Nenek Siti Nurhaliza Naik Bot Ke Hospital

About Forums The Press Nenek Siti Nurhaliza Naik Bot Ke Hospital

This topic contains 0 replies, has 1 voice, and was last updated by  admin 2 years, 5 months ago.

Viewing 1 post (of 1 total)
  • Author
    Posts
  • #97910 Reply

    admin
    Keymaster

    KUALA LUMPUR – Nenek penyanyi No.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Teh Te’ek yang berusia 90 tahun terpaksa menaiki sebuah bot selepas jalan raya ke Hospital Kuala Lipis, Pahang digenangi air akibat banjir tengah hari semalam.

    Teh dibantu ibu Siti Nurhaliza, Siti Salmah Bachik, 62, adik lelakinya, Mohd. Ali, 33, dan beberapa penduduk kampung menaiki bot tersebut di Batu Dua, Kuala Lipis bagi membawanya menjalani rawatan dialisis.

    Menurut Siti Nurhaliza, 35, yang dihubungi Kosmo! semalam, kediaman keluarganya yang terletak di Taman Pertama, Sungai Kerpan tidak dilanda banjir.

    “Ini merupakan kali pertama nenek terpaksa menaiki bot ke hospital. Pada awalnya, mereka menaiki kereta. Bagaimanapun, beberapa jalan utama ke bandar, air naik begitu tinggi menyebabkan mereka terpaksa menaiki bot dengan dibantu orang ramai. Selepas itu, mereka menyambung menaiki kereta ke Hospital Kuala Lipis,” katanya.

    KOSMO!

    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
Viewing 1 post (of 1 total)
Reply To: Nenek Siti Nurhaliza Naik Bot Ke Hospital
Your information: