KEK KAHWIN SITI NURHALIZA RM12,000

KUALA LUMPUR: Cef Zainudin Abdul Aziz sedang menghiasi kek majlis perkahwinan Datin Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa, di Dewan 2, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Kek sembilan tingkat dihias 1,200 kuntuman mawar kecil bersadur emas bernilai RM12,000 ($5,152) itu dijangka menjadi tarikan utama majlis persandingan itu.

Encik Zainudin berkata kek yang diberi nama ‘Indah Percintaan’ mengambil masa tiga minggu untuk disiapkan.

Kek itu turut diletakkan sepasang patung mini lengkap berpakaian pengantin mirip Datin Siti dan Datuk Khalid.

Sementara itu, hasrat Datin Siti dan Datuk Khalid berarak dengan kereta kuda dibatalkan. Bagaimanapun, Datin Siti akan muncul di balkoni tingkat tiga KLCC beberapa jam sebelum majlis persandingan. – Metro Ahad, BMM.