Pemberitahuan Penting Dari Sitizone!



Kecanggihan teknologi alam siber tidak boleh disalahgunakan dengan memperdaya orang ramai mahupun melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang. Justeru dengan itu, pihak SNP dan Sitizone tidak mahu peminat terpedaya dengan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pengguna internet dengan mewujudkan MYSPACE dan FRIENDSTER Siti Nurhaliza kerana ini adalah satu penipuan.

Secara rasminya pihak kami ingin menjelaskan bahawa Siti Nurhaliza tidak mempunyai MYSPACE dan FRIENDSTER seperti yang wujud di internet. Kami amat berharap agar anda tidak terpedaya.

Kami juga kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab laman web seperti http://mp3central.blogspot.com dan http://himuzik-mp3.blogspot.com yang membuat laman muat turun lagu-lagu dari album Siti Nurhaliza. Pihak kami akan mengenalpasti jika masih ada laman web lain yang melakukan perkara yang sama dan warga Sitizone harus membantu. Perkara ini amat dikesali kerana kami berusaha keras menerbitkan sebuah album dan anda semudahnya ‘mencuri’ harta kami. Tindakan undang-undang akan diambil.
– SNP/SITIZONE.

Baigaimana SZoners boleh membantu:
Untuk laman web menggunakan Blogger/Blogspot blogs, selalu ada navigation bar diatas, anda boleh FLAG the blog. Jika ramai SZoners yang FLAG, blog-blog tersebut akan ambil perhatian admin disana dan blog itu akan di adili.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

21 Comments

  1. pelik betul la aku…peminat2 siti kat sitizone banyak komplen kena muatturun lagu via handphone kena buat banyak kali baru dapat. sampai habis kredit RM30. Entah2 kena tipu depa ni…

  2. buat apa le membazir duit beli benda mcm tuh. kan ke baik simpan kredit tu buat call mak bapak dan family atau sahabat handai yg selalu ambil berat pasal kita. cgilamour tu bkn nya ambik tau lu org sakit ke tak. yg dia tau kaut duit org miskin. yg kaya tu tak mengapa le sbb ada duit. yg dah tau diri masih korek2 cari duit baik lupakan le. dr beli benda yg walaupun harganya 3.50 tapi kalau di kumpul blh beli kredit baru.

    YANG KAYA SEMAKIN DI KAYAKAN
    YANG MISKIN TAK BERFIKIR DUIT ITU SUSAH DI CARI DAN SENANG DI LABUR BENDA YG TAK MUNAFAAT.

  3. arus pemodenan ni bukan hanya berlaku dibandar bandar besar je dah menular ke ceruk kampung.kesian mak bapak terpaksa menggandakan tenaga mencari duit lebih bagi memenuhi keperluan hidup yang semakin mencekam dan mencemaskan.harga makanan naik,minyak naik,tol naik dan segala galanya akan naik la.kena la berjimat cermat dari sekarang.kita tak tahu apa akan berlaku tahun tahun akan datang.YANG CERDIK SEMAKIN KAYA,YANG BEBAL SEMAKIN MISKIN.(peribahasa baharu ni).

  4. aku setuju tuah…pandai reka peribahasa baru. That is the power of knowledge. Nak jadi kaya kena ada ilmu, tak der ilmu maka miskin la kita.

  5. cakap pasal ilmu ini amat beruntung la orang orang yang berilmu.aku kadang kadang menjadi orang yang tersangat kerdil bila bersama sama orang orang yang berilmu ni.banyak perbezaannya bila bersama dgn orang berilmu dan orang tak berilmu.

