Home   Wordpress   Log in

Archive for the ‘Utusan Malaysia’ Category

Mana Ada Agensi Modelling!

October 8th, 2008 by Joe (Admin) | 8 Comments | Filed in Utusan Malaysia


khalid Mohamad Jiwa dan isteri tercinta, Siti Nurhaliza Tarudin.

KALAU ada yang berkesempatan membaca gosip dalam akhbar sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia Ahad lepas (5 Oktober), pasti ada yang teringat dengan laporan gosip Datuk K buka agensi modelling di Paris?

Artikel berkenaan melaporkan usahawan ternama, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K yang juga suami artis terkenal, Datin Seri Siti Nurhaliza Tarudin bakal mengusahakan agensi peragaan (modelling) berpusat di kota fesyen terkemuka dunia, Paris, Perancis.

Berikutan itu, Papa cuba mengintai sejauh mana kebenaran gosip yang disampaikan oleh sumber kami.

Sayang sekali, Papa difahamkan, Datuk K tidak pernah ada sebarang rancangan untuk mengusahakan perniagaan itu seperti yang didakwa sumber itu.

Papa diberitahu ahli perniagaan yang kaya dengan senyuman itu tidak pernah terfikir untuk mengusahakan perniagaan sedemikian.

Bahkan, Papa juga dimaklumkan, Datuk K sangat sedih kerana namanya terus dikaitkan dalam gosip yang tidak berasas itu.

Sehubungan itu, Datuk K mengharapkan pihak-pihak yang suka menyampaikan berita-berita tidak berasas itu menghentikan melakukan perkara-perkara sedemikian kerana ia hanya akan menjejaskan nama baiknya sebagai ahli perniagaan.

Sebagai orang berpengaruh, Papa faham sangat kenapa Datuk K berduka apabila namanya terus dilibatkan dalam laporan-laporan gosip.

Kalau begitu, Papa mengharapkan Datuk K terus bersabar dan bertenang dengan laporan sedemikian.

Sebagai penulis gosip, Papa faham tulisan itu dibuat kerana ia mempunyai nilai berita yang sangat tinggi kerana Datuk K adalah usahawan berjaya yang berkahwin dengan artis wanita popular.

Inilah yang dikatakan sebagai ujian. Sekali lagi, Papa mengharapkan Datuk K terus bersabar kerana seperti mana yang Datuk K pernah sebut sebelum ini, itulah harga yang beliau terpaksa bayar kerana mengahwini seorang artis sepopular Siti.

Papa percaya Datuk K seorang yang sangat rasional dan boleh menerima setiap ujian dan cabaran dengan begitu tabah sekali.

Jangan marah-marah ya Datuk. Senyum selalu tau. Senyum itu sedekah.

Utusan Malaysia

Artis Salahkan Wartawan

October 5th, 2008 by Joe (Admin) | No Comments | Filed in Utusan Malaysia

KRING KRING (KK): Hai Abang Niezam. Selamat Hari Raya. Balik mana tahun ni?

NIEZAM: Raya balik kampung la. Selama, Perak. Semalam dah balik ke Kuala Lumpur dah. Esok kerja.

KK: Saya telefon Abang Niezam ni sebab ada cerita panas sikit ni. Pasal seorang penyanyi cun yang dulu tu popular juga la?

NIEZAM: Siapa?

KK: Ala… takkan tak kenal. Dia ni pernah juga berlakon. Nama dia X$#@%*.

NIEZAM: Memang kenal pun. Tapi dia dah kahwin. Dah ada anak kalau tak silap la. Kenapa?

KK: Macam ni? Baru-baru ni saya ikut kakak saya pergi open house di rumah dia. Kakak saya kawan baik dengan dia dari kecil lagi. Masa sembang kakak saya tanya kenapa muka dia dah lama tak keluar majalah dan surat khabar. Lepas tu dia boleh kutuk wartawan .

NIEZAM: Dia kata apa?

KK: Dia kata lepas kahwin, wartawan memang dah tak ingat dekat dia lagi. Wartawan dah tak pedulikan dia. Dia kecil hati sangat.

NIEZAM: Kenapa pula? Kita ingat apa kat dia?

