Skip to content

December 8, 2011

Dengarnya…: Konsep Air Dan Siti Untuk AJL26

Hip

Dengarnya…: Konsep air dan Siti untuk AJL26
Oleh Normah Becok

2011/12/08
MALAM Jumaat lalu, Cik Normah melonjak-lonjak depan kaca televisyen apabila mendapat tahu lagu kegemaran Cik Normah berjaya melepasi halangan untuk ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) edisi ke-26. Lagu mana yang Cik Normah minat tu, rasanya biarlah Cik Normah simpan dalam hati. Nanti orang kata Cik Normah berat sebelah pula.

Secara keseluruhan, Cik Normah rasa kebanyakan lagu yang bertanding kali ini memang layak ke peringkat akhir. Walaupun ada yang tidak puas hati apabila lagu si polan dan si polan berjaya walaupun didakwa tidak layak, tetapi bagi Cik Normah, itu perkara biasa dalam AJL. Alah, biasalah, kalau tak ada kontroversi bukan AJL namanya.
Cik Normah pun bukanlah nak tulis pasal keputusan malam itu. Lagipun juri sudah bersuara, jadi kita terima sajalah. Apa yang Cik Normah nak ceritakan di sini adalah mengenai tema yang dipilih untuk malam kemuncak nanti.
Khabarnya pihak produksi bakal mengetengahkan elemen air untuk konsep AJL yang akan dilangsungkan penghujung Januari nanti. Wah! Mesti ‘gempak’ habis dan tidak dapat Cik Normah bayangkan bagaimana konsep air itu bakal direalisasikan oleh pihak produksi.

Adakah pentas utama nanti akan diletakkan air ataupun air turun mencurah-curah seperti pementasan teater Badai Semalam yang pernah Cik Normah saksikan baru-baru ini? Tak sabar pula Cik Normah nak tunggu malam kemuncak AJL kali ini.

Satu lagi, Cik Normah juga mendapat tahu penyanyi nombor satu, Datuk Siti Nurhaliza sekali lagi diberi penghormatan untuk membuat persembahan pada AJL.

Khabarnya juga dia akan menyanyikan rangkaian lagu daripada penyanyi kesayangannya, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad. Eh! Macam konsert Sudir yang pernah dijayakannya di Istana Budaya beberapa tahun lalu.

Nampaknya Siti terus menjadi pilihan walaupun sebelum ini sudah dua kali dia menjadi penyanyi undangan untuk majlis anugerah yang mengiktiraf hasil karya komposer dan penulis lirik itu. Bagi Cik Normah, kalau orang dah suka, panggil tiap-tiap tahun pun tak mengapa. Janji rating tinggi. Tak begitu kawan-kawan di TV3?

Berita Harian

Read more from Berita Harian

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments