Global: Menangani ‘permainan’ Media Indonesia

“Malaysia senyap tapi bahaya. Malaysia itu Siti Nurhaliza. Malaysia memang suka buat tuntutan, kalau boleh bau ketiak pun Malaysia mahu jadikan hak miliknya.”

Itulah antara komen beberapa wartawan Indonesia yang mengikuti program kerajaan China bersama 18 pemberita lain termasuk penulis selama 10 hari bermula di Beijing dan berakhir di Guangzhou, lewat Jun hingga awal Julai.
GA_googleFillSlot(“BHWeb_Island_Ad_Top_400x200”);
Mereka sebenarnya bergurau dengan saya dan rakan daripada Utusan Malaysia, Thomas Chong. Kami tahu mereka merujuk kepada isu dua hala Malaysia dan Indonesia, daripada Sipadan Ligitan hingga kepada persoalan siapa yang berhak kepada lagu Rasa Sayang, ‘batik’ dan tarian tor-tor.

Di penghujung kunjungan, penulis masih mengingati kepada beberapa ungkapan yang mereka luahkan. Pertama, Malaysia senyap tapi bahaya. Ia diluahkan wartawan Jakarta Post, Nani Afrida, orang paling awal seingat saya melemparkan isu tuntutan terbaru tarian tor-tor.

“Pak, Malaysia diam tapi bahaya ya, hak kita mau diambil. Ingat kata Nabi, orang yang masuk syurga adalah orang yang menjaga jirannya,” kata Nani yang berasal dari Aceh.

Kami bersarapan bersama dua lagi wartawan Indonesia, Denny Armandhanu dari portal berita Vivanews dan Asep Setiawan dari Metro TV yang tersenyum mendengar kata-kata rakan senegara.

Selepas beberapa ketika, saya mendapat idea dan berkata: “Begini aja, jawapan saya ialah bukan saya yang membuat keputusan itu.” Nani, Denny dan Asep terus ketawa serta menuduh saya cuba mengelak daripada memberi jawapan sebenar.

Denny kemudian mencelah dan berkata, dia sendiri masih tercari-cari sumber berita yang mengatakan Malaysia membuat tuntutan kepada tarian tor-tor. Isu itu bermula pada 14 Jun apabila Kerajaan Malaysia bersetuju mengiktiraf tor-tor Mandailing dan Gordang Sambilan (gendang sembilan) sebagai budaya suku kaum Mandailing dan didaftarkan bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.

“Sebenarnya, saya sudah ke Kuala Lumpur beberapa kali dan bertemu dengan duta Indonesia di sana. Dia sendiri tidak faham bagaimana isu itu boleh jadi kontroversi kerana sudah jelas Malaysia bukan mendakwa memiliki hak kepada tarian itu,” kata Denny.

Editor Vivanews itu apabila disuruh menyatakan dalam satu perkataan apa itu Malaysia, dia berkata: “Malaysia itu Siti Nurhaliza.

“Ya, bagi kami di Indonesia, Siti Nurhaliza nombor satu di Malaysia. Apa ada lagi artis lain yang lebih popular?” tanyanya.

Apapun diperkatakan, saya paling senang mendengar pandangan Asep, seorang yang banyak pengalaman bermula dengan media cetak sebelum menerjuni kancah media penyiaran.

Semuanya bermula dengan cuaca panas sepanjang berada di China. Dalam kalangan wartawan Indonesia dan Malaysia akan cuba mengelak daripada terlalu dekat dengan seorang wartawan Asia Selatan kerana sekali lalu dekat dengannya pasti akan terbau sesuatu yang hangit.

“Hampir ‘collapse’ kawan saya terhidu bau itu,” kata Asep. Caranya meluahkan kata-kata itu memang kelakar dan saya terpaksa ketawa berdekah-dekah. “Mungkin mereka terlalu banyak makan bawang agaknya,” kata Asep lagi.

Selepas itulah, sambil ketawa beliau kemudian berkata ‘mungkin Malaysia juga berminat menuntut jadikan bau itu hak milik kamu.’

Asep kemudian berkata: “Pak, memang biasa kita dari semasa ke semasa bergaduh. Di mana-mana pun begitu. Bila sesuatu itu ada unsur emosi, media Indonesia akan menggunakannya. Tapi, saya tidak setuju jika keterlaluan,” kata Timbalan Ketua Pengarang Metro TV itu.

Artikel Berkenaan
Dirgahayu filem Melayu! Di manakah wajahmu?

Dua buah filem Indonesia membuat saya berfikir tentang filem tempatan. Di Bawah Lindungan Kaba arahan Hanny R Saputra dan Soegija (Garin Nugroho) bercerita tentang manusia daripada dua agama yang berbeza. Filem pertama itu disesuaikan daripada novel karya ilmuwan, ulama dan novelis tersohor Indonesia, Hamka sementara Soegija berdasarkan kisah seorang paderi Indonesia yang harus berdepan dengan isu kemanusiaan pada zaman pendudukan Jepun.

Pererat integrasi rumpun Bumiputera

Wacana mengenai Hari Malaysia sejak diraikan pada 2010, rata-ratanya berkisar pada wujudnya perasaan prasangka antara kita di Semenanjung dan juga di Sabah dan Sarawak. Ia dikatakan wujud kerana beberapa hal. Antaranya kedudukan geografi yang dipisahkan Laut China Selatan dan kepelbagaian etnisiti yang rencam. Ini menyebabkan kurangnya interaksi dan kefahaman antara kita.

Berita Harian