Siti mahu wanita mengambil risiko
16-11-2006 04:39:32 PM
Radin Sri Ghazali

Datuk Siti Nurhaliza diserbu para pengunjung ekspo RMK9 di PWTC
(Foto The Star Oleh Azlina Abdullah)
KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor wanita Datuk Siti Nurahaliza Taruddin hari ini menguar-uarkan kaum wanita agar berani untuk menceburi bidang perniagaan.
“Sepanjang 11 tahun bergelar sebagai artis, macam-macam orang yang saya jumpa dalam industri ini. Sebagai seorang artis, Siti harus berfikir jauh. Semasa kita berduit, kita haruslah merancang serta memikirkan cara-cara untuk memperkembangkan keupayaan diri sendiri,” ujar ketika sesi wawancara yang berlangsung kira-kira 45 minit sempena Measyuarat Agung UMNO betempat di Dewan Tun Razak, PWTC .
Diva yang berumur 27 tahun ini sudahpun memiliki beberapa jenis perniagaan termasuk Siti Production, Siti Collections dan yang terbaru Siti Sound.
“Sebagai contoh, Transkripsi diterbitkan oleh Siti sendiri. Siti merasakan sudah tiba masanya Siti menentukan arah destinasi kerjaya Siti,” tambah Siti lagi yang turut mencipta nama sebagai penulis serta komposer lagu-lagu seperti Percayalah dan Cahaya Cinta.
“Ramai yang berfikiran bahawa ianya sukar untuk artis Malaysia menembusi pasaran antarabangsa seperti Indonesia mahupun Eropah tetapi kita memberanikan diri untuk mencuba. Bagi Siti, Siti memilih untuk menyanyi lagu tradisional serta mempromosikan budaya Malaysia daripada menyanyi lagu yang mereka lebih hebat daripada Siti,” ujar Siti mengenai kejayaannya menembusi pasaran Indonesia serta mengelolakan konsert di Royal Albert Hall, London.
“Sesungguhnya dalam apa jua yang kita lakukan, sudah semestinya ada prinsip untung dan rugi. Sebagai kaum wanita, kita haruslah berani mengambil risiko yang ada,” tegas Siti lagi yang turut berharap agar kaum hawa mengambil kesempatan bantuan serta kemudahan pinjaman yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk memulakan perniagaan sendiri.
Ketika sesi wawancara yang dikendalikan oleh pembaca berita rangkaian televisyen TV3, Ally Iskandar dan Azizah Ariffin, para pengunjung Expo RMK9 turut diberi kesempatan untuk mengemukakan soalan kepada anak jati negeri Pahang itu.
Mohd Fadzly dari Universiti Institut Teknologi MARA bertanya bagaimana Siti menangani kritikan serta pujian.

Bagi Siti, dirinya mahu menjadi seorang wanita berkerjaya yang mampu membahagikan masa di antara kerja dan keluarga
(Foto The Star)
“Tidak semestinya setiap kritikan yangdiberi adalah buruk. Kita harus pandai membezakan yang membina serta yang dapat membinasakan diri. Bagi Siti, jika kritikan itu membina, Siti akan menerimanya serta mengatasi kelemahan yang ada,” jawabnya.
Manakala Siti turut mengambil kata-kata pujian sebagai penyuntik semangat untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.
Siti pentingkan keluarga
Namun bagi Siti, kerjaya serta keluarga haruslah diimbangi dengan sebijak-bijaknya.
“Siti baru sahaja menjadi isteri dan kini Siti mempunyai keluarga sendiri. Jadi, Siti harus pandai membahagi masa dan ada kalanya Siti rasakan tak cukup ‘tanah’ untuk Siti. Tetapi Siti tetap berusaha,” katanya ketika ditanya salah seorang pengunjung mengenai kehidupan barunya sebagai seorang isteri.
“Jika dahulu Siti dapat meluangkan masa untuk shopping semasa membuat persembahan di luar negara, kini Siti ‘budgetkan’ masa agar setiap kali persembahan berakhir, Siti akan terus pulang ke rumah,” ujarnya lagi mengenai perubahan jadualnya dari waktu bergelar dara ke saat bergelar isteri.
“Siti memang hormat kepada wanita-wanita yang berkerjaya dan pada masa yang sama berkeluarga. Mereka pandai mengagih-agihkan masa mereka dengan adil,” ujar Siti.
“Sudah semestinya Siti mahu menjadi seorang isteri yang baik serta ibu mithali kepada anak-anak Siti,” katanya lagi.
Ketika ditanya bilakah masa sesuai untuk menimang cahaya mata oleh Puan Zabedah dari Pahang, Siti menjawab,” Ini semua ketentuan Allah SWT. Jika ada rezeki, Siti akan menerima dengan hati terbuka, tidak kiralah sekarang atau bila-bila sahaja. Siti tidak boleh menolak rezeki Allah SWT.”
2,000 turn up to meet pop icon at open house
SUNGAI PETANI: Datuk Siti Nurhaliza spent her first Hari Raya as a married woman at her in-laws’ house in Kampung Permatang Pasir near Kota Kuala Muda here on Tuesday.
It was her first visit to the village since her wedding about two months ago and some 2,000 curious villagers as well as outsiders turned up to meet her during the open house celebration.

