Kemuncak Siti Nurhaliza Fantasia Tour 2004

21hb Ogos 2004.. aku ke konsert SNFT bersama budak2 forum di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Kami sampai di sana dalam kul 4 gitu. Disana kami berkumpul bersama budak2 m'sia yang lain termasuk budak2 Tweet.

Dalam kul 5.30, kami pun ke Gate 5 seperti mana diarahkan oleh Cikgu. Kami semua memakai baju yang dibuat khas untuk acara kemuncak SNFT di M'sia ni. Kami macam staff SNFT pulak, sampai ada budak tu yang kena marah sebab tak dapat memberi infomasi dengan baik. Selepas mendapat infomasi baru, rupa2nya Gate 5 tu untuk ke kawasan kiri pentas. Kami pun bergerak ke gate lagi satu untuk ke kawasan kanan pentas

Sampai ke gate tu, kami pun tunggu pintu dibuka. Penjaga gua tu macam biasalah terpekik melolong nak tunjuk power konon. Pintu gate dibuka, semua orang bermaraton untuk mendapatkan tempat yang paling dekat ngan stage. Aku malas nak mengeluarkan peluh, jadi aku berjalan pantas saja.

Disana ku lihat pentas agak jauh, jadi aku merancang tak nak ambil gambar banyak2, buang karen saja.

6.30 petang… meniti waktu yang tak sanggup ku tempuhi. Tiada angin sepoi-sepoi tuk menyegarkan diri kerana kami berada di stadium semi-tertutup. Disebelahku budak seorang ni dah macam alarm clock.. countdown sehingga kul 8.30. Dah kul 8.30, belum lagi nampak bayang yang konsert akan dimulakan. Kul 9.00, masih tak ada benda. Hampeh.com seh…

Dalam kul 9.20 gitu, budak2 AF1 memulakan acara diikuti oleh budak2 AF2. Atie, Liza dan Azza membuka acara dengan lagu "Lolipop" dan diikuti pula oleh Nija dengan lagu rocknya. Kemudian oleh Azizi, Rosma, Burn, Sahri, Adi, Nana dan Khai. Tepokan dan sorakan gerumuh diberikan untuk mereka.

Sungguh popular betul budak2 AF2 ni, nak2 si mamat yang jadi juara tu. Zahid, Linda, Adam, Farah, Kaer, Bob, Mas, Nurul, Anding, Edlin, Zarina dan Fitri menghiburkan kami dengan medley Joget Kenangan Manis, Joget Mak Enon dan Joget Gila Bayang.

Akhirnya sekitar 9.45, sampai giliran ct pula menghiburkan kami. Ct memakai baju merah jambu. Ct memulakan dengan lagu pertama sama seperti konsert2 yang lain, "Cahaya Seribu Liku".

Bercahaya betul pentas dengan lampu spotlight dan lampu biru dan merah jambu, sampaikan ct nampak kabur saja…Seterusnya medly "Kau Kekasihku" & "Percayalah", "Lagu Rindu", medley "Cinta Tak Berganti" & "Janji Kasih" menyusul.

Khas untuk fans, ct menyampaikan lagu "Aku Cinta Padamu" dengan 5 rentak berlainan. Ketika masuk ke rentak waltz, pancaran laser hijau mula berkeliaran, sehingga vcam teman ku disebelah menjadi buta sebelah. Hampeh.com dia… vcam baru u… kesian-kesian. Ku lihat screen didepanku, hampeh.com jugak, senasib dengan temanku. Tentu banyak lagi vcam yang telah menjadi mangsa laser tu. Nasib baiklah kamera 'Sony' ku tak apa-apa.

Ct meneruskan dengan versi broadway, dangdut dan akhir sekali versi hip hop.

Aku suka sekali dengan versi dangdut tu. Bila agaknya ct nak buat lagu dangdut pulak? Ct mengambil rehat sebentar, dan si apek dan si gemuk mula buat lawak bersama pemenang-pemenang.

Ct memulakan segmen kedua dengan lagu "Kembalikan Indah".

"Sebenarnya apabila ct jejakkan kaki menjadi artis, ct dah bertekat untuk teruskan perjuangan walaupun apa pun yang terjadi. Dan bila bergelar artis, ct kena cekal dan tabah mengharungi segalanya kerana bagi ct orang yang bergiat dalam bidang seni ni boleh kekal jika mereka tabah dan cekal… sebab kadang-kadang dugaan tu datang bertubi-tubi… benda yang kita tak buat pun dicakap kita buat… tapi ct rasa ini semua jadi ubat bagi ct, sebab kalau kita berada di tempat yang benar, buat apa nak takut? Ct percaya peminat yang ada disini adalah peminat yang sama-sama cekal menghadapi kehidupan anda semua.", kata ct.

Kemudian menyampaikan lagu "Ku Milikmu" versi Juara Lagu tapi kali ni bersama mamat AF2, Zahid. Ok jugak mamat ni rapping, boleh team-up ngan saerah.

Saat yang dinanti-nantikan oleh aku. Gua Caya Lu CT!!. Ct menyampaikan lagu "Fantasia Bulan Madu". Stage bergerak mula menuju ke depan penonton, apa lagi, semua orang banggun dan menuju ke arah ct. Seterusnya diikuti pula medley "Hati Emas" & "Gerhana". Akhir sekali ct meyampaikan lagu "Isabella". Stage bergerak mula mengundurkan diri ke tempat asalnya.

Ct menyuruh semua orang duduk kembali. Hmmm… macam mana nak duduk ni? Terpaksalah sapa2 yang tak dapat tempat, pergi ke belakang. Hampeh.com sekali lagi tuk orang2 tu. Nasib baik aku dapat tempat, tapi terpaksa bertindih2 kaki ngan budak2 disebelah kiri dan kanan.

Selepas tu, ct menghiburkan kami dengan lagu "Bukan Cinta Biasa" dan "Cindai". Sebelum mengambil break lagi, ct menyampaikan lagu "Ku Menunggu" dan "Pejam Mataku" dengan memetik gitar bersama Hillary Ang dan Casey. Unik betul gitar transparent ct tu. Rasa macam nak beli satu je…

Sekali lagi Saiful Apek dan Bob menghiburkan kami. Diaorang sibuk mengajar pemenang2 cara bernyanyi nada rendah, sedang dan tinggi.

Segmen terakhir dimulakan dan ct menyampaikan lagu "I Surrender". Ada makna disebalik lagu ni…. Diharap ct tak menyerah kalah.

Seterusnya ct bernyanyi beramai-ramai bersama budak2 AF dengan lagu "One Sweet Day".

Kami dihiburkan pula dengan lagu "Pendirianku" dengan Adam menjadi rapper kali ini. "Dialah Di Hati" menjadi lagu kedua terakhir.

Beberapa detik sebelum lagu terakhir, ct berkata dia terharu melihat kami masih lagi menyokongnya selepas tohmahan yang dilemparkan kepadanya melalui email oleh seseorang yang mengaku orang Astro.

"Siti sebenarnya, malam ni dalam keadaan terpinga-pinga kerana siti rasa ini satu2nya konsert yang paling bersejarah dalam hidup ct bergelar artis walaupun sejak kebelakang ni ct menerima bermacam-macam dugaan.", kata ct.

Ct terdiam sebentar lalu menitiskan air mata. Ramai yang memberi semangat kepada ct dan ada juga yang turut menitiskan air mata. Nasib baiklah BJ tak banjir dek air mata!

"Hari ni hari bersejarah bagi ct dan peminat ct, kita tinggalkan yang lepas, bagi ct semua tu bagaikan sampah aje untuk ct.", sambung ct.

Selepas dapat mengawal diri, ct pun meneruskan lagu terakhirnya – "Seindah Biasa". Kami semua bangun dan bernyanyi bersama-sama.

Kami tetap terhibur dengan SNFT terakhir ni walaupun ia tak sehebat konsert di Johor Baru yang ku pergi dulu.

Apa silapnya? Mungkin lagu2 Prasasti Seni masih baru kot? Mungkin juga ct berada jauh dari penonton? Atau ct agak serious kali ini sampai kurang berinteraksi apatah lagi bergurau senda dengan penonton disebabkan ct masih terguris dengan tohmahan yang diterimanya?

Aku berdoa agar ct akan terus tabah dan cekal meniti hari2 mendatang. Akan ku tunggu hingga ke 30! Aku Cinta Padamu. Muah!

Sila ke galeri untuk melihat gambar2 di Bukit Jalil.