Pandangan Peminat Dibaca…



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga Sitizone yang dirindui.

Memang lama Siti tak menghantar berita tetapi jangan bimbang kerana Siti sentiasa menjenguk anda di sini. Walaupun agak lama Siti berdiam diri dan selebihnya berada di luar negara tetapi laman ini tetap di hati Siti. Semua mesej dan perkembangan tulisan anda Siti baca dan Siti faham apa yang ingin anda sampaikan dan begitulah juga sebaliknya.

Pertama sekali Siti ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas usaha anda mengundi Siti untuk Anugerah Bintang Popular yang lalu dan Alhamdulillah Siti masih mengekalkan gelaran Penyanyi Wanita Popular. Bagi Siti, peranan anda begitu besar dalam kemenangan ini tetapi yang lebih besar adalah bagaimana Siti mahu terus memberikan yang terbaik buat anda. Walaupun saban hari Siti dipenuhi jadual kerja, berkejar ke sana ke sini atau bercuti sekalipun tetapi otak tetap berputar, memikirkan apa agenda dan kerja seterusnya. InsyaAllah 2007 ini akan ada sesuatu dari Siti untuk anda dan juga memperkembangkan kerjaya Siti walaupun sudah bergelar isteri. Sokongan anda adalah semangat untuk Siti dan percayalah, kekuatan itulah yang membuatkan Siti masih berada di sini.

Alhamdulillah, pemergian Siti ke majlis Grammy di LA baru-baru ini juga cukup menggembirakan. Bukan mau berseronok tetapi banyak pengalaman yang ditimba. Melihat kejayaan mereka di majlis Grammy membuatkan Siti turut terfikir tentang kerjaya dan InsyaAllah mana yang baik akan Siti ambil untuk dijadikan resepi kejayaan Siti seterusnya. Pengalaman yang tidak pernah terfikirkan berjalan di red carpet, memang seperti mimpi. Siti percaya ia adalah satu penghargaan dan Siti harus berterima kasih kepada penganjur.

Banyak yang ditulis di catatan anda, pujian, teguran, kritikan dan sebagainya, Siti tidak pandang ringan, anda jangan bimbang. Semua itu adalah sesuatu yang Siti perlukan. Siti tidak pernah lupa diri atau berubah, malah Siti senang dengan apa yang anda cuba sampaikan. Untuk memuaskan hati semua pihak mungkin sukar tetapi Siti mencuba. Harapan Siti agar anda semua memahami kerana adakala kita berusaha memberikan yang terbaik tetapi tidak dapat diterima dan begitulah juga sebaliknya.

Sekarang ini banyak perkara yang harus Siti lakukan. Siti juga sedang mengumpul material untuk album tradisional Siti, jika tidak ada aral, sebelum Jun ini akan dipasarkan. Doakan agar dikurniakan lagu-lagu yang bagus dalam album Siti nanti. Sekian sahaja catatan kali ini. Semoga bertemu kembali.

Salam rindu selalu…
Siti Nurhaliza

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

7 Comments

  1. Lenakah Siti diwaktu malam setelah merobohkan rumahtangga orang lain untuk kepentingan diri sendiri?
    Renungkan lah…

  2. kenapa tak boleh lena pulak? datuk k tu kan duda tua. siapa lagi yang guna batang pisang dia tu lagi . siti aje yang boleh kasih hidup batang pisang datuk k tu. entahkan hidup or mati batang datuk k tu. jangan lee ko srisau paasal tidur tak lena orang lain. engko pun apo kurangnyo asyik mengepist jantan di kaki lima ooiii mulut murai.

  3. kenapa tak boleh lena pulak? datuk k tu kan duda tua. siapa lagi yang guna batang pisang dia tu lagi . siti aje yang boleh kasih hidup batang pisang datuk k tu. entahkan hidup or mati batang datuk k tu. jangan lee ko srisau paasal tidur tak lena orang lain. engko pun apo kurangnyo asyik mengepist jantan di kaki lima ooiii mulut murai.

  4. Assalaamu alaikum,

    Saya cuma ingin beri sedikit cadangan.
    Untuk album tradisional terbaru nanti, alangkah bagusnya kalau Siti selitkan beberapa buah lagu lama yang diberi nafas baru tanpa mengubah sepenuhnya susuan muzik asal.

    Antara lagu yang saya ingin dengar Siti nyanyikan:

    Merpati (penyanyi asal Uji Rashid)
    Riwayat Petani (Ogy)
    Wajahmu Di Mana-mana (Azlina Aziz)

    Satu lagi, saya cadangkan Siti nyanyi lagu-lagu kompilasi dalam pelbagai bahasa. Antaranya:

    Helwa Ya Balady (nyanyian asal Dalida) – sempena tahun ke-50 kemerdekaan negara, lagu ni menceritakan kecintaan kepada tanah air dan org2 yg disayangi di tanahair

    Sebebini Bileyim – (nyanyian Zara our dari Turki), Let Me Know Your Reason

    Dahil Sayo – A famous Filipino song

    L’Historie De un Amour (Dalida) – very famous song translated into many languages

    Choose one of P Ramlee/Saloma’s songs, sing it in Spanish.

    Semoga Siti dan keluarga berbahagia selalu.

    Wassalam

  5. Sejuuuk telinga bila cikgutue membace catatan cik siti comel….merdu bunyinye semerdu lagu-lagu yang cik siti dendangkan. Cuma pesan cikgutue, ketika berade di puncak jaye tu, janganlah lupe rumput di bumi…macam yang cikgutue selalu ajar dalam kelas dolu kale.

  6. I bekerja di KLIA, so selalu nampak artis balik oversea. I juga peminat Siti. I jumpa Siti masa dia balik dari Grammy Awards hari tu dgn Dato K. Dia mmg dah berubah, pakai baju ketat.. nampak dada dan berjalan sambil memeluk badan suaminya didepan org ramai dan adik Dato K. Kan dulu dia bersopan tp kenapa skrg makin OVER. Dah hilang watak ketimuran dia. I terkedu..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*