Skip to content

February 29, 2008

1

DCHL lancar program kumpul dana bersama Yayasan Nurjiwa

Oleh Nur Farhatul Aishati Azharie

SYARIKAT jualan langsung, DCHL-RZ yang terkenal dengan aktiviti kebajikan melancarkan program terbarunya menerusi kerjasama dengan Yayasan Nurjiwa untuk mengadakan kempen mengumpul dana bagi mereka yang miskin dan lebih memerlukan.

DCHL banyak membantu kanak-kanak di Malaysia melalui Yayasan Sin Chew dan juga mengadakan aktiviti bagi mengumpul dana untuk menyokong Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.

Kali ini, DCHL bekerjasama dengan Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkan atas iltizam Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan Datin Seri Siti Nurhaliza Tarudin bagi menolong golongan yang memerlukan terutama anak-anak yatim, keluarga miskin, mangsa bencana alam dan menyumbang untuk peralatan perubatan serta keperluan persekolahan.

Pengerusi DCHL, Kim Huynh, berkata kempen bertemakan ‘Towards a Better Society’ itu diharapkan dapat mengumpul dana menerusi ahli dan pengedar DCHL yang dianggarkan sekitar 80,000.

“Walaupun ini hanya kali kedua kami terbabit dengan acara berunsur kebajikan, pihak kami amat berpuas hati dengan pencapaian yang diperoleh setakat ini dan syarikat kami sudah pun memberikan kerjasama yang cukup memuaskan dan ingin meneruskan aktiviti seumpama ini,” katanya ketika ditemui pada acara Recognition Rally di ibu negara, baru-baru ini.

Acara kali kedua dianjurkan itu bertujuan meraikan ahli DCHL-RZ selain meraikan pengedar yang berjaya membuat pencapaian tertinggi.

Turut hadir, wakil syarikat, Mary Lim dan pengedar yang berjaya membuat jualan tertinggi iaitu Archduke Steven Yeam dan Duke Winnie Lim.

Beliau berkata, kempen yang berjalan selama dua bulan itu juga tidak hanya meminta derma ikhlas malah memberikan penderma peluang untuk memenangi hadiah menarik bernilai lebih RM100,000.

Sementara itu, Siti Nurhaliza berkata, pihaknya gembira dengan kerjasama dijalinkan dan diharap lebih banyak pihak tampil membantu yayasan yang ditubuhkan bagi membantu golongan tidak bernasib baik itu.

“Yayasan yang ditubuhkan pada tanggal 21 Ogos 2006 ini sudah pun berbakti kepada masyarakat dengan menganjurkan majlis jamuan dan konsert amal bagi mendapatkan sumbangan daripada syarikat serta individu. Melalui program amal yang akan berlangsung lebih kurang dua bulan ini, penjualan kupon kebajikan kepada ahli dan para pengedar DCHL diharapkan dapat mengumpulkan jumlah yang besar,” katanya.

Recognition Rally yang berlangsung pada hari sama itu mendapat sambutan amat memuaskan dengan lebih 10,000 pengedar dari Malaysia dan luar negara yang bersama-sama memeriahkan Stadium Putra Bukit Jalil itu.

Read more from Berita Harian
1 Comment Post a comment
  1. Apr 4 2008

    sila lawati laman web kami : http://www.rumahamalbelaiankasih.com sedang beroperasi dgn menguruskan 2 buah asrama anak2 yatim, fakir miskin seramai 20 orang putera & puteri di peringkat sek ren sgt mengalu2kan sumbangan dana utk membiayai segala kos keperluan bulanan seperti sewaan asrama, kenderaan, barangan dapur, elaun warden dsbnya

    Reply

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments