Mesej dari Sitizone.com



Bismillahirahmanirrahim
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung di sini.

Alhamdulillah, dua cita-cita dan impian bercantum menjadi satu. Cita-cita dan impian Siti, begitu juga anda telah direalisasikan dengan terhasilnya laman web rasmi ini. Besar harapan Siti agar laman web ini akan menjadi ruang, tempat atau zon untuk kita terus saling hormat menghormati, faham memahami, harga menghargai dan tidak hanya itu, kita panjangkan silaturrahim, nasihat, dorongan dan di sini adalah `rumah’ untuk `keluarga kita’.

Tidak kira siapa pun anda, di mana anda berada, bagaimana pun cara anda ke laman ini, Siti dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan selamat datang dan berterima kasih kerana sudi singgah di sini.

Semoga laman ini dapat dimanfaatkan oleh kita semua demi kebaikan bersama. InsyaAllah Siti akan terus memperbaiki laman ini dari semasa ke semasa dan untuk permulaan ini terimalah SitiZone.Com.

Selamat Datang Ke SitiZone.Com.
Datang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang,
Tumpang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang.

Siti Nurhaliza
24hb Disember 2003

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*