Kami Tak Bodoh!

Disember 2005

– Siti Nurhaliza berkata dia sudah bersedia menerima mana-mana lelaki yang benar-benar menyintainya dan memenuhi kriteria seorang suami misali yang diinginkan.

Febuari 2006

– Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Muhd Jiwa memakai pakaian warna sedondon semasa Malam Amal Kasih di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

– Pada malam Anugerah Bintang Popular, Siti Nurhaliza menujukan kemenangnnya kepada “Orang Yang Tersayang”.

March 2006

– Siti Nurhaliza mengakui hatinya sudah dimiliki ketika majlis Breakfast With Stars di Hotel Ritz Carlton.

April 2006

– Semasa Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Sime Darby, Siti Nurhaliza berkata “Ramai bertanya lagu Biarlah Rahsia adakah kisah cinta saya. Saya kata tidak mengapalah tidak lama lagi pecahlah rahsia.”

Jun 2006

– Datuk Khalid Mohamad Jiwa, kakaknya dan ibunya bertandang ke rumah Siti Nurhaliza di Taman Permata, Sungai Kerpan, Kuala Lipis.

Apa dah jadi di Sitizone.Com? Peminat Siti Nurhaliza berperang pasal Dato’ K? Berperang dengan sapa? Sesama sendiri atau dengan Siti? Hmmm.. No comment sebab guestbook sitizone dah ditutup.