RAYA TREAT: Siti Nurhaliza and Datuk K meeting guests at her in-laws’ home in Kampung Permatang Pasir on Tuesday.
Dressed in a flowing yellow-green outer top over an apple green sarong, Siti Nurhaliza gave duit raya to children and shook hands with guests with her husband Datuk Khalid Mohamad Jiwa, who wore a matching green baju Melayu and samping.
A stage had been set up at the porch of the double-storey brick house and Siti Nurhaliza delighted the crowd with two songs – Bukan Cinta Biasa and Sesuci Raya.
Also spotted at the house were three of Datuk K’s four sons.
“There isn’t much difference celebrating Raya here and back home in Pahang but I’ve never had the opportunity before,†Siti Nurhaliza told reporters.
On her new Datukship from the Sultan of Pahang, she said it was an honour and a chance to improve herself.
“I will continue my singing as usual after Raya and will shuttle between Indonesia and Malaysia.â€Â
After prayers at the village mosque, Siti Nurhaliza and Datuk K met guests from 10am till 4pm, with short breaks in-between. They returned to Kuala Lumpur yesterday.
Keluarga Datuk K buat majlis sambut menantu
19-10-2006 02:04:11 PM
oleh ZIEMAN
Pertama kali beraya sebagai isteri tentu saja Datin Siti Nurhaliza rasa teruja. Kemeriahan yang dirasa menyambut hari lebaran bersama suami tercinta tentu tidak sama semasa Siti beraya dengan ayah dan ibu.
Walaupun pada tahun ini, Siti akan berada di kampung halaman mertuanya di Kg Permatang Pasir, Kota Kuala Muda namun kedua ayah bonda Siti akan menyambut Aidilfitri bersama anak kesayangannya.
Rumah terbuka dan majlis sambut menantu
Menurut kakak iparnya Zaiton Mohd Jiwa, mereka sekeluarga termasuk Siti dan suaminya baru sahaja tiba dari Kuala Lumpur pagi tadi untuk membayar zakat.

Syawal ini Siti buat pertama kalinya beraya sebagai seorang isteri (Foto: Utusan)
“Siti dengan Datuk K pun bayar zakat sama. Kita tengah bincang nak buat persiapan untuk rumah terbuka pada hari raya pertama nanti.
“Siti tengah sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma beberapa hari lagi. Lagipun ini kali pertama dia balik rumah kami,” jelas Zaiton yang lebih mesra dengan panggilan Kak Ton.
“Rumah terbuka tahun ini lebih meriah kerana kita akan membuat majlis menyambut menantu sekali,” kata Kak Ton yang sibuk menguruskan katering bagi tetamu yang akan hadir nanti.
Difahamkan setiap tahun pada hari raya, lebih 500 orang akan berduyun-duyun ke rumah keluarga Kak Ton kerana itu sudah menjadi tradisi keluarganya.
“Mungkin tahun ni lebih sikit kut sebab Siti ada sama. Peminat dia tentu nak datang tengok Siti. Kami sekeluarga dah biasa jamu orang kampung bila Raya,” jelas Kak Ton.
Kak Ton juga memberitahu yang Siti akan berada di rumah mertuanya selama dua hari sebelum pulang ke rumah keluarganya di Kuala Lipis.
“Siti nampak gembira tambahan pula kali ini mak dan ayahnya akan beraya sekali,” jelas Kak Ton mengenai adik ipar barunya yang baru balik dari berbulan madu dan menunaikan umrah.
Siti tetap seperti dulu
Siti tetap seperti dulu, merendah diri dan tidak mahu dipanggil dengan gelaran ‘Datin.’
“Cukuplah di majlis rasmi saja…,” katanya lembut.
Siti baru pulang ke tanah air daripada mengerjakan umrah pada 10 Oktober lalu. Beliau mengakui begitu teruja untuk menyambut hari lebaran sebagai seorang isteri.
Sempena sambutan Syawal, pihak keluarga mertuanya akan mengadakan jamuan Hari Raya.
“Jamuan itu juga untuk meraikan perkahwinan kami,”‘ jelas Siti yang bernikah dengan Datuk K pada 21 Ogos lalu.
Mengenai persiapan Hari Raya Aidilfitri, penyanyi yang berasal dari Kuala Lipis itu memberitahu, beliau hanya menyediakan persiapan secara sederhana.
Malah beliau juga mengakui tidak sempat membuat sendiri biskut raya kegemarannya kerana terpaksa memenuhi banyak undangan.
“Persiapan Hari Raya Siti sama macam sebelum kahwin. Pakaian juga ada beberapa helai daripada koleksi pereka kegemaran Siti yang masih belum dipakai. Datuk juga begitu.
“Siti dan Datuk akan memilih pakaian sedondon untuk digayakan pada pagi Syawal,” katanya yang berbulan madu selama seminggu di Honolulu, Hawaii sebelum berlepas ke Mekah untuk mengerjakan umrah.
Menurut penyanyi terkenal ini, tiada banyak perbezaan dalam kehidupannya sekarang.
“Cuma rutin saya saja sedikit berubah. Sekarang tumpuan lebih kepada suami. Saya masih seperti dulu sibuk dengan aktiviti seni dan suami saya pula sibuk dengan perniagaannya,” jelasnya.
Jelas Siti lagi, Datuk K lebih senang bersikap low profile sekarang.
“Biarlah Datuk dengan dunia perniagaannya. Dia lebih senang begitu. Kalau ada majlis yang mengundang kami berdua, barulah dia bersedia untuk tampil bersama kalau tidak, dia lebih senang Siti seorang saja,” kata Siti yang membuat persedian Raya secara sederhana seperti tahun-tahun sebelumnya.
Khabar angin tidak betul
Banyak perkhabaran angin diterima sejak akhir-akhir ini kononnya Siti sudah berbadan dua.
“Buat masa ini Siti belum ada apa-apa tanda lagi. Agaknya sebab badan Siti nampak berisi tetapi Allah belum bagi rezeki lagi,” katanya.
Walaupun begitu, Siti menjelaskan, dia dan suaminya tidak merancang.
“Kami tidak pernah merancang. Kami terima apa saja yang Allah nak bagi, baik lelaki atau perempuan. Doakanlah kami,” jelas Siti lagi.
Berduet dengan Mawi
Terdapat ura-ura untuk rakaman duet antara Siti dan Mawi bagi album terbaru Mawi.
Menurut Siti, perbincangan sedang berjalan sekarang dan tidak ada masalah untuk berduet dengan Mawi, Juara Akademi Fantasia 3, Mawi.
“Insya Allah, kalau semua berjalan lancar projek itu akan diusahakan. Masalahnya kerana kami datang dari dua syarikat rakaman yang berbeza,” jelas Siti yang pernah berduet dengan artis lelaki seperti Tan Sri SM Salim, M Nasir dan Too Phat sebelum ini.
Lavish wedding to remember
By SIMON KHOO
KUANTAN: The month of September saw two lavish weddings taking place with both brides hailing from Pahang.
On Sept 2, it was the highly-publicised wedding between businessman Datuk Khalid Muhammad Jiwa or Datuk K and pop icon Siti Nurhaliza.
Wife of the Tengku Muda of Pahang, Cik Puan Julita Aisyah Abdul Latiff, performing the tepung tawar(giving her blessings) to the bride and groom.
The “wedding of the year†saw a reception in the hometown of Siti in Kuala Lipis, which attracted a crowd of 10,000 people.
Then, a week later, it was the wedding of another businessman Datuk Roslan Hashim with Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan, a member of Pahang royalty.
This lesser known wedding took place in the affluent area of Kampung Tok Sira here with less fanfare.
But what startled the public was Roslan’s revelation to reporters during the solemnisation ceremony that he spent RM3.5mil for the wedding, including gifts, solemnisation ceremony and the reception.
Among others, Roslan’s wedding gift to Puteri Shahanaz amounted to RM444,444.44 in cash and a further RM22,222.22 in dowry.
Artiste Ziana Zain performing for the guests.
Other gifts include a BMW 320i worth RM250,000, a RM150,000 jewellery set, a diamond ring worth RM20,000, a RM25,000 Rolex watch and other designer items.
In turn, Puteri Shahanaz presented Roslan with 20 trays of gifts which included a Rolex watch worth RM84,000, a wedding ring and other designer items.
About 800 guests, including members of the Pahang royalty, attended the couple’s reception at the Sultan Ahmad Shah silver jubilee hall.
Cik Puan Muda Julita Aishah, wife of Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman, was present to perform the “tepung tawar†(wedding blessings) on the couple, seated on a dais, in the centre of the stage.
Earlier, a kompang troupe and dancers from the state cultural office put up a performance to welcome the couple who arrived in traditional attire.
Roslan was spotted in a warrior outfit complete with headgear and a keris tucked in his waist while the bride was dazzling in her gown.
The master of ceremonies exchanged quatrains in describing the atmosphere and the loving couple.
Moments after the symbolic ceremony ended, the guests were entertained to several performances including an overture, dances and songs by artistes, including Ziana Zain, accompanied by the Pahang state combo.
Both weddings remained the hottest topic for conversation in town throughout the month due to their “lavishness†and the personalities involved.
While the bridegrooms were prominent “businessmen,†the brides too were not commoners, one being a popular songstress, and the other a part-time model related to the late Tengku Ampuan Pahang Tengku Afzan.
Another glaring similarity of sorts was the age gap between the brides and the bridegrooms.
Datuk K, 46, was a divorcee with four children, aged between eight and 19, before his marriage to Siti, 27.
Roslan, 49, also a divorcee, has five children, aged 13 to 21, when he married the 24-year-old Puteri Shahanaz after six months of courtship.
Having a ball!
Nothing gets KEE HUA CHEE more excited than a high society party, and attending three in a row left him on cloud nine.
Thursday, Sept 7
Opening of a new Louis Vuitton concept store, Starhill Gallery
This being a Louis Vuitton opening, everyone expected it to be the Party of 2006, and so it was! Five years after opening at the Starhill Gallery, the Louis Vuitton store was relocating to a street-front setting.
Only 600 people received the coveted invitations, supply exceeding demand. Tales abound of how some stormed the old store to buy bags by the trolley-load, hoping to get invited. A few desperadoes even rang up to say they would be delighted to come – only to be told their names were not on the list . . . sorry.
Those who turned up got the red-carpet treatment as cameras flashed and camcorders jostled. A minute’s silence was observed in honour of the late Puan Sri Datuk Paduka Rosaline Yeoh, wife of Tan Sri Francis Yeoh, owner of Starhill Gallery.
(Above) Cutting the ribbon are (L-R) Francois Delage, Siti Nurhaliza, Tan Sri Francis Yeoh and Kathy Lam. (Below, from left) Guests Carmen Soo, Shamser Sidhu and Lina Teoh.
Then Francois Delage, head of LV Asia Pacific, Tan Sri Francis Yeoh, Kathy Lam of LV Malaysia and Siti Nurhaliza cut the ribbon and opened the 557sq m fashion heaven.
Toasts were made and Veuve Clicquot champagne flowed like there was no tomorrow. The Louis Vuitton group owns Veuve Clicquot, Moet & Chandon and Dom Perignon, so things were kept nice and bubbly.
A 24-year old Canadian violinist provided the music and mime artists from Australia did their thing.
Guests included royalty, celebrities and the seriously rich. Some ladies arrived without handbags, having planned to buy one (at least!) that evening.
Donald Klip from Citigroup Hongkong flew in for the occasion with his friends, and Arthur Tay, owner of Sentosa Cove and touted as Singapore’s youngest and handsomest billionaire, came a-calling too.
After the opening, the guests wondered where the venue of the secret party would be. It turned out on to be the top floor of Starhill, at the posh YTL Home and Platinum Club. The place had been transformed into a posh supper club replete with private enclosures, disco and chill-out areas!
Siti Nurhaliza sang two songs including Aku Sayang Padamu. The buzz and camaraderie were so electrifying that a few wouldn’t leave and had to be evicted at 2am as the “Louis Vuitton Club†closed its doors.
“A superb party dedicated to all Malaysians!†pronounced Delage, who stunned everyone when he bent down to pick up a piece of tissue-paper to throw in the dustbin!
Now, that’s leadership by example!
10,000 greet Siti at K. Lipis
KUALA LIPIS: Thousands of Datin Siti Nurhaliza fans flocked to Dataran Lipis to catch a glimpse of their pop darling at her wedding dinner here.
The 10,000-odd crowd cheered as Siti and her businessman husband Datuk Khalid Mohamad Jiwa arrived at the dataran to the beat of traditional drums and a bunga manggar procession.
The couple wore matching fuchsia and gold outfits.
GRAND ENTRANCE: Khalid and Siti Nurhaliza, wearing matching fuchsia and gold outfits, arriving at Dataran Lipis for their wedding dinner in Kuala Lipis last night.
Student Nadiah Namlur, 18, said it was good of Siti to have her come back to her hometown to share the moment of joy with the people.
“We are really happy for her and wish her all the best,†she added.
Another fan, Ibrahim Razak, 25, turned up with his family to wish Siti well.
“We are happy for her and hope she will succeed in all her endeavours. It makes all of us from Kuala Lipis really proud that she came back here to celebrate her joy with us although she is now an international celebrity,†he said.
Siti entertained the fans with two songs – Joget Pahang and Dealova towards the end of the dinner. Also performing were her sister Siti Saerah and evergreen crooner Datuk Ahmad Jais.
Indonesian designer Anne Avantie, who created the fuchsia and gold wedding kebaya for Siti, said it took her and her team about a month to complete the outfit.
Anne, who has been designing outfits, especially traditional costumes, for Siti’s performances for the past three years, said it was a different challenge this time.
“All the while I had been designing clothes for her role as an artiste. The challenge this time was how to design an outfit for her role as a wife on her big day.
“The most important thing for me is that her personality shines through in her outfit tonight,†she added.
Siti gets ready for in-law reception
By ZIEMAN
WHEN met at the Elegance Club in Bangsar Shopping Centre in Kuala Lumpur where she tried out tiaras and jewellery to be adorned during the “in-law reception†at Kuala Lipis today, Siti mentioned that a Quran recital will be held at her family home in the morning.
“InsyaAllah, I will recite the Quran in the morning,†said Siti who will be dressed in an off-white creation by Natrah Hisham of Embun Timeless Tradition during the recital.
For the event that is organised for her fans, Siti is set to wear a specially designed golden fuchsia lace and songket creation by Indonesian designer Anna Avanti, who also created a unique sampin for Siti’s husband, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, to be worn with his Redzuan Radzwill baju melayu.
According to Elegance Club managing director Tracy Ong, Siti will use jewellery made from white and yellow diamonds today.

WEDDING FINERY: Siti showing a RM1mil tiara which she will be wearing at the wedding reception in Kuala Lipis on Sunday.
“Her tiara, which has an intricate bunga kerawang motif, cost around RM1mil and every adornment was specially designed to cater to Siti’s taste,†said Ong.
Siti is glad all her wedding events have gone smoothly so far.
“After the Kuala Lipis ceremony, there are only two other events to attend to before I can take a break, which is probably after my promotional tour in Jakarta organised by P&G,†said the 27-year-old singer.
Siti was a little bashful in admitting that she was planning to go on a honeymoon with her husband, popularly known as Datuk K, after wrapping up necessary work.
“I don’t know where our honeymoon will be as my husband is the one who is taking care of the matter,†said Siti, who is also planning for her umrah pilgrimage with Datuk K during Ramadan.
For Siti, her music career will still be important although it will not be as hectic as before.
“As a wife, I feel there should be a limit to everything that I do. I will commit to my marriage first and only after that does my career come in. Nevertheless, I will still perform,†said Siti, who looked elegant even with minimal make-up.
When asked her opinion being labelled a corporate figure’s wife, Siti said: “I am still trying to adjust to my new role. Datuk Khalid treats me well and nowadays I will refer to him first before I make any decisions. Whatever makes my husband happy, that is what I will do.â€Â
However, Siti admitted to being a little hurt after reading a few negative speculations written about them. Her husband, who preferred to keep a low profile, has now turned into a very shy person since he too has been affected by the negativity spread by certain media organisations.
“I pity him ? he is not used to this. Datuk K prefers to keep a low profile and he doesn’t want any more stories written about him. He is from a different field of work,†said Siti.
With regard to the ratings war between her televised bersanding ceremony and the programme on Mawi and Ina screened on television at the same time, Siti said the issue did not disturb her.
“I just wanted to share the special ceremony with my fans who could not be there with me,†she added.
Referring to the in-law reception ceremony, Siti said she was unfamiliar with the details and has let her family handled it for her.
“Pak Ngah Production will organise a one-hour traditional show. Family members and a couple of other singers will sing a few songs.â€Â
Among the guest singers today is Datuk Ahmad Jais. Siti herself is expected to entertain guests with Dealova and Joget Pahang.
Six teams of cooks and helpers would be on hand to prepare food.
Around 200 policemen would control the traffic flow during the event. To avoid jams, traffic flow would be altered around Dataran Lipis whilst Jalan Bandar would be temporarily turned into a one-way street, starting from the Lipis police station to the town centre.
Road users are advised to park their cars at designated parking zones at Centerpoint, Masjid Sultan Mahmud, Pejabat Daerah Lipis, Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Sekolah Menengah Clifford’s field and the road towards Felda Kerchau.
VIP parking lots have been set aside near Dewan Residen and the organising crew’s vehicles are allowed entry to the Kelab Pahang parking lots.
Kuala Lipis shares the limelight
BY JANE RITIKOS
KUALA LIPIS: Until 51 years ago, Kuala Lipis was the state capital of Pahang. But ever since the capital moved to Kuantan, the district became a sleepy hollow.
But today, the town becomes the centre stage for hometown girl and singing sensation Siti Nurhaliza, who is holding a wedding reception here.
Seeing its significance and the opportunity to promote the town, the district council has made the event, which will be telecast by TV3, an official function.
A committee was set up, headed by district officer Datuk Zainal Abidin Mat and comprising, among others, penghulus, the police, hotel operators, TV3 and Siti’s family members, to co-ordinate the event.
GRAND STAND: Workers setting up the reception area in Dataran Lipis, Kuala Lipis, on Friday.
Its task include handling matters such as invitations, ushering of important guests, disbursement of payment for the wedding cost (to be paid by Siti’s side), the venue, catering, board, transport, security and traffic control, medical emergency and the telecast.
Even the National Day celebration had to be moved to the Jubilee Hall to make way for the setting up of the stage area and canopies for the reception at Dataran Lipis. Work began on Aug 28.
“Siti’s father wishes to have a reception in Kuala Lipis for friends and fans, and we are proud of that. We are proud of Siti and she has made Kuala Lipis famous by just being from here,†said Zainal Abidin.
Indeed, Siti is an icon for the town with a population of 20,000.
When she became famous a few years back, there was wide publicity and curiosity over the house she built for her family.
Talk was it cost millions and it soon became a tourist attraction.

WELCOME SIGN: Siti’s house is listed among other housing estates on a road signboard in Kuala Lipis.
The council even provided directions to the house on a signboard and made parking space for tour buses available near the house.
About 6,000 people, including several from outside the state, are expected to attend the reception.
The council has placed buntings at the roadside publicising Siti’s wedding, starting about 27km from the town centre.
“We want to take the opportunity to publicise Kuala Lipis as a tourist attraction. It is historical with several landmarks and building from colonial times,†Zainal Abidin said.
“We have close co-operation among all departments which will be providing services like medical emergency, electricity back-up and traffic control. Weather is out of our control but we pray everything will run smoothly,†he added.

GETTING IN ON THE ACT: Thong and one of his staff members, Mohd Wahyudi Mursidi, putting up news clippings of Siti’s marriage on the notice board at the lobby of the Lipis Plaza Hotel.
Six local caterers are preparing food for the guests while Siti handles the catering for the 500 VVIPs and VIPs.
Thong Kok Sing, owner of the Lipis Plaza Hotel, one of the two rated hotels in the town where many dignitaries and organisers would be staying, said the hotels had decorated their premises for the event.
“The only other event of similar importance in Kuala Lipis is the visit of the Sultan of Pahang and the annual Lipis carnival. That is why Siti’s wedding is important for the town and Lipis people are very eager to see it,†he added.
Thong, who is with the Kuala Lipis Lions Club, said that when Siti was a schoolgirl, the Lions Club often paid her RM50 to sing at events.
“She made Kuala Lipis famous, and we want to repay her in kind with this special event,†he added.
Lebih 10,000 peminat raikan Siti – Datuk K di Lipis
03-09-2006 11:44:28 PM
LISA GOH

Pasangan pengantin disambut oleh kira-kira 10,000 hadirin yang membanjiri Dataran Lipis untuk menyaksikan persandingan gilang-gemilang itu (Foto: Kamarul Ariffin)
KUALA LIPIS: Kira-kira 10,000 peminat Siti Nurhaliza membanjiri perkarangan Dataran Lipis malam tadi untuk menyaksikan persandingan kedua penyanyi sensasi itu dan suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa, selepas yang pertama diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 28 Ogos lepas.

Siti dan Datuk Khalid tiba di majlis persandingan mereka di Dataran Lipis (Foto: Kamarul Ariffin)
Siti dan Datuk Khalid yang hadir dengan persalinan sedondon berwarna fuchsia dan emas disambut oleh sorakan orang ramai, sambil diiringi oleh paluan gendang dan perarakan bunga manggar.
Salah seorang peminat penyanyi tersebut, Nadiah Namlur, 18, berkata dia amat bangga dengan keputusan Siti untuk mengadakan majlis persandingan di kampung halamannya sendiri agar orang ramai di sini dapat berkongsi kegembiraan tersebut.
“Kami amat berbangga dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Siti,” tambahnya.
Ibrahim Razak, 25, pula berkata kehadirannya bersama keluarga di Dataran Lipis adalah untuk memberi sokongan kepada penyanyi itu.
“Kami amat gembira dengannya dan berharap agar Siti akan berjaya di dalam semua perkara yang dilakukannya.
“Kami semua di Kuala Lipis sungguh berbangga apabila dia kembali ke sini untuk sama-sama meraikan hari bahagianya, walaupun Siti kini sudah bergelar seorang selebriti antarabangsa,” katanya.

