Koleksi Raya artis SRC.

SITI Nurhaliza menjadi sebahagian daripada aset yang membolehkan sesetengah pihak meraih keuntungan.

Suara, wajah dan penampilannya adalah `harga yang mahal’ dalam industri seni negara kita masa kini.

Bakat seni semulajadi yang dimilikinya itu juga mampu menghiburkan orang lain sama ada melalui persembahan atau album yang dihasilkan.

Sempena Aidilfitri yang mendatang, bakat Siti sekali lagi dijadikan landasan untuk menghasilkan album oleh syarikat rakamannya, SRC.

Siti muncul bersama Noraniza Idris, Liza Hanim, Anis Suraya, Mazleela, Aqasha, New Boyz, Handy Black dan Firdaus di dalam album Fiseta Aidilfitri.

Di dalam album yang memuatkan 12 lagu ini, terdapat empat lagu yang diberi nafas baru iaitu Air Mata Syawal dinyanyikan oleh Siti, Tibanya Syawal Bahagia dinyanyikan Liza Hanim.

New Boys pula mendendangkan lagu Di Hari Raya manakala Bila Takbir Bergema oleh Anis Suraya.

Lagu-lagu lain yang dinyanyikan ialah Halal Bihalal (Noraniza), Cahaya Aidilfitri (Handy Black), Miskin Kaya (Firdaus), Suasana Hari Raya (Mazleela), Musafir Di Aidilfitri (Aqshah) dan Nazam Lembaran (Siti Nurhaliza).

Nikmat Hari Raya menggandingkan Siti, Noraniza, New Boyz dan Aqshah manakala Aidifitri Di Alaf Baru mengetengahkan gandingan Siti, Noraniza, Liza Hanim, Anis Suraya dan New Boyz.

Album yang kini berada di pasaran itu menggandingkan kerja kreatif Pak Ngah, Khir Rahman, Manjalara dan S.Atan.

Utusan Malaysia Online