KK: Kalau wartawan ingat mesti dah panggil dia ambil gambar masuk surat khabar. Tapi tak ada pun?

NIEZAM: Ehh… ehh… tu pun nak kecil hati? Pesan kat dia kalau wartawan tak ingat, dia la telefon wartawan. Artis pun bukannya sikit. Ramai pula tu. Ni tak? Kad raya pun tak pernah hantar. SMS jauh sekali. Artis lain ada juga bagi SMS.

KK: Jangan marah pula bang. Saya cakap je. Sebab saya dengar dia cakap macam tu. Kenapa tak panggil dia buat fotografi?

NIEZAM: Bukan tak nak panggil… Dulu dah pernah panggil tapi banyak songeh sangat. Malas la kita. Kalau popular macam Siti Nurhaliza tu lainlah?

KK: Songeh apa?

NIEZAM: Wartawan nak ambil gambar dia dengan keluarga, dia tak nak. Bila nak interviu pula, tak boleh tanya banyak benda. Buat apa nak pening kepala. Biarlah kat dia…

KK: Dia pun ada kata Abang Niezam juga.

NIEZAM: Kata apa? Beh baik cakap?

KK: Dia kata Niezam tu kalau nak cerita panas baru telefon dia?

NIEZAM: Amboi! jahat mulut pulak. Dah dua tahun dah Abang Niezam tak pernah telefon dia. Jangan nak berangan pula. Suruh plaster sikit mulut tu.

KK: Betul ke nak cari cerita panas je baru telefon dia?

NIEZAM: Taklah… kadang-kadang bila telefon nak tanya khabar dia tak angkat. Dulu masa dia tengah mengandung bila telefon nak tanya pasal perut dia, dia tak nak layan. Cukuplah tu.

KK: Sekarang baru dia rasa kut orang dah tak layan dia.

NIEZAM: Padan la muka.

KK: Muka siapa?

NIEZAM: Takkan muka kau pula. Muka dia la!

Utusan Malaysia

Datuk K Buka Agensi Modelling Di Paris?

October 5th, 2008 by Joe (Admin) | 2 Comments | Filed in Utusan Malaysia

AMBOI dalam orang kalut bercerita tentang kisah Datuk K berkahwin lain dan kisah Siti Nurhaliza dimadukan, Joyah pula terdengar khabar lain.

Kononnya “abang misai” kesayangan penyanyi tersohor kita itu akan membuka agensi modelling di kota Paris yang juga terkenal dengan kehebatan dunia fesyennya.

Wah! Jauh sungguh cik abang kita nak merantau. Jadi siapa kata dia ke London? Datuk kita yang ganteng yang seorang ini rupa-rupanya mengintai peluang perniagaan di Paris.

Khabarnya sekarang ini Datuk K sedang sibuk mencari para jelitawan bertubuh langsing dan tentunya tinggi lampai untuk menjadi modelnya di sana.

Pilihannya mestilah gadis-gadis tempatan yang berminat nak jadi model bertaraf antarabangsa. Joyah dengar beliau sekarang sibuk cari model yang yang tingginya 170 sentimeter. Iyalah, kalau cari gadis yang pendek dari itu macam mana nak layak memperaga di pentas antarabangsa, tak gitu?

Kiranya kalau bentuk badan tu macam Joyah ni hah, tak dapeklah nak nolong. Tak ada chance lah nak ke Paris jadi model terkenal di bawah agensi Datuk K. Sebab Joyah ini “tinggi sangat”.

Joyah dengar Datuk K akan menjalinkan kerjasama dengan Datuk Shah Rezza dalam usaha membawa model Malaysia ke Paris.

Joyah dengar khabar, bukan Datuk K tak mahu buka agensi di negara sendiri. Tapi beliau malas nanti akan timbul banyak sangat fitnah. Tengoklah sekarang, sejak berkahwin dengan penyanyi, beliau terpaksa menghadapi banyak gosip liar.

Macam kisah kahwin lagi satu. Dah nafikan pun orang dok heboh bercakap fasal perkahwinan yang entah iya entah tidak. Sabarlah Tok. Bak kata Datuk hari itu, itulah harga yang terpaksa dibayar kerana mengahwini seorang artis sepopular Siti.

Utusan Malaysia