Gadis Misteri Masih Hilang

BESUT: Gadis yang dikatakan diganggu jin, Siti Balqis Mohd Nor, 22, masih belum pulang ke rumahnya sejak hilang, Ahad lalu.

Ibunya, Norizan Said, 47, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini, semalam, berkata dia masih gagal menghubungi anaknya itu meskipun beberapa kali cuba menghubunginya.

“Saya hanya mendengar deringan lagu ‘Cindai’ nyanyian Siti Nurhaliza pada telefon bimbit yang dibawa Siti Balqis tetapi tidak dapat bercakap dengannya,” katanya.

Norizan turut mendakwa mendapat petanda, semalam mengenai anaknya itu selamat dan akan pulang pada malam Sabtu ini.

Ini kehilangan paling lama Siti Balqis sejak dia dikatakan diganggu jin tiga bulan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2010/10/28

Harian Metro