FFM21 – Siti Nyanyi Lagu Filem KaK Pah!

PUTRAJAYA, 9 OGOS 2008: Malam ini acara kemuncak FFM21 akan dapat kita ikuti buat pertama kalinya dari bandaraya indah dan permai ini. Murai Batu difahamkan, segala persiapan dah pun dilaksanakan dan sesi raptai pun dah berjalan lancar malam tadi.

Selain mahu lihat siapa yang akan menang trofi pelakon dan krew terbaik, ramai peminat ternanti-nanti acara persembahan yang akan menonjolkan bintang-bintang popular.

Tapi yang mengejutkan Murai Batu adalah segmen lagu-lagu filem yang akan membabitkan penyanyi terkenal termasuk Dato’ Siti Nurhaliza, Erra Fazira serta bintang-bintang remaja seperti Nabil Raja Lawak, Stacy AF dan Riz AF6.

Murai Batu anggap ia mengejutkan kerana dalam segmen tersebut, Siti akan menyanyikan lagu Sabar Menanti yang pernah dipopularkan Biduanita Datuk Sharifah Aini dan Broery Marantika. Haa, sambil Siti menyanyikan lagu itu, sedutan aksi Kak Pah yang berlakon dalam filem Hapuslah Air Matamu juga akan ditayangkan.

Dalam dunia hiburan, rasanya ramai tahu bagaimana sentimen antara Siti dan Kak Pah kerana mereka berdua pernah terjebak dengan kes mahkamah pada 2004 dulu berhubung isu SMS fitnahterhadap Siti.Itu semua cerita lama.

Tapidalam hal ini, Murai Batu kagum dengan Siti kerana dia seorang yang profesional dan takpernah berdendam dengan kisah lamanya itu. Kalau tidak, masakan Siti sudi nyanyikanlagu Kak Pah dan Broery itu.

Begitulah juga di pihak Kak Pah kerana Murai Batu sedar Kak Pah pun tak mahu lagi mengenang peristiwa hitam yang pernah ditempuhinya bersama Siti dulu. Malahan,Kak Pah juga mengkagumi lagu tradisional Siti terutama Cindai.

Murai Batu malas nak cakap tapi fahamkemelut yang terjadi dulu sebenarnya berpunca daripada segelintir virus dalam dunia hiburan sendiriyang menjadi batu api neraka dancuba melaga-lagakan Kak Pah dan Siti. Itulah hasad dengki namanya.

Jadi diharapkan perkembangan yang sihat dalam FFM21 ini dapat mengeratkan semula hubungan silaturrahim antara Kak Pah dan Siti. Al-maklumlah, dunia hiburan kita ini kecil sangat dan hidup kita juga sangat singkat. Yang muda kena hormatkan yang senior dan yang senior pula harusbagi galakan kepada yang muda.

MURAI BATU: Hai, tak pasti pula, penganjur FFM21 malam inijemputKak Pah ke tak? Murai Batu nak tunggu juga Riz nyanyi lagu Azura, Stacy(Wajah Rahsia Hati) dan Erra & Nabil (Apek Dan Marjina).Jangan lupa tengok Astro malam ini!


Murai