Dato Siti Nurhaliza Bakal Sambung Study Di Uitm?

KUALA LUMPUR, 11 JULAI 2011: Berita yang baru Murai Batu dengar ini amat membanggakan. Khabarnya penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza akan menyambung pelajaran semula.

Kalau benarlah seperti yang didengar, Murai Batu amat gembira dengan berita itu.

Tidak dinafikan Siti Nurhaliza sememangnya mempunyai jutaan peminat dan setiap langkahnya pasti akan dijejaki. Lantas niatnya itu seharusnya direstui dan Murai Batu yakin peminat akan menyokongnya.

Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan, langkah pelantun lagu Percayalah ini mampu membakar semangat dan memberi inspirasi kepada peminatnya untuk sama-sama menyambung pengajian sebagai bekalan masa depan masing-masing.

Dengar kata, bidang muzik di Universiti Teknologi Mara (Uitm) menjadi pilihan utama Siti Nurhaliza dan Murai Batu doakan agar niatnya itu akan dapat dilaksanakan.

Semoga langkah yang diambil oleh Siti Nurhaliza menjadi contoh kepada selebriti lain untuk turut sama mengembangkan bakat serta ilmu diri.

MURAI BATU: Bangga dengan Siti Nurhaliza, namun kecewa dengan selebriti yang semakin digilai ramai tapi dah mula besar kepala.

Tweet
KONGSI

Murai