Mesra… Siti sempat berbual dengan suaminya Datuk Khalid pada majlis persandingan mereka (Foto: Bernama)
Majlis persandingan itu turut diserikan oleh persembahan daripada penyanyi veteran Datuk Ahmad Jais, dan adik Siti sendiri, Siti Saerah.
Dalam pada itu, pereka fesyen terkenal dari Indonesia, Anne Avantie yang mencipta rekaan kebaya berwarna fuchsia dan emas yang dipakai oleh Siti berkata, dia mengambil masa kira-kira sebulan untuk menyiapkan pakaian tersebut.
“Tetapi, saya baru menyiapkan segala-galanya dua hari lepas, ketika Siti datang untuk sesi fitting yang terakhir.

Siti dan Datuk Khalid yang hadir dengan persalinan sedondon berwarna fuchsia dan emas disambut oleh sorakan orang ramai, sambil diiringi oleh paluan gendang dan perarakan bunga manggar (Foto: Bernama)
“Kami putuskan untuk menggunakan songket Palembang dalam rekaan tersebut kerana kami ingin membuat satu kelainan,” tambahnya.
Anne, yang banyak membuat rekaan pakaian tradisonal untuk beberapa persembahan Siti sejak tiga tahun lepas berkata, dia menghadapi cabaran yang berbeza pada kali ini.
“Sebelum ini, saya hanya membuat pakaian untuknya sebagai artis, tetapi kali ini berbeza kerana saya perlu membuat rekaan pakaian pengantin pula untuk dirinya.
“Walau bagaimanapun, apa yang penting bagi saya adalah untuk memastikan personalitinya terserlah dengan pakaian itu malam ini,” tambahnya lagi yang enggan mendedahkan nilai rekaan kebaya itu.
“Pakaian tersebut adalah karya seni. Jadi, tidak perlulah didedahkan berapa kos sebenarnya. Yang penting, Siti gembira hari ini,” ujar Anne.
Keluarga Siti sambut menantu
01-09-2006 10:17:29 PM
Oleh ZIEMAN
Jika persandingan Datin Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohd Jiwa pada 28 Ogos di Kuala Lumpur Convention Centre ibarat satu pesta filem, majlis menyambut menantu pada hari minggu ini di kampung kelahiran Siti di Kuala Lipis pula bagaikan satu “pilihanraya” sedang berlangsung.
Hampir merata tempat di Dataran Lipis, di mana majlis gilang gemilang itu akan diadakan telah dihiasi dan dipenuhi dengan poster pernikahan Siti dan Datuk K. Kemeriahan suasana di daerah Lipis seperti hendak menyambut perkahwinan seorang puteri raja.
Siti menunjukkan perhiasan barang kemas yang ditaja oleh Elegance Club
(Foto The Star oleh Yap Chee Hong)
Ketika ditemui di Elegance Club yang terletak di Bangsar Shopping Centre untuk mencuba tiara dan perhiasan barang kemas yang akan dipakainya pada hari bersejarah itu, Siti berkata upacara berkhatam Quran akan diadakan pada sebelah pagi Ahad di rumah keluarganya.
“InsyaAllah Siti akan khatam Quran pada sebelah pagi. Mak Siti juga nak adakan majlis cukur jambul anak Kak Ida,” kata penyanyi yang baru seminggu lebih bergelar isteri orang ini. Siti akan mengenakan pakaian ‘off white’ rekaan Natrah Hisham dari Embun Timeless Tradition untuk majlis khatam Quran.
Untuk majlis hari minggu ini yang memang dikhaskan untuk semua peminatnya, Siti akan mengenakan busana yang direka khas oleh pereka Indonesia Anna Avanti berwarna fuschia keemasan yang diperbuat dari lace dan songket. Anna juga telah mereka khas samping untuk dipakai Datuk K sementara baju Melayu pula telah disiapkan oleh Radzuan Radzwill.

Siti menunjukkan kain samping yang akan dikenakan oleh Datuk K di Kuala Lipis nanti (Foto The Star)
Menurut Pengarah Urusan Elegance Club, Tracy Ong, Siti akan memakai barang kemas yang diperbuat dari berlian putih dan kuning.
“Untuk tiaranya sahaja yang bermotifkan bunga kerawang bernilai hampir 1 juta. Semua barang perhiasan telah direka khas untuk Siti kerana dia mempunyai citarasanya sendiri,” ujar Tracy.

Siti menunjukkan tiara yang akan dipakainya (Foto The Star)
Bagi Siti, dia rasa begitu lega kerana hampir semua yang dirancangkan sudah selamat terlaksana.
“Selepas majlis di Kuala Lipis nanti, hanya ada dua tugas lagi yang perlu Siti lakukan sebelum Siti berehat. Mungkin selepas kembali dari lawatan kerja ke Jakarta anjuran P&G,” ujar penyanyi yang berusia 27 tahun ini.
Siti agak malu untuk menyatakan yang dia sebenarnya akan berbulan madu keluar negara.
“Tak tahu lagi, semua abang yang uruskan…,” ujarnya yang akan turut menunaikan umrah bersama suami pada bulan Ramadhan nanti.
Bagi Siti, aktiviti seninya akan berjalan seperti biasa hanya “tidak serancak dulu lagi.”
“Sebagai isteri semua ada batasan. Siti akan beri komitmen kepada rumahtangga dulu barulah karier seni. Namun segala urusan akan tetap dilakukan oleh Siti Nurhaliza Production,” kata Siti yang tetap jelita walaupun dengan solekan yang nipis.

Siti menerima panggilan daripada suami tersayang (Foto The Star)
Ditanya bagaimana perasaannya setelah bergelar isteri kepada seorang tokoh korporat, Siti berkata, “Siti masih cuba menyesuaikan diri. Datuk Khalid melayan Siti dengan baik. Semua keputusan yang Siti buat sekarang kena rujuk dengan Datuk Khalid dulu. Apa yang menggembirakan dia, itu yang Siti akan buat,” jelasnya lagi.
Namun, Siti berkata dia agak sedih membaca perkara yang negatif tentang diri mereka berdua. Suaminya juga lebih suka bersifat “low profile” dan terus berubah menjadi seorang yang pemalu apabila terlalu banyak berita negatif yang dispekulasikan oleh pihak media sejak kebelakangan ini.
“Kesian dia…dia tidak biasa. Datuk K lebih suka low profile, tidak mahu lagi ceritanya ditulis kerana dia berniaga. Bidang dia lain…,” kata Siti.
Ditanya tentang “perang rating” antara majlis persandingannya dan rancangan Astro-RTM yang menampilkan Mawi dan Ina pada masa yang sama, Siti berkata dia tidak tertekan dengan isu itu.
“Siti hanya sekadar berkongsi majlis Siti itu dengan peminat yang tidak dapat hadir,” katanya.

Siti akan menghiburkan tetamu yang hadir ke majlis di Kuala Lipis nanti
(Foto The Star)
Berbalik pada persiapan di majlis menyambut menantu nanti, Siti berkata dia tidak begitu arif tentang persiapan di majlis itu kerana segalanya telah diserahkan kepada keluarganya.
“Ada persembahan berunsur tradisional selama satu jam lebih dan semuanya dilakukan oleh Pak Ngah Production dan acara nyanyian juga akan dikendalikan oleh saudara mara dan dua tiga orang penyanyi,” katanya.
Antara penyanyi jemputan ialah Datuk Ahmad Jais. Siti sendiri akan mengalunkan suara merdunya di dalam dua buah lagu Dealova dan Joget Pahang bagi memeriahkan lagi majlis itu.
Difahamkan, sebanyak 16 ekor lembu akan dikorbankan dan dikendalikan oleh enam pasukan sementara khidmat Kuzi Catering milik bapa saudara Kak Engku (Raja Azura) juga telah diundang untuk menyediakan makanan bagi pihak VIP di majlis itu nanti.
Jumlah tempat letak kereta dikatakan tidak mencukupi untuk menampung kehadiran orang ramai tambahan pula kali ini jumlah pengguna kenderaan juga amat tinggi.
Dianggarkan lebih 200 anggota polis akan bertugas mengawal trafik sepanjang majlis berlangsung.
Bagi mengatasi kesesakan, aliran trafik akan diubah bagi mengelak kesesakan terutama di kawasan Dataran Lipis tempat majlis itu berlangsung. Manakala jalan utama iaitu Jalan Bandar pula akan diubah menjadi jalan sehala membabitkan laluan bermula dari Balai Polis Daerah Lipis ke Pusat Bandar.
Pengguna jalan raya akan diarahkan meletak kereta di tujuh zon yang disediakan sementara anggota polis yang bertugas pula terdiri dari anggota polis pelbagai jabatan lain seperti narkotik, jenayah dan sukarelawan polis
Tujuh zon letak kereta yang disediakan bagi kemudahan orang ramai meletak kenderaan adalah di Centerpoint, Masjid Sultan Mahmud, Pejabat Daerah Lipis, Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, jalan ke Felda Kerchau dan padang Sekolah Menengah Clifford.
Tempat letak kenderaan bagi tetamu kenamaan atau VIP pula ialah berhampiran Dewan Residen manakala petugas sempena perkahwinan itu dibenarkan meletak kenderaan di Kelab Pahang.
Begitupun, kawasan tempat letak kereta yang disediakan masih tidak mencukupi untuk menampung lebih 6,000 peminat Siti dari seluruh negara yang dijangka membanjiri Lipis.