  6. mcm kes org kaya msia ni terutama businessman mereka guna duit utk laburkan pd pilitik american. terutama pilihan raya. bkn sikit tapi berjuta coz kerana ingin kekal atau masuk bisnes dlm negara itu. org kaya yg dimaksud tu cerdik bila membuat bisness but fail and stupid dlm bab perihal manusia. mcm president ‘B’ yg skrg ni dah nak pencen, org msia jugak yg ada sponsor utk parti mereka. cerdik ke sebenarnya org kaya itu???? tapi bkn semua org kaya msia bg duit buta2 je kat ‘B’. skrg lihat lah betapa sedihnya dunia palestin,pakistan,iraq dan byk lagi negara yg menjadi musnah kerana SYAITAN american ‘B’. presiden kenya dan ‘B’ sama ketakutan kalah. itu pasal mereka menipu undian sehingga si ‘B’ menang dan presiden kenya hanya memberi yg kaya di kayakan dan miskin di miskinkan.

    BG GUA KEDUA2 MEREKA NI PENGECUT BESAR.

  7. aku yol bab politik aku suka ikut perkembangannya terutama politik msia je beb.Aku lihat rakyat msia lebih selesa dan berpuas hati dibawah bumbung kerajaan BN ni walaupun ada banyak kepincangan dan kesalahan dilakukan oleh pemimpin pemimpin mereka.Pemimpin ni cerdik dan bijak malah mereka ni orang orang yang cerdik pandai dan berilmu.Apa yang aku lihat wang la yang banyak memainkan peranan dalam kehidupan mereka.Itu sebab tuan nik aziz tak mahu wang wang ni.dia rela hidup sederhana.

  8. apa ni yol boring pulak diaorang baca cerita politik ni.Aku harap pemimpin pemimpin BN cepat sedar dan insaf,betulkan segala kesilapan dan pelihara la mandat rakyat supaya rakyat tidak bangkit dengan cara kekerasan.Aku juga dapat rasa rakyat msia takut akan kucar kacir,huru hara,bunuh membunuh.Kerajaan BN mesti la bijak dalam memenangi hati rakyat msia.sory la tuan khemah.Aku juga dapat rasa rakyat msia tak sabar sabar menunggu kepulangan ct dari mekah.he he he

  9. hehehehe…tuah merindui tok kembang le tuh. lu rasa lah tuah lepas tok kembang ni balik dr haji dia tutp ke kopalo nya tuh??

    AJL07 dah nak dekat. gua blh bayangkan le tok kembang nak lompat2 pun malu.

    tok misai plak lepas balik haji ni buang2 le cincin pelaris,pemikat tuh. syirik tu tok misai.

  10. orang dah cantik aku rasa lagi cantik pakai tudung lagi orang suka.aku rasa la yol ct pakai punya tapi fesyen tudung yang mcm mana tu aku tak tahu la.aku rasa lagi la yol ct tahu apa akan jadi kalau dia tak pakai tudung ni.

  11. sblm dia pegi mekkah dia jawab soalan Bharian tak confirm lagi nak pakai ke tak bro.

    hmmmm…. mcm mana tu ekkk… blh jawab tak confirm lg. nampak benor le tok kembang ni mcm mana. tak ada pendirian. gua rasa tok kembang ni tak bijak jawab soalan press le. kesian betul org yg bernama Datuk sri siti nurhaliza ni ya.

  12. aku kalau pasal donlot2 neh aku donlot je. kalau beli yang ori pun bukan dapat pun faedahnya.. si toksik tu dah kaya.. kalau berenti nyanyi pun laki bley tanggung… lagipun susah betul nak nengok toksik tu menderma…. ada la sekali dua aku dengar… tatau la kalau dia derma senyap2.. tapi leh ke toksik tu buat benda senyap2?… pi mekah pun heboh… inikan pulak kalau menderma.. lovebite pun tunjuk2.. konon tak sengaja.. kalau dah tau ada lovebite buat apa siput rambut.. lepas je laa biar menutup leher.. nampak sangat nak menunjuk yang dia dah kawen and baru ehem ehem…. wekekeke

  13. mcam yg lu ckap kat halaman sebelah tu fadhil “suka hati dia la”…so suka hati kita la kan nak mengomen ape kat tok kembang ni dah dia nak jadi artis bersedia je la..inilah harga sebuah populariti seorng artis..x semua benda kat dunia ni free, dia dah ambil so dia kena bayar balik!

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*