Kumpulan Estranged menang Juara Lagu AJL

KUALA LUMPUR 27 Jan. – Bintang-bintang ternama industri seni suara tanah air tewas kepada sebuah kumpulan baru Estranged apabila lagu Itu Kamu ciptaan kumpulan tersebut dinobatkan sebagai Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu Ke-22 (AJL22) yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Stadium Putra, Bukit Jalil di sini malam ini.

Dengan kemenangan itu, Estranged berjaya menepis artis ter enal seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Aishah yang disebut-sebut bakal menjuarai pertandingan ber kenaan membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000 ber serta trofi.

Estranged turut memenangi RM12,000 lagi sebagai juara kate gori Pop Rock. Ini bermakna lagu tersebut membolot wang tunai RM37,000 kesemuanya. Lirik la gu Itu Kamu ditulis oleh Rachael Lawrence.

Lagu Izinku Pergi yang dinyanyikan oleh Shari ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Sulu Sarawak memenangi kategori Balada. Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.

Lagu Samudera yang disampai kan oleh Nora pula menjuarai kategori Etnik Kreatif.

Dengan kemenangan itu, lagu ciptaan Johan Nawawi dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya itu melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM12,000 beserta trofi.

Jaclyn Victor dan Lah Ahmad pula memenangi kategori Vokal Terbaik menerusi lagu Ceritera Cinta. Kedua-dua mereka memba wa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.

Kategori Persembahan Terbaik pula, menjadi milik Raja SMS, Mawi yang telah memberikan per sembahan yang cukup menarik menerusi lagu Angan dan Sedar sekali gus melayakkan dia meme nangi wang tunai RM10,000 dan trofi.

Bagi kategori ini 50 peratus daripada markah diterima adalah melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan selebihnya diadili oleh juri profesional. -Utusan