Peminat Nasihat Siti Terima Tawaran.

“Kata mereka, populariti yang dikecapi penyanyi itu kini diyakini akan menyebabkan ramai orang berkunjung ke pawagam jika dia jadi beraksi di layar perak.

“”bagi saya, tawaran itu memang padan. Saya setuju benar kalau dia terima tawaran itu. Sudah lama ada ura-ura Siti hendak berlakon dan sekarang saya harap, ianya menjadi kenyataan,”” kata Hafizah Abdul Rahim, dari Muar, Jahor. “”Tidak sabar rasanya hendak menonton filem lakonan Siti,”” kata peminat itu lagi.

Hafizah berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar baru-baru ini perihal tawaran yang dibuat oleh sebuah syarikat penerbitan dari utama tanahair, Platinum Lane Sdn Bhd yang menawarkan bayaran RM1 juta kepada Siti jika dia bersetuju membintangi filem sulung syarikat itu.

Platinum Lane yang beribu pejabat di Kulim Kedah, selain Siti, turut merancang mempelawa bintang popular Bollywood, Shahrukh Khan berlakon dalam filem tersebut.

Judul Jerat Percintaan diambil bersempena tajuk salah sebuah lagu popular nyanyian Siti sebelum ini.

http://www.myartis.com/”