Skip to content

Recent Articles

19
Sep

Ayah Siti Nurhaliza Meninggal Dunia

Teks & Foto oleh Roslen Fadzil

KUALA LUMPUR, 15 Februari 2009:  Sesudah menjalani pembedahan bypass jantung, Jumaat lalu, ayah penyanyi terkenal Dato’ Siti Nurhaliza, Tarudin Ismail, 67, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.50 pagi tadi (Ahad) di Hospital Ampang Puteri.

Allahyarham Tarudin, bekas anggota polis, meninggal dunia akibat serangan jantung serta komplikasi buah pinggang dan penyakit kencing manis.

Mengesahkan berita menyedihkan itu kepada murai.com.my, sebentar tadi (jam 12.30 tengah hari), kakak ipar Siti, Rozie, berkata Allahyarham mengembuskan nafas terakhirnya di sisi isteri, Siti Salmah Bachik serta anak-anaknya. Beliau meninggalkan 7 anak dan 10 cucu.

“Abah meninggal dunia dengan tenang dan seolah-olah tahu dia akan pergi buat selama-lamanya. Dia juga sempat berkata, ibu (Salmah) akan kehilangan seorang sahabat dan Ayie tidak ada kawan lagi untuk memancing ikan.

“Selain itu, dia turut berpesan kepada Siti (Nurhaliza) agar janganlah menangis,” kata Rozie dalam nada terharu.

Kata Rozie, Allahyarham telah menjalani pembedahan bypass jantung pada Jumaat lalu tetapi keadaannya bertambah kritikal sejak semalam.

“Pembedahan bypass jantung itu memang berisiko tinggi tetapi ayah sendiri yang mahukan pembedahan itu. Walaupun semua anak-anaknya tidak sanggup menurunkan tandatangan, abah tetap rela dibedah. Apapun kami sekeluarga menerima ini sebagai ketentuan takdir,” kata Rozie lagi.

Siti  terlalu hiba dan sayu

Ketika ditemui di kediamannya di Bukit Antarabangsa, petang tadi Siti kelihatan terlalu hiba dan sayu dengan pemergian ayahnya kerana sikap Allahyarham sendiri yang sentiasa ceria, bersemangat dan berfikiran positif hinggalah ke saat-saat akhir sebelum beliau dibedah.

“Siti dan semua adik beradik sempat bertemu abah buat kali yang terakhir sebelum abah dibedah di Hospital Ampang Puteri, Jumaat malam lalu. Walaupun abah sakit, dia masih sempat berjenaka dan berbual seperti biasa dengan Siti. Dia berpesan supaya Siti jangan banyak sangat menangis.

“Siti tak sangka rupanya abah hendak pergi buat selama-lamanya. Siti redha dengan pemergian abah walaupun Siti telah kehilangan seorang abah yang tiada gantinya di dunia ini. Sekurang-kurangnya abah telah melihat kejayaan Siti dari mula hingga ke saat ini,” kata Siti. Suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa juga kelihatan sibuk mengendalikan segala persiapan bagi menyempurnakan jenazah.

Turut kelihatan adik beradik Siti yang lain termasuk Ayie, Saidah, Saerah dan Ali. Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob turut hadir memberikan penghormatan yang terakhir selain rakan artis seperti Datuk Shah Rezza, Erma Fatima, Noniswara dan produser filem Zaiton Mohd Jiwa yang juga kakak ipar Siti.

Jenazah Allahyarham kemudian dibawa pulang dengan sebuah ambulans ke Kampung Tempoyang di Kuala Lipis, Pahang untuk dikebumikan.

Takziah dari warga murai.com.my buat keluarga Dato’ Siti dan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke roh Allahyarham, Amin…

 

Murai

19
Sep

Gadis Misteri Masih Hilang

BESUT: Gadis yang dikatakan diganggu jin, Siti Balqis Mohd Nor, 22, masih belum pulang ke rumahnya sejak hilang, Ahad lalu.

Ibunya, Norizan Said, 47, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini, semalam, berkata dia masih gagal menghubungi anaknya itu meskipun beberapa kali cuba menghubunginya.

“Saya hanya mendengar deringan lagu ‘Cindai’ nyanyian Siti Nurhaliza pada telefon bimbit yang dibawa Siti Balqis tetapi tidak dapat bercakap dengannya,” katanya.

Norizan turut mendakwa mendapat petanda, semalam mengenai anaknya itu selamat dan akan pulang pada malam Sabtu ini.

Ini kehilangan paling lama Siti Balqis sejak dia dikatakan diganggu jin tiga bulan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2010/10/28

Harian Metro

19
Sep

Hanya Sebut Nama Siti

PASIR MAS: “Siti (Datuk Siti Nurhaliza Tarudin) comel, suara dia sedap. Kalau boleh jumpa dia, saya nak peluk dan cium dia puas-puas.” Begitulah yang sering dituturkan seorang gadis orang kurang upaya (OKU), Suhaida Hassan, 27.

Suhaida yang tidak mampu bertutur selepas mengalami demam panas ketika berusia setahun, hanya tahu menyebut nama Siti setiap hari, malah turut mengumpul ratusan gambar dan cakera padat video (VCD) nyanyian Siti Nurhaliza.

Walaupun tidak mampu bertutur, nama Siti tidak pernah lekang daripada mulut Suhaida dan berbanding perkataan lain, dia mampu menyebut nama Siti dengan baik.

Ibunya, Siti Zarahah Abd Rahman, 65, berkata walaupun anaknya cacat, namun minat anak bongsunya terhadap penyanyi berasal dari Kuala Lipis, Pahang itu melebihi segala-galanya.

Katanya, setiap kali ditanya mengenai Siti Nurhaliza, Suhaida tersenyum seorang diri dan memuji penyanyi itu.

“Selepas demam panas sejak berusia setahun, dia tidak dapat bertutur seperti biasa. Apabila meningkat dewasa, hanya Siti Nurhaliza yang ada dalam fikirannya.

“Kehidupan Suhaida setiap hari bagaikan tidak lengkap jika tidak menatap gambar Siti Nurhaliza dan menyanyikan lagu dendangan penyanyi itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol Nangka, di sini, baru-baru ini.

Siti Zarahah, berkata Suhaida mengamuk dan marah kepada sesiapa yang mempertikai keupayaan Siti mahupun menyembunyikan gambar penyanyi itu.

“Suhaida turut membawa empat bakul gambar dan VCD album Siti Nurhaliza sebagai teman tidurnya.

“Dia sering mengikuti perkembangan terbaru penyanyi itu termasuk perkahwinan, gosip dan album terbarunya,” katanya.

Menurutnya, setiap hari Suhaida mengemas dan mengelap lantai kerana memikirkan Siti Nurhaliza akan datang ke rumahnya.

“Setiap kali bangun pagi, dia segera mengemas dan membersihkan persekitaran rumah bagi persediaan untuk menyambut kehadiran Siti Nurhaliza ke rumah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/03/26

Harian Metro

3
Aug

Bejeweled Arjuna Glamor Siti Nurhaliza

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

Foto oleh Simplysiti

KUALA LUMPUR, 2 OGOS 2012: Kesempatan kala bakal menjelangnya Aidilfitri, label kosmetik, penjagaan kulit dan wangian, Simplysiti telah melancarkan satu lagi koleksi eksklusifnya Bejeweled sebagai tradisi kepada label berkenaan pada setiap musim perayaan.

Bertempat di Berjaya Times Square Hotel, loleksi Bejeweled telah dilancarkan sempena dengan majlis berbuka puasa Simplysiti dan penyerahan sumbangan kepada golongan anak yatim yang kurang bernasib baik dari Rumah Anak Yatim Baitul Ehsan.

Produk terbaru Simplysiti ini ia dirumus khas dengan Jewellery Powder iaitu unsur permata berlian, delima dan mutiara yang mempunyai kuasa hebat dalam mencerah dan mencantikkan kulit wajah agar berseri dan cantik menawan.

Dua taruhan yang bisa anda pilih iaitu Bejeweled Ruby dan Sapphire di mana Ruby yang mewakili delima (merah) khas untuk mereka yang mahukan glamor manakalah Sapphire pula buat mereka yang mahu solekan gaya classy.

Kedua-dua koleksi ini lengkap dengan Powder Foundation (bedak dan bedak asas), Duo Blusher iaitu pembayang kontur pipi dual fungsi, Multi Eye Color (pembayang mata) dan Lip Color melengkapkan solekan kala dicalitkan ke bibir anda.

Menurut pengasas Simplysiti, Dato’ Siti Nurhaliza, para pengguna produk ini bakal mendapatkan petua dan tutorial jika mereka kurang jelas mengenai pengguna koleksi terbaru Bejeweled ini.

“InsyaAllah tidak lama lagi anda boleh ke laman rasmi Facebook Simplysiti bagi melihat video atau tutorial cara solekan betul yang akan Siti sendiri tunjukkan.

