Archive for the ‘Utusan Malaysia’ Category
Jadi Ke Ajai Kahwin?
ASSALAMUALAIKUM,
Sebenarnya saya merupakan salah seorang peminat Ajai sejak zaman dia bersama Exist hinggalah sekarang. Malah saya amat menggemari lagu-lagu ciptaan Ajai umpamanya Percayalah, yang pernah dipopularkan oleh Siti Nurhaliza, Seandainya Masih Ada Cinta yang dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah mahupun Keliru yang dipopularkan Ajai bersama bekas isterinya, Nurul. Selepas bercerai bila lagi Ajai nak kahwin? Dulu saya dengar Ajai nak kahwin bulan Julai. Ni dah bulan Oktober, tapi senyap sahaja.
Jadi ke dia kahwin? Bukannya apa, dia kan dah ada calon. Atau sebenarnya Ajai ada pilihan lain? Saya teringin nak tengok Ajai bersanding dengan buah hatinya itu. Janganlah asyik bagi alasan sibuk menyebabkan mereka menangguhkan keputusan untuk berumah tangga.
* Marlia Nur, Kuala Lumpur.
Utusan Malaysia
Intisari Rancangan Ntv7
Sabtu 04 Oktober 2008
6.00 DramaRIA: Renjis
7.00 Memori Aidilfitri: Trek Selebriti
8.00 Memori Aidilfitri: Anuar Zain …Aidilfitri Di Perantauan
9.30 Memori Aidilfitri: Anita Raya 200
10.30 Memori Aidilfitri: AC Di Sini Raya 2007
12.00 Layaraya: Hanya Aku
2.00 Istimewa Raya 2008@Ria: Destinasi Fantasia
2.30 Istimewa Raya 2008@Ria: Gegar Gitu Apek Raya
4.00 Layaraya: Tikar Buruk
6.00 Istimewa Aidilfitri 2008@Ria: Kelab Pop Raya 2008
6.30 Istimewa Aidilfitri 2008@Ria: Ria Sentral Raya 2008
7.00 Istimewa Aidilfitri 2008@Ria: Trek Selebriti
7.30 Memori Aidilfitri: Rumah Terbuka Akademi Fantasia 2
9.00 Istimewa Aidilfitri 2008@Ria: Glamor Raya 2008
10.29 Anugerah Aidilfitri Siti Nurhaliza
11.00 Layaraya: Cuci
1.00 Memori Aidilfitri: Hari Raya Selebriti 2006
2.30 Gegaria Aidilfitri: Konsert Gegar U
4.30 Memori Aidilfitri: Raya @Ria 2003
Utusan Malaysia
Atlet Sambut Aidilfitri Dalam Semangat Kesukanan
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
sukankita@yahoo.com Gambar ASWAD YAHYA

Atlet negara berhimpun untuk bermaaf-maafan sesama mereka antaranya Rizal Tisin (tiga dari kanan), Siti Rahmah Othman, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi dan Nor Jannah Hafizah Jamaludin.
AIDILFITRI 1429 Hijrah tiba Rabu lalu dengan warga sukan kebangsaan tidak ketinggalan menyambut dan meraikannya dengan suasana gembira, muhibah dan persaudaraan sambil melupakan seketika aksi di gelanggang.
Dalam rasa rendah diri dan penuh keinsafan, tangan menghulur, sepuluh jari disusun dan maaf dimohon sesama atlet, jurulatih dan pegawai persatuan sukan mahupun pemimpin badan induk, manakala kesempatan ziarah-menziarahi rumah keluarga, saudara mara dan rakan taulan pasti tidak disia-siakan sebagai amalan setiap tahun.
Selisih faham atau perbalahan lalu sama ada disebabkan tingkah laku pemain di gelanggang, kerana celupar mulut sesama pegawai atau tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil eloklah ‘dikembalikan kepada kedudukan 0-0′ di mana tiada siapa pun yang perlu dicanang menang atau kalah dan siapa betul, siapa salah.
Memang tiada untungnya meneruskan gelora politik menerusi surat layang dan tuduhan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan cuba menjadikan Setiausaha Agungnya, Lt. Jen. (B) Datuk Azzuddin Ahmad korbannya jika golongan pencetusnya merenung semula dan mengambil nasihat Presiden, Sultan Ahmad Shah demi kebaikan dan pembangunan bola sepak negara.
Bulan Syawal juga wajar membuka kesempatan terbaik untuk mendamaikan Ketua Pengarah Pusat Latihan Prestasi Tinggi Olahraga (HPTC) Asia, Mohd. Musa Noor Mohd. dengan Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM), Karim Ibrahim lantas melontar jauh-jauh pertikaman lidah mereka.
Kepada penggiat bola sepak Liga Malaysia yang khidmatnya dihentikan oleh pasukan asal, jangan jadikannya penyebab untuk masing-masing berputus arang berkerat rotan atau tidak bertegur sapa lagi. Mungkin peluang lebih besar masih menanti bersama pasukan lain, apatah lagi dengan kekosongan yang ditinggalkan pemain import kerana larangan FAM mulai musim depan.
Bagi persatuan bola sepak (FA) negeri seperti Pulau Pinang, Melaka, Pahang dan Sarawak yang berhutang gaji empat atau lima bulan dengan pemain pula perlu prihatin dengan nasib anak buah mereka. Sedarlah bahawa masih ada perut lain yang perlu diisi selain mereka terutama dalam merayakan Hari Lebaran. Fikirkan bahawa mereka ini pemain profesional dan usahakan cara terbaik melunaskan tunggakan gaji itu.
Tidak salah juga untuk atlet mengetepikan sementara diet pemakanan ketat untuk menjamu sajian rendang, ketupat, dodol, lemang dan kuih-muih yang menggoda selera dan cuma datang setahun sekali selepas ramai yang turut membanting tulang mengerah keringat sepanjang bulan puasa lalu demi tugasan dan tanggungjawab kepada negara.
Namun setiap tindakan masih ada batasannya. Tiga atau empat hari beraya mungkin tempoh yang memadai kerana sejak minggu pertama Oktober lagi, pelbagai kejohanan kebangsaan dan antarabangsa menanti dan menggamit para atlet kembali ke gelanggang yang menuntut disiplin diri dipupuk semula dalam menampilkan prestasi cemerlang.
Ada atlet yang pasti sayu beraya di perantauan dan jauh daripada keluarga demi tugasan negara mahupun terpaksa memendekkan cuti Aidilfitri sebagai persediaan menghadapi kehadiran Badminton Terbuka Macau (30 September hingga 5 Oktober), Hoki Hamburg Master (3 hingga 5 Oktober), Kejohanan Bola Sepak Bawah 16 Tahun Asia di Uzbekistan (4 hingga 18 Oktober), Kejohanan Bola Sepak Wanita AFF di Vietnam (8 hingga 20 Oktober) dan Pestabola Merdeka (15 hingga 25 Oktober).
Namun peminat setia sukan tanah air pasti menyanjungi jasa dan pengorbanan atlet negara ini seperti mana perajurit kita yang sanggup ke perbatasan dan meninggalkan keluarga tercinta ketika takbir Aidilfitri bergema. Lakukanlah dengan penuh semangat dan beri yang terbaik untuk negara. Malaysia Boleh! Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.
ATLET BERHARI RAYA
RIZAL TISIN (BERBASIKAL)
Pulang beraya: Kampung Batu 4, Klang, Selangor
Sajian raya kegemaran: Biskut Almon London
Lagu raya paling diminati: Suasana Hari Raya (Annuar & Ellina)
Kembali berlatih: 8 Oktober 2008
Kejohanan akan datang: Sirkit 2 Piala Dunia Melbourne (21-23 November 2008)
Acara: 1 kilometer ujian masa individu dan pecut berpasukan
Pencapaian terbaik: Tempat kelima Kejohanan Dunia Manchester 2008 dan pingat emas Kejohanan Asia Nara 2008
WAN KHALMIZAN WAN AZIZ (MEMANAH)
Pulang beraya: Tanah Merah, Kota Bharu, Kelantan
Sajian raya kegemaran: Nasi kerabu
Lagu raya paling diminati: Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Sudirman)
Kembali berlatih: 4 Oktober 2008
Kejohanan akan datang: Grand Prix Asia Manila (17-20 Oktober 2008)
Acara: Recurve individu dan berpasukan
Pencapaian terbaik: Pingat perak Piala Dunia Perancis 2008
SITI RAHMAH OTHMAN (HOKI)
Pulang beraya: Kampung Bagam Ajam, Butterworth, Pulau Pinang
Sajian raya kegemaran: Soto Johor
Lagu raya paling diminati: Suasana Hari Raya (Annuar & Ellina)
Kembali berlatih: 6 Oktober
Kejohanan akan datang: Kejohanan Enam Negara Kuala Lumpur (Oktober)
Acara: Hoki senior
Pencapaian terbaik: Sukan Komanwel Melbourne 2006 (tempat kelima)
ZAIRA ZAKARIA (ANGKAT BERAT)
Pulang beraya: Jitra, Kedah
Sajian raya kegemaran: Rendang daging
Lagu raya paling diminati: Sesuci Lebaran (Siti Nurhaliza)
Kembali berlatih: 6 Oktober 2008
Kejohanan akan datang: Kejohanan Komanwel Cyprus (November)
Acara: Bawah 48 kilogram
Pencapaian terbaik: Satu pingat emas, satu rekod kebangsaan Sukan Malaysia (Sukma) XII Terengganu 2008
ZANDRA AZIELA IBRAHIM HAKIMI (BOLING)
Pulang beraya: Larkin Johor Bahru dan Kluang, Johor
Sajian raya kegemaran: Nasi himpit dengan lodeh dan Laksa Johor
Lagu raya paling diminati: Suasana Hari Raya (Annuar & Ellina)
Kembali berlatih: 6 Oktober 2008
Kejohanan akan datang: Terbuka Taiwan (Oktober)
Acara: Individu dan lima sepasukan
Pencapaian terbaik: Pingat emas Kejohanan Wanita Dunia Mexico 2007 dan Sukan Asia Doha 2006 (lima sepasukan)
NOR JANNAH HAFIZAH JAMALUDIN (OLAHRAGA)
Pulang beraya: Bayan Baru, Pulau Pinang
Sajian raya kegemaran: Roti sorai dan rendang ayam
Lagu raya paling diminati: Balik Kampung (Sudirman)
Kembali berlatih: 6 Oktober 2008
Kejohanan akan datang: Sukan Universiti ASEAN Ke-14 Kuala Lumpur (11-21 Disember 2008)
Acara: 100, 200 dan 4×100 meter
Utusan Malaysia