah dan Sarawak. Ia dikatakan wujud kerana beberapa hal. Antaranya kedudukan geografi yang dipisahkan Laut China Selatan dan kepelbagaian etnisiti yang rencam. Ini menyebabkan kurangnya interaksi dan kefahaman antara kita.

Berita Harian