“Selain itu juga Siti akan sertakan petua tambahan supaya para pengguna jelas mengenai fungsi setiap produk dari koleksi Bejeweled.

“Bermula 1 Ogos ini Siti akan memulakan lawatan dan promosi ke beberapa kaunter Simplysiti di seluruh negara.

“Setiap produk yang dihasilkan ini lebih praktikal dan bukan hanya tertakluk pada satu fungsi sahaja.

“Dengan harga yang mampu dimiliki dan sah halal, Siti harap ia akan menjadi pilihan para pengguna untuk mendapatkan Bejeweled yang sudah pun berada di pasaran,”ujarnya ketika ditemui di sidang akhbar perlancaran koleksi tersebut.

Koleksi Bejeweled juga telah mengadakan kolaborasi bersama Habib Jewels bagi peraduan Find that Diamond in You.

Khusus kepada pembeli Bejeweled, mereka akan berpeluang menyertai peraduan berkenaan untuk memenangi hadiah utama set berlian yang bernilai RM25,000 dan hadiah yang lain bernilai RM70,000.

Di majlis yang sama Dato’ Siti Nurhaliza memperkenalkan finalis pencarian bakat Star Search hasil usahasama Simplysiti dan MIG dan telah diacarakan oleh Sharifah Shahira selain persembahan daripada Rabbani, tazkirah oleh Imam Muda Asyraf dan lantunan suara merdu Dato’ Siti Nurhaliza sendiri.

Murai

1
Aug

Siti Nurhaliza Jawab Isu Persembahan Di Kelantan

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 1 OGOS 2012: Isu mengenai Dato’ Siti Nurhaliza telah diberikan amaran selepas membuat persembahan di negeri Kelantan pada bulan lepas dan melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 yang dikuatkuasakan di negeri itu telah mengejutkan banyak pihak. Apatah lagi, ianya pertama kali berlaku kepada penyanyi nombor satu negara itu.

Ditemui di majlis pelancaran kosmetik terbaru Simplysiti, Bejeweled, Portal Murai berkesempatan mewawancara Dato’ Siti Nurhaliza mengenai perkara tersebut. Ternyata, Siti Nurhaliza tidak menyangka bahawa persembahannya di sana (Kelantan) akan mencetuskan isu setelah menyaksikan kehadiran lebih 10,000 masyarakat sekitar dan guru-guru sekitar Kota Bharu yang diadakan di kompleks sekolah-sekolah Jalan Wakaf Mek Zainab.

“Seperti biasa Siti hanya memenuhi undangan daripada pihak penganjur dan kali ini jemputan adalah untuk Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 peringkat Kota Bharu.

“Pada pengamatan Siti, persembahan yang Siti berikan berunsur ilmiah dan sopan. Lagipun ini adalah bersempena dengan sambutan Hari Guru. Jadi, memang tiada sebarang aktivti melalaikan yang dilakukan pada ketika itu.Tapi mungkin disebabkan ia berlangsung secara terbuka dan bertentangan dengan undang-undang yang telah ditetapkandi negari itu, maka ianya telah menjadi isu.

“Siti tidak terfikir dan tidak tahu ia akan menjadi sesuatu aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang negeri tersebut. Namun begitu, Siti menghormati keputusan mereka yang telah mengeluarkan notis amaran secara positif dan akan lebih berhati-hati lagi selepas ini.

“Tidak mahulah nak komen lebih-lebih kerana takut nanti tersalah cakap pula kerana ianya melibatkan undang-undang. Yang penting Siti sudah pun menjalankan tanggungjawab dengan membuat persembahan dan menghiburkan para pengunjung yang datang,” jawabnya kepada murai.com.my yang menolak jika isu ini telah dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Dalam pada itu, bila ditanyakan mengenai konsertnya bersama penyanyi antarabangsa Sami Yusuf yang telah dibatalkan atas sebab beberapa masalah, antaranya kontrak bersama pihak penganjur, Siti Nurhaliza menjawab:

“Perkara tersebut tercetus di antara Sami Yusuf dengan pihak penganjur dan Siti tidak tahu apakah punca sebenar sehingga ianya dibatalkan.Ramai peminat yang sememangnya menantikan kemunculan Sami Yusof di Malaysia dan sudah semestinya Siti juga berbangga dapat berkongsi pentas dengan penyanyi hebat sepertinya.

“Ini adalah peluang yang baik Siti dapat dan mujurlah Siti sempat membuat persembahan bersamanya di Singapura. Jadi, ia merupakan pengalaman yang baru untuk Siti timba,”tambahnya lagi.

