Lebih 100,000 Tetamu Hadir Majlis Perkahwinan Anak Ketua Menteri Melaka



MELAKA: Lebih 100,000 tetamu hadir pada majlis persandingan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri Datin Seri Asmah Abdul Rahman di Dewan Tun Ali Bukit Katil di sini, hari ini.

Majlis persandingan Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26, yang bermula jam 10 pagi tadi dimeriahkan dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum dari seluruh negeri Melaka.

Majlis terbabit dimeriahkan dengan kehadiran Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang kemudian berkenan menepung tawar pasangan yang mengenakan pakaian berona coklat.

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop serta bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Ithinin yang juga datuk kepada pengantin perempuan turut hadir di majlis terbabit.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suami Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa serta pelakon, Dira Abu Zahar.

Siti Nurhaliza turut mendendangkan beberapa buah lagu di majlis berkenaan.

Mohd Ridhwan, anak sulung Ketua Menteri itu selamat diijabkabul bersama pasangannya di rumah Abu Zahar di Merlimau Pasir di sini, Jumaat lalu. – BERNAMA

Berita Harian

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*