Skip to content

Posts from the ‘Murai’ Category

3
Apr

Siti Nurhaliza Sudah Tak Endah



Teks oleh Syafiqah Jalal

SUBANG JAYA, 2 APRIL 2012:Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin akui cuba tidak mengambil endah terhadap gosip yang mendakwa suaminya, Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa(Datuk K) akan berkahwin dengan pelakon Rozita Che Wan.

Siti Nurhaliza yang menafikan gosip itu sekeras-kerasnya berkata, dia kini lebih menjaga hati suaminya yang sedang tertekan dengan fitnah tersebut daripada perasaannya yang agak kecewa.

“Ini bukanlah kali pertama gosip ini disebarkan dan bila saya dengar lagi mengenai gosip ini saya tidak ada rasa untuk bertanyakan kepada suami. Jauh sekali untuk mencurigainya.

“Saya juga pelik dan geram, mengapa ada orang yang sanggup menabur fitnah ini sekali lagi.

“Terus-terang saya sendiri sudah seperti tiada perasaan apabila membacanya.

“Cuma sekarang, suami saya yang agak tertekan apabila ramai yang bertanyakan mengenai gosip ini kepadanya.

“Jadi saya bertindak sebagai penenangnya supaya dia tidak terlalu tertekan,”katanya selepas sidang media Majlis Hari Ibu di Hotel Dorset, Subang Jaya, petang tadi.

Pada Jumaat lalu, akbar Harian Metro telah melaporkan fitnah terbaru kononnya Rozita Che Wan hendak berkahwin dengan Datuk K.

Namun dalam laporan itu, Rozita telah menepis tuduhan tersebut selain menganggap ia bukan sesuatu yang remeh tetapi sangat mengaibkan.

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza turut menolak dakwaan bahawa hubungannya dengan Rozita kini renggang disebabkan fitnah tersebut.

“Terus-terang saya tidak pernah rasa marah dengan Rozita, kerana saya tahu kenyataan dan kebenarannya yang gosip itu memang tidak betul sama sekali.

“Jadi tiada sebab untuk saya bermasam muka dengannya kerana dia pun antara mangsa fitnah ini.

“Lagipun saya tahu apa yang suami saya buat. Setiap hari dia akan pulang ke rumah selepas balik bekerja dan akan bersama dengan saya,”luahnya lagi.

Tambah penyanyi Biarlah Rahsia itu, jika dia berjaya jumpa dan mengetahui siapa sebenarnya orang yang menabur fitnah sudah tentu dia akan mengambil tindakan undang-undang.

“Saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana saya sendiri tidak dapat mencari siapa orang yang perlu bertanggungjawab.

“Hanya Tuhan sahaja yang tahu kesabaran saya selama ini. Apa yang saya mampu buat adalah dengan berdoa semoga dosanya diampunkan kerana dosa orang memfitnah dari dahsyat dari membunuh,”katanya yang mengakhiri perbualan.

Siti Nurhaliza yang menyambut ulang tahun ke-17 dalam industri hiburan tanah air pada 1 April lalu itu, bakal meraikan hari ibu dalam majlis Istimewa Hari Ibu…Sepetang Bersama Datuk Siti Nurhaliza, 13 Mei ini.

Murai

31
Mar

Siti Nurhaliza Lahirkan 3 Harumannya

Teks oleh Syafiqah Jalal

Emel: syafiqah_jalal@digitalfive.com

Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 5 MAC2012: Impian penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin untuk mengilhamkan wangian peribadinya sendiri hampir tercapai apabila dia bakal melancarkan wangian terbaru keluaran SimplySiti April ini.

Siti Nurhaliza berkata, dia amat teruja untuk memperkenalkan tiga jenis haruman yang dihasilkannya iaitu Pure, Memoir dan Precious.

Wangian eksklusif daripada penyanyi Cindai itu diasaskan daripada bunga-bungaan, khas buat peminat dan pengguna setia SimplySiti.

“Saya pasti peminat akan suka dengan tiga jenis bauan ini. Semuanya saya inspirasikan daripada wangian kegemaran saya sendiri.

“Menariknya, intipati wangian daripada Perancis ini adalah berasaskan daripada bunga-bungaan.

“Saya sukakan semua haruman ini kerana setiap jenis bauan itu ada karaktornya masing-masing.

“Wangian jenis Pure untuk rasa segar. Wangian Memoir pula untuk bau yang manis dan seksi. Manakala wangian Precious untuk sesiapa yang sukakan bau yang agak keras.

Wangian eksklusif daripada pengasas produk SimplySiti ini bakal dilancarkan dan berada di pasaran sekitar April ini.