Murai

28
Jul

Bruno Mars Pula Menjadi Pilihan Siti Nurhaliza

Teks oleh SyafIqah Jalal

Emel: syafiqah_jalal@digitalfive.com

Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 6 MAC2012: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin akui tidak serik untuk untuk merakamkan album Inggeris kedua walaupun sebelum ini album sulungnya All Your Love menerima kritikan negatif.

Malah, dia sudah pun memasang angan-angan yang tinggi untuk berkolaborasi dengan penyanyi dan komposer Amerika Syarikat, terkenal, Bruno Mars untuk album Inggeris keduanya kelak.

Siti Nurhaliza berkata Bruno Mars menjadi pilihannya selepas melihat bakat yang ada pada penyanyi antarabangsa tersebut.

“Saya tidak akan serik dan patah semangat untuk merakamkan album Inggeris kerana saya bagi album All Your Love hanya permulaan sahaja dan saya ingin terus berusaha memperbaiki kekurangan saya.

“Jika diberi peluang dan kemampuan saya ingin merakamkan album Inggeris saya seterusnya di Eropah.

“Selain mahu merakamkan album Inggeris untuk kali kedua, saya juga ada berangan-angan untuk berkolaborasi bersama Bruno Mars.

“Saya sukakan lagunya dan dia memang sangat berbakat,” katanya kepada portal murai.com.my.

Sebelum ini, penyanyi lagu Cindai ini, pernah berkolaborasi dengan penyanyi antarabangsa seperti Sean Kingston dari Amerika Syarikat dan Christian Alexanda (Australia).

Malah terang, Siti Nurhaliza dia amat berpuas hati dengan sambutan album Inggeris pertamanya itu, sejak dilancarkan pada September tahun lalu. Dan kini dia dalam proses rangka mempromosikan single keduanya bersama Sean Kingston, Remember You.

“Alhamdulilah, sambutan untuk album Inggeris pertama ini agak memberansangkan walaupun baru enam bulan berada di pasaran.

“Mungkin sebab konsep untuk album itu sangat catchy dan rancak, sesuai dengan citarasa pendengar sekarang.

“Saya kini dalam proses bekerjasama dengan hampir kesemua radio Inggeris di negara bagi mempromosikan single, Remember You. Setakat ini, lagu Remember You, sudah dimainkan di Hitz.Fm dan Fly FM. Insya Allah akan datang di radio Mix.FM, Red.FM , Suria FM, Era FM dan banyak lagi,” jelasnya.

Selain rangka promosi di stesen radio, Siti Nurhaliza bakal meneruskan promosi single terbarunya itu, di dua lokasi sesi beramah mesra bersama peminat sekitar lembah Klang.

Selain Remember You, album All Your Love juga turut memuatkan lagu-lagu lain seperti I’ll Wait Forever, Falling In Love dan banyak lagi.

Murai

11
Jul

Anugerah 5tars Untuk Dato Siti Nurhaliza

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 11 JULAI 2012: Bercakap mengenai penjenamaan dan selebriti mungkin ramai yang kurang faham serta tidak tahu mengenai jalinan yang terbentuk di antara dua perkara ini. Jenama dan selebriti adalah dua perkara yang saling membantu antara satu sama lain dan ini diperakui oleh 5tars.

5tars adalah gagasan 5 orang pereka di bawah 4 label iaitu Zery Zamry, Hazwani Osman, Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini . Mereka ini bertungkus lumus membina nama dalam mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri fesyen dan hiburan tempatan.

Pada malam kemuncak pertunjukan fesyen khas yang dianjurkan 5stars untuk musim raya yang bakal tiba tidak lama lagi, mereka telah menyampaikan anugerah khas iaitu Anugerah 5tars kepada selebriti ternama tanah air iaitu Dato Siti Nurhaliza.

Pemilihan ini, dikatakan bertepatan dengan penglibatan Dato Siti Nurhaliza dalam memperagakan adibusana daripada label-label di bawah 5tars.

“Kami semua bersetuju memilih Dato Siti Nurhaliza kerana dia merupakan artis pertama yang memberikan sokongan penuh kepada 5tars dimana dia telah menyarungkan kesemua busana daripada pereka 5tars untuk satu sesi penggambaran.

“Sebuah penghormatan yang tidak ternilai buat kami dan kita semua tahu bahawa Dato Siti Nurhaliza merupakan penyanyi nombor satu negara dan kepercayaan yang diberikan itu sangat saya dan rakan pereka lain hargai.

“Inilah cara kami, 5tars berterima kasih kepada Dato Siti Nurhaliza dan berharap jalinan yang terbentuk ini akan terus berkekalan,” jelas salah seorang pereka fesyen 5stars, Rizman Nordin mengenai Anugerah 5tars.

Bagi Hatta Dolmat pula, Anugerah 5tars ini layak diberikan kepada ikon fesyen negara kerana apa sahaja yang digayakan Dato Siti Nurhaliza pasti dinantikan peminat dan umum.

“Apa sahaja yang Dato Siti Nurhaliza sarungkan pasti menjadi tontonan dan ia dinantikan oleh peminat. Ia memberikan impak yang sangat besar pada pelbagai pihak antaranya pengikut fesyen dan juga industri hiburan.

“Jadi Dato Siti Nurhaliza adalah individu yang paling layak dan dalam masa yang sama dia menyokong keberadaan 5tars dalam industri ini dengan menyarungkan helaian kami hasilkan untuknya,” tambah Hatta Dolmat lagi.

Pada malam kemuncak pertunjukan fesyen khas daripada 5stars ini telah berlangsung di Muzium Tekstil Kuala Lumpur pada Isnin malam lalu. Ia menyaksikan kehadiran ramai selebriti ternama tempatan dan media.

Murai

7
Jul

Dato Siti Nurhaliza Naik Gajah Sambil Menyanyi

KUALA LUMPUR, 6 JULAI 2012: Sempena perasmian pembukaan Sukan Malaysia 2012 (Sukma 2012) yang bakal diadakan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang, esok malam, penyanyi tersohor negara, Dato Siti Nurhaliza Taruddin dikatakan bakal membuat satu kejutan besar.

Difahamkan, penyanyi yang sibuk mempromosikan produk Simply Siti buat julung kalinya akan menyanyi sambil menaiki seekor gajah.

Siti Nurhaliza yang banyak kali mengadakan persembahan di majlis perasmian seumpama ini melakukan satu inisiatif baru kerana penganjuran pembukaan perasmian kali ini mendapat usahama dari syarikat miliknya sendiri iaitu Siti Nurhaliza Production (SNP).

Oleh itu, pada malam itu nanti, Siti Nurhaliza ingin meninggalkan satu memori bersejarah buat penggiat sukan negara dengan melakukan persembahan berani.

Mungkin, ia satu pendekatan yang diambil oleh Siti dari penyanyi lagenda Datuk Sudirman Hj Arshad yang menyanyikan lagu Tanggal 31 dengan mengenakan baju bendera yang panjang berjelar.

Menerusi segmen persembahan pada malam itu nanti, Siti bakal menyanyikan sebuah lagu yang bertemakan sukan yang mana lagu berkenaan merupakan sebuah lagu yang dicipta khusus buat pejuang sukan negara.

Upacara gilang-gemilang ini akan disiarkan secara langsung di RTM pada jam 9 malam esok (7 Julai 2012).

Murai

26
Jun

Hafiz Tembusi Indonesia

Hip
Hafiz tembusi Indonesia
Oleh Muhamad Fairoz Azizan
muhamadfairoz@bharian.com.my
2012/06/26
GA_googleFillSlot(“BHWeb_InsidePages_650x60″);
pix_gal0
SELEPAS tiga tahun album sulungnya yang berjudul Masih Jelas berada di pasaran, Hafiz akan melancarkan album kedua yang menggunakan namanya sebagai judul, di Jakarta, Indonesia, bulan depan.

Berasa bertuah kerana diberi peluang menembusi pasaran muzik negara itu, Hafiz muncul sebagai segelintir artis Malaysia yang berjaya memasuki pasaran negara seberang selepas Datuk Sheila Majid, Search, Slam dan Datuk Siti Nurhaliza.
Umum mengetahui, bukan senang untuk artis negara ini menempatkan diri dalam pasaran muzik negara garuda itu. Namun, selepas bernaung di bawah empayar penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani, pada program Mania barubaru ini, sedikit ruang bagai terbuka buat Hafiz yang juga juara rancangan terbabit.
Jika sebelum ini ura-ura pelantikan Dhani sebagai pengetua Akademi Fantasia 9 mendapat kecaman hebat pelbagai pihak, sebaliknya pemilihannya dalam Mania yang juga terbitan Astro membuka peluang kepada artis tempatan mencuba nasib di seberang.

