Jalan – Jalan Cari Siti Nurhaliza

18/09/2004 :

Lepas subuh, aku pun bersiap-siap tuk berangkat ke Kuala Lumpur untuk kali ke-3.

Kali ke-3?

Entah eh… semenjak tamat NS, aku macam malas aje kalau ada org ajak aku keluar negeri. Mungkin terlalu banyak sangat keluar negeri semasa didalam NS yang membuat aku berat nak meninggalkan negeri lagi.

Sebenarnya aku tak berapa sihat 3-4 hari yang lepas. Pada hari selasa, aku dah kena demam. Oleh kerana hari rabu aku kena siapkan keja-keja opis, terpaksalah aku tangguh ambil MC. Khamis pagi aku call boss aku dan bilang aku tak datang. Then aku buatlah appointment ngan family klinik. Doctor tu tanya aku samaada aku nak 1 hari mc atau 2 hari. Aku kata padanya "anythinglah, if you give me 1 day ok, 2 days oso ok". Dalam hati memang aku nak dua hari sebab aku tahu sakit season aku ni satu hari memang tak cukup.

Balik klinik aku pun call boss aku, cakap aku mc 2 hari. Apalah nasib aku, boss aku bukannya nak suruh aku rest ke apa, ada dia suruh aku datang hari jumaat. Dia kata keja lagi penting. Kalaulah aku tak sabar, hari tu jugak aje email resignation letter.

Hari jumaat, aku pun pergi keja seperti biasa walaupun aku dalam cuti sakit. Sampai di opis, aku terus beri mc aku kat boss. Bukannya dia nak tengok mc aku, dia suruh aku simpan aje. Mood aku memang tak baik hari tu, bila saja dia suruh aku simpan, aku buka kertas mc tu dan tunjuk kat depan mata dia. Terkejut dia kejap… lalu dia kata dia percaya yg aku sakit.

Malam jumaat, aku terima sms suruh jumpa kat MRT kul 9 pagi. Suruh aku jangan lambat. Aik? Pernah ke aku lambat sebelum ni?

8.45 pagi, aku pun bergegas ke MRT. Sampai disana, H3RSHEY dah sampai. Mana si Jazzebelle ni? Suruh aku jangan lambat, dia yg lambat.

9.20 gitu, cyberkid pun tiba ngan kereta mitsubishi hitam. Kami pun teruskan perjalanan ke KL. Sampai aje di highway, cyberkid pun mulalah speed hingga ke 160 batu/sejam. Target nak sampai kul 12.30 – 1 petang, tapi oleh kerana highway banyak kenderaan lembab, kami sampailah dalam kul 1.30 gitu. Kami terus ke Hotel Berjaya TimeSquare, entah betul ke nama hotel ni?

Gambar2 Hotal Berjaya TimeSquare. Apartment beharga RM2000. Macam tak caya dapat tidur kat apartment mahal ni. Sampai kat hotel, aku pun snap gambar2 kat dalam dan luar hotel.

4 petang…. kat luar masih hujan lebat bersama guruh dan kilat… plan nak gi jumpa Rafreen, terpaksa ditunda 2-3 jam. 6 petang, kami pun bergerak ke Bukit Jalil untuk melihat2 kalau2 ada rehersal tuk konsert CNI. Hampeh.com… tak ada bayang artis pun kat atas pentas. 8.30 malam, aku ngan cyberkid pun pergi duduk di kerusi pemain simpanan yang berada dekat ngan gate stadium. Sambil2 duduk menunggukan H3RSHEY ngan Jazzebelle mempelawa Rafreen balik, muncul Hillary Ang ngan gitarnya… Dia sapa kitaorg, macam dah kenal. Dalam hati, aku rasa-rasa ct tentu datang. Lima minit kemudian Casey pulak datang. Dia pun sapa kat kita, aik? Macam popular kita 2 org ni…

Lima belas minit kemudian, cyberkid kata tu macam abg Lud je. Aku bukannya tahu sapa abg Lud. Then ct dengan baju hitam berjalan didepan kita berdua. Ct melambai kat kita berdua, kita buat2lah cool, senyum aje. Dalam hati nak aje salam dan mintak autograph…

Selepas ct lalu depan kami, kami pun ikutlah ct ke daerah pentas. 20-30 minit kemudian, barulah ct buat rehersal. Ingatkan nak ambik gambar2 ct, entah kenapa tiba2 lampu pentas diaorang malapkan, dengki kat kita org kot? Ct mendendangkan 6 lagu. Semasa rehersal lagu Bukan Cinta Biasa, ct pun turun ke bawah pentas dan bersalaman ngan kameraman2 part-time yg tak bergaji.

Selesai aje ct rehersal, aku, cyberkid, H3RSHEY ngan Jazzebelle pun pergi balik ke tempat duduk pemain simpanan tuk menunggu si Rafreen yg sibuk mengejar ct.

Sepuluh minit kemudian, sekumpulan budak dari arah pentas menuju ke arah kami. Rupa-rupanya si budak2 tweet ngan ct. Sampai aje mereka ke tempat kami, dengan malunya Jazzebelle minta ct bergambar ngan kita org.

Dimulakan dengan Jazzebelle, lepas tu H3RSHEY.. tiba masa turn aku, dengan pantasnya satu makcik ni berpose bersama ct. Ler.. makcik ni, tak puas2 ke ambik gambar ngan ct tadi… sampai abg Lud kata, "kasi org2 yg belum ambik". Akhirnya selepas makcik tu, dapatlah aku first time bergambar ngan ct. Aik? First timer… rasa macam ketinggalkan MRT pulak, org lain dah berpuluh2 kali bergambar ngan ct, aku pertama kali….

Habis bergambar, kami pun terus gi minummmm dulu… entah kat mana budak tweet tu bawak kami.

Balik hotel, terus mandi, then makan roti john ngan kebab yg dibeli oleh Jazzebelle. Power gila roti john tu. Lepas makan, aku terus makan ubat dan tidur.. yg lain kat luar tengok video masa rehersal tadi.

19/09/2004 :

Tiba-tiba Mat Rock ajak kita org gi tengok PGL. Ler budak ni, dah lah belum sarapan, dia ajak tengok wayang pagi2 buta.

Apa lagi, budak2 empat tu (Jazzebelle, H3RSHEY, cyberkid ngan Rafreen) sibuk bersiap tuk mandi, aku siang2 dah mandi, so aku take my sweet time kemas2 nak check-out.

Sampai di panggung, kami dah lewat 30 minit … so buat2lah faham je jalan ceritanya… Sambil menonton, kami mengisi perut yg kosong ngan popcorn yg telah dibeli oleh Mat Rock. Terbahak-bahak kami melihat telatah pelakon-pelakon filem ni terutama sekali si Sultan (entah sapa name pelakon ni), sabri yunos (dengan penampar2nya) dan obek didi.

Selepas menonton, kami terus pergi makan. Pusing2 kat gerai, ternampak nasi pataya… memang dah lama aku mengidam nak makan semenjak wabak penyakit ayam melanda dunia.

Selepas makan kami melencong sekejap ke cofee-bean, selepas itu pergi mencari ubat kuat tuk H3RSHEY yang terkena penyakit ganjil sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Jalil.

Sampai di Bukit Jalil, kami pun menunggu teman2 KL yg lainnya. Alamak, cerita CNI… tak payahlah cerita… buang karen je. hehehe.. lama kami menunggu, dalam kul 11.45 baru ct memulakan persembahan dengan 4 lagu.

Selepas saja persembahan ct, kami pun memulakan perjalan balik ke s'pore. Sebelum tu Rastaretro membawa kami rounding2 keliling Bukit Jalil sekejap…. hehe.. diaorg tersilap jalanlah.

Selepas menghantar Rastaretro, misi kedua ialah ke Segamat pula. Dalam perjalanan, dimana budak tiga org kat belakang tu dah tidur nyenak, aku terasa mengantuk pulak, aku pun mulalah melayang-layangkan fikiran ku. Baru saja aku nak melayang, cyberkid menyapa aku dan dia kata dia jeles tengok kita org tidur, so selepas saja lepas tol station, dia pun memberhentikan kereta lalu melelapkan mata dalam sejam.

Selepas itu (selepas lagi..) kami pun meneruskan jalan ke segamat, aku ingat dekat aje segamat tu, rupanya berpuluh2 batu jauhnya. Kalau ku tahu, dah aku suruh si Rafreen tu naik bas aje. Hehe… Sampai di rumah Rafreen, kami pun merehatkan badan tuk kali kedua, sambil memerhatikan si Rafreen mencari kunci rumahnya..

Then kami bersarapan dahulu di perhentian sebelum meneruskan perjalan ke rumah masing2.

Sila ke galeri untuk melihat gambar2 di CNI.