Dua tahun melangkah maju dalam bidang perniagaan, Datuk Siti berkata sudah tiba masanya dia menembusi pasaran luar.

Bermula dengan Indonesia, Datuk Siti berkata destinasi berkenaan akan menjadi negara pertama yang akan memperluaskan dagangannya.

“Saya baru sahaja pulang daripada Indonesia dan bertemu dengan pengasas kosmetik terkenal di Indonesia, Martha Tilaar iaitu Ibu Martha.

“Saya berjumpa dengannya untuk meminta nasihat dengannya bagaimana untuk saya memperkembangkan SimplySiti di sana.

“Alhamdulilah, perjumpaan itu mungkin akan berhasil tidak lama lagi,” jelasnya.

Selain sibuk mempromosikan produk terbaru SimplySiti iaitu krim wajah Dermagik, Siti juga sedang dalam rangka promosi ke radio Inggeris untuk single keduanya, Remember You berkolaborasi dengan penyanyi antarabangsa, Sean Kingston.

Murai

31
Mar

Siti Nurhaliza Nikmati Percutian Bersama Suami

Teks Zyzamani

Email:Zyzamani22@gmail.com

KUALA LUMPUR, 20 JANUARI 2012: Menerima dua hadiah istimewa daripada suami tercinta, Datuk Khalid Muhammad Jiwa antaranya percutian di luar negara sempena hari lahir ke-33, merupakan satu kenangan indah yang tidak mampu dilupakan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Menjejaki bumi Maghribi dan Dubai, kata Siti Nurhaliza percutiannya bermula 3 Januari lalu dan berakhir pada 13 Januari lalu.

“Hadiah hari lahir saya untuk tahun ini, suami membawa saya ke luar negara. Seronok sebenarnya kerana saya tidak pernah ke sana sebelum ini kerana dapat melihat keindahan tempat tersebut,” katanya memberitahu mengenai percutiannya.

Jelas Siti Nurhaliza lagi, selain percutian dia ada menerima sebuah lagi hadiah daripada suami tercinta, namun lebih selesa merahsiakan hadiah tersebut kepada umum.

Sementara itu, mengulas mengenai khabar angin yang mengatakan dia ada menerima tawaran berlakon filem seberang berjudul Kekuatan Cinta, Siti bagaimanapun menafikannya.

Malah kata, pelantun lagu Bukan Cinta Biasa itu, dia juga hanya mengetahui mengenai berita tersebut setelah membaca artikel yang diterbitkan oleh Agensi Berita Nasional (Bernama) pada awal Januari lalu.

“saya masih belum mendapat apa juga tawaran. Saya hanya mengetahui mengenai perkara tersebut setelah berita itu keluar,” katanya lagi.

Sebelum ini, Bernama ada melaporkan syarikat PT Kentfilms Production mahu mengandingkan pelakon lelaki popular seberang, Nicholas Saputra bersama Siti Nurhaliza dalam sebuah filem baru terbitan mereka.

Namun Siti Nurhaliza berkata, masih belum memikir sama ada mahu menerima atau pun tidak tawaran berkenaan.

Murai

31
Mar

Gabungan Istimewa Siti Nurhaliza, Rabbani

KUALA LUMPUR, 24 JANUARI 2012: Konsert percuma, Muhammad Al-Ameen yang bakal diadakan di Dataran Tamadun Islam, Kuala Terengganu, sempena sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah, disifatkan cukup istimewa kerana menggabungkan dua ikon popular industri hiburan tempatan iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Rabbani.

Menurut salah seorang anggota kumpulan Rabbani, Azadan Abd Aziz, berkata, konsert berkenaan amat istimewa kerana merupakan gabungan penganjuran Rabbani Productions Sdn Bhd bersama Siti Nurhaliza Production (SNP) yang telah sekian lama dirancang dan akhirnya terlaksana.

“Sebelum ini kami pernah bergabung dengan Siti Nurhaliza tetapi sebagai artis undangan sahaja. Kali ini, kami berpeluang menganjurkan bersama-sama konsert percuma ini khusus sempena sambutan Maulidur Rasul,” katanya kepada portal murai.com.my

Menyambung perbualan kata Azadan, lebih istimewa lagi, penonton yang hadir berpeluang mendengar lagu duet terbaru antara mereka bersama Siti Nurhaliza berjudul Muhammad Al-Ameen.

“Untuk konsert tersebut nanti, penonton akan disajikan dengan persembahan penceritaan berbentuk gurindam dan syair oleh Siti sendiri. Malah kepada yang hadir mereka berpeluang mendengar lagu duet terbaru kami berjudul Muhammad Al-Ameen.

“Selain itu, beberapa artis popular seperti Amy Search, Najwa Latif dan Sabri Yunus juga bakal tampil mengadakan persembahan,” jelasnya.

Selain acara konsert, turut diadakan karnival selama tiga hari bermula pada 3 hingga 5 Februari ini. Malah turut diadakan secara ekslusif, Malam Gala Eksklusif
Bersama Dato’ Siti Nurhaliza dan Rabbani.Untuk acara ini, para peminat boleh mendapatkan tiket pada harga RM175, RM275 dan RM500.

Murai

31
Mar

Siti Nurhaliza Paling Seksi

Teks oleh oleh Razif Rosdi

KUALA LUMPUR, 30 JANUARI 2012: Dalam pada peminat juara Akademi Fantasia 7 (AF7), Hafiz Suip meraikan kegembiraan atas kemenangan penyanyi berambut kerinting itu menerusi Anugerah Juara lagu ke-26, malam tadi, peminat tegar penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin turut sama melonjak riang apabila penyanyi itu dinobatkan sebagai Penyanyi Solo Wanita Terbaik dalam Intuned Music Awards 2011.

Lebih membanggakan, menerusi kategori ini, Siti berjaya menewaskan nama-nama besar dari Indonesia, Agnes Monica termasuklah bintang Hollywood seperti Christina Aguilera dan Avril Lavigne. Tambah unik, anugerah yang dianjurkan portal yang menyampai cerita terkini artis seluruh dunia iaitu Ituned.com turut melayakan artis kegemaran rakyat Malaysia itu meraih anugerah Penyanyi Wanita Paling Seksi.

“Tentang keputusan menang enam anugerah dalam anugerah intuned music ini, Siti berasa ia adalah satu penghargaan daripada para peminat Siti terutama sekali peminat di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Mereka adalah Sitizoners yang tidak jemu-jemu mengundi Siti.

“Bagi Siti, ia adalah permulaan yang baik untuk 2012 dan bukti bahawa peminat Siti tidak pernah jemu menyokong.

“Bagi kategori seksi, memang Siti dicalonkan dan tak sangka menang pula. Siti ambil kemenangan dalam kategori ini secara subjektif. Walaupun gelaran berkenaan agak panas, tetapi peminat yang memilih. Siti terima saja walaupun memang janggal rasanya bagi Siti,” kata Siti.

Menerusi anugerah yang undiannya dibuat secara online ini, pelatun lagu Biarlah Rahsia itu dicalonkan untuk enam kategori.

Selain menang dua kategori Penyanyi Wanita Seksi dan Penyanyi Solo Wanita Terbaik, Siti juga menyapu bersih empat kategori yang lain iaitu Artis/Band pilihan, Album Terbaik, Muzik Video Pilihan dan Penggunaan Media Sosial Terbaik.

Sungguhpun anugerah ini tidak berlangsung secara besar-besaran, pencapaian Siti amat membanggakan kerana dia mampu bersaing dengan nama-nama besar dari barat serta dari artis-artis K-Pop. Syabas dan tahniah diucapkan buat Siti Nurhaliza .

Keputusan Penuh Intuned Music Awards 2011

Artis Pilihan

Siti Nurhaliza

Artis Solo Lelaki Pilihan

Kazuya Kamenashi

Artis Solo Wanita Pilihan

Siti Nurhaliza

Lagu Single Terbaik 2011

Super Junior (Bonamana)

Album Terbaik 2011

Siti Nurhaliza (All Your Love)

Kumpulan Terbaik Lelaki

Super Junior

Kumpulan Terbaik Wanita

Girls Generation

Artis Terbaik

Siti Nurhaliza

Muzik Abiliti Terbaik

Agnes Monica

Muzik Video Terbaik

Falling In Love

Artis Penggunaan Sosial Media Terbaik’

Siti Nurhaliza

Artis Baru Terbaik

Sexy Zone

Artis Lelaki Paling Seksi

Kazuya Kamenashi

Artis Wanita Paling Seksi

Siti Nurhaliza

Murai

21
Sep

Isu Tak Bayar Penulis Lirik Siti Nurhaliza Satu Fitnah

Teks Oleh: zyzamani

KUALA LUMPUR, 19 SEPT 2011: Isu tentang penulis lirik lagu Inggeris All Your Love, Datuk Siti Nurhaliza, Christian Alexender yang mendakwa tidak menerima bayaran penuh daripada pihak penerbitan adalah satu fitnah.

Jelas Pengarah Syarikat What’s Up Entertainment, Kadir Rashid, segala bayaran telah dilakukan oleh pihaknya menerusi Byran Bouro yang bertindak selaku penerbit bersama album berkenaan.

“Kami ada bukti segala bayaran telah dilakukan kepada Byran Bouro. Apa yang saya tahu Alexander merupakan penolong penulis