Album ini akan dilancarkan bulan depan, tetapi belum ditentukan lagi tarikhnya. Album ini adalah hasil kerjasama antara Warner Music Malaysia dengan Indonesia.

Dalam album terbaru ini, ada lima lagu termasuk tiga lagu baru yang dirakamkan di Indonesia. Lagu-lagu ini lebih kepada konsep balada, yang mendapat sentuhan komposer keduadua negara, katanya ketika dihubungi HIP.

Album yang mendapat sentuhan komposer terkenal Indonesia, Andy Bayou dan komposer tempatan, LY, itu turut memuatkan lagu berjudul Patah Hati dan difahamkan akan dilancarkan pada 11 Julai ini.

Selain melancarkan albumnya di sana, Hafiz juga dijangka mengadakan siri promosi termasuk persembahan jelajah di bandar besar sekitar Indonesia.

Hafiz masih belum tahu mengenai program yang akan dijalankan ketika pelancaran itu nanti kerana semuanya diuruskan pihak pengurusan dan masih menantikan kata putus daripada Warner Music Indonesia.

Hafiz rasa amat bersyukur dan gembira kerana diberi peluang bukan saja merakamkan lagu di sana tetapi turut melancarkan album, kerana kita semua tahu bukan senang untuk artis Malaysia, terutama artis baru macam Hafiz memasuki pasaran muzik di sana, katanya.

Tidak takut jika albumnya itu dikatakan mirip lagu penyanyi Indonesia, Hafiz menganggap setiap orang punya pandangan dan selera mereka sendiri.

Julung kali bekerjasama dengan Dhani bukan saja memberinya banyak pendedahan mengenai muzik, sebaliknya membuka peluang untuknya dikenali di negara asal penggiat muzik terkemuka itu.

Dia seorang yang tegas tetapi banyak memberi input dan tunjuk ajar. Hafiz harap album ini mendapat tempat di hati peminat di sana dan membuka lebih peluang untuk Hafiz melebarkan sayap di Indonesia, katanya.

Berita Harian

5
Jun

Dengarnya… Dafi Ditawar Berlakon Sinetron

Hip
Dengarnya… Dafi ditawar berlakon sinetron
Oleh Normah Becok

2012/06/04
Dafi
Dafi
SEKALUNG tahniah Cik Normah ucapkan kepada penyanyi, Dafi Ismail Sabri, yang dengarnya semakin mengembangkan sayapnya di negara seberang apabila ditawarkan berlakon dalam sinetron Dara Kawin Lari.

Nampaknya kurang lima bulan disunting Trans Corp menjadi artis mereka, banyak perkembangan positif Cik Normah dengar daripada Dafi. Sebenarnya Dafi ke sana untuk menjadi penyanyi. Sementara menantikan lagunya siap, dia ditawar mengendalikan program gosip dan kini rezeki Dafi bertambah murah apabila ditawarkan berlakon pula.
Cik Normah memang kagum dengan Dafi. Walaupun mungkin nama Dafi belum begitu dikenali di sana, tetapi dengan pendedahan demi pendedahan diterimanya di sana, siapa tahu satu hari nanti Dafi mampu membina nama besar di Indonesia.
Cik Normah tahu saingan cukup besar di seberang, tetapi siapa tahu rezeki Dafi, kalau satu hari nanti dia boleh berdiri sama tinggi dengan Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sheila Majid dan Amy Search, yang masih tidak dilupakan masyarakat Indonesia.

Jika selepas ini rezeki Dafi semakin murah di negara berkenaan, tak dapatlah dia pulang ke sini sekerap selalu. Sebelum ini, dua tiga kali sebulan Dafi pulang ke sini atas tujuan kerja dan menjenguk keluarga. Nanti kalau sudah sibuk berlakon sinetron, silap hari bulan dua tiga bulan pun susah nak melihat kelibatnya.

Insya-Allah, jika niat kita ikhlas dan baik, apa yang kita hajatkan pasti menjadi kenyataan. Lagipun menurut beberapa teman Cik Normah yang pernah bercuti bersama Dafi ke Bali beberapa tahun lalu, dia terkejut apabila ramai gadis Indonesia mengerling ke arah Dafi, siap menyebut namanya sekali.

Maknanya, sedikit sebanyak Dafi sudah dikenali orang sana, mungkin kerana duetnya bersama Gita Gutawa. Ke mana saja Dafi pergi kata teman Cik Normah, ada saja yang akan menegurnya. Bukan saja di jalanan, malah di lapangan terbang pun ada yang sempat menyapa.

Berita Harian