Gimik Siti Menjadi.

“Diva Pop Remaja Malaysia, Siti Nurhaliza Tarudin membuktikan keunggulannya apabila berjaya menyanyikan lebih 30 lagu dalam persembahan hampir 3 jam menerusi Konsert Mega Siti Nurhaliza di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Tidak cukup dengan itu, Siti juga tidak pernah lupa atau tersasul dengan seni kata lagunya, meskipun dia turut menyanyikan lagu yang dipetik daripada album pertamanya Siti Nurhaliza.

Bagi menyaksikan kehebatan Siti, lebih 10,000 penonton memenuhi tempat duduk stadium seawall jam 8 malam, sekali gus membuktikan peminat Siti tidak mudah†dicur? oleh popularity kumpulan dari Indonesia, Sheila On 7 (SO7) yang mengadakan konsert raksasa di Shah Alam sehari lebih awal.

Tepat jam 9 malam, penonton dikejutkan dengan bunyi kuat kipas helicopter, lalu memukau semua mata penonton di bumbung stadium untuk menyaksikan kemunculan Siti dari situ.

Sangkaan mereka terhadap gimik Siti ternyata meleset apabila dia akhirnya menuju ke pentas sambil melakukan aksi flying fox (menggelungsur dengan kawat besi) dari satu platform stadium itu.

Dari jauh penonton dapat melihat kehadiran Siti walaupun keadaan stadium digelapkan kerana dia memakai baju khas yang mempunyai kerdipan lampu berwarna merah (seperti baju Ramlah Ram) di seluruh bahagian depan†jaket angkasawanny? itu.

Sebaik teknik pyro (percikan api) dinyalakan, Siti memulakan persembahan dengan lagu Lakaran Kehidupan yang dipetik dari album terbarunya Safa. Pujian harus diberi kepada penganjur, KSN dan Pepsi kerana menyediakan pentas berbentuk segi enam di tengah stadium. Difahamkan, inilah kali pertama konsep pentas seperti itu dipaktikkan dalam konsert raksasa di negara ini.

Sambil menyanyi, Siti bebas mengelilingi pentas dan memberi peluang kepada peminat†mendaka° wajah jelita Siti secara live walaupun disediakan empat skrin besar di tengah bumbung stadium. Stesen NT7 yang membuat rakaman konsert, mudah membuat pergerakan kepada beberapa kamera yang digunakan.

Rasanya tidak menjadi masalah jika pada masa akan datang, penganjur mengenakan harga tiket standard, contohnya RM50 sekiranya mereka membina pentas seumpama itu. Jika keadaan ini mendapat perhatian, nescaya Stadium Putra tidak mampu menampung kapasiti penonton.

Tanpa membuang masa, Siti mendendangkan lagu Azimat Cinta, seterusnya mempersembahkan rangkaian lagu medley perlahan seperti Kau Kekasihku, Sempadan, Kurniaan Dalam Samaran dan Purnama Merindu.

Lantai pentas berwarna putih menyajikan pelbagai konsep penataan cahaya dilakukan . Selain itu, pengarah muzik Ramli MS bersama Lipis Band ditempatkan di sekeliling pentas dan keadaan seperti itu pada awalnya disangka konsert unplugged.

Pentas dibina dua tingkat membolehkan penari latar menari di tingkat bawah yang lebih luas, selain di tingkat atas dikhaskan kepada Tuan Puteri mengalunkan vokalnya menerusi medley lagu rancak seperti Khayalan Cinta, Cari2 sebelum kembali ke irama perlahan dengan lagu Gelora Kasih.

Sistem audio juga harus diberi pujian kerana muzik dan vokal Siti seolah-olah diputarkan menerusi pemain cakera padat (CD).

Siti memberi arahan,†Dari Depan Cepat Jalan‡. Sebaik saja arahan dikeluarkan, sekumpulan kira2 80 orang anggota berpakaian seragam dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pangkalan Lumut, Perak membuatkan demonstrasi pergerakan unit lengkap bersenjata M-16.

Itu adalah salah satu gimik konsertnya dan memberitahu penonton memang cita2 sejak dulu ingin menjadi polis dan kini sebahagian hasratnya sudah tercapai apabila dia turut beraksi denga M-16 sambil memberi arahan kawad kepada anggota TLDM itu.

Siti terus menghiburkan penonton dengan lagu KitaKan Bersama, Kau disisiku, Engkau Bagaikan Permata yang berirama rancak. Namun, penonton duduk diam di kerusi dan sesekali kelihatan mereka sekadar bertepuk tangan.

Ini jauh bezanya dengan suasana konsert SO7 apabila sebilangan besar penonton menjerit, menyanyi dan menari bersama lagu yang dinyanyikan mereka.

Siti tidak lupa segmen nostalgianya apabila mengalunkan lagu Syurga Idaman yang pernah di popularkan oleh Azizah mohamad pada zaman 60-an Hari ini dan Semalam (J Mizan, 70-an), Sekadar dipinggiran (Francisca Peter, 80-an) dan Kemaafaan Dendam yang terindah (Aisyah 90-an).

Sebelum menyanyi lagu, percayalah, Siti sempat melakukan pertunjukan silap mata apabila dia membakar kertas, menuang air lalu muncul anak ikan dalam balang.

Siti juga mengundang sekumpulan kanak2 mempersembahkan aksi gimrama kerana pada waktu persekolahan dulu, siti adalah salah seorang peminat sukan itu. Bersama lagu Cindai yang digubah dalam bentuk orkestra, Siti hebat bermain gelung.

Sekumpulan 20 pemain gendang beraksi hebat sebagai tanda segmen irama Malaysia akan bermula. Selepas Siti memukul gendang “”ala2″” pemuzik kitaro, dia menyanyikan lagu Joget Kasih dan Ya Maulai yang turut diserikan dengan suasana kemeriahan kampung oleh sekumpulan penari.

Sebelum tirai konsert dilabuhkan, Siti sempat mengundang Tan Sri SM Salim menyanyikan lagu popular mereka Pandang2 Jeling2 sambil duduk di atas beca mengelilingi pentas.

Balqis adalah lagu terakhir Siti selepas memperkenalkan Shuhaimi Mohd Zain selaku pengarah konsertnya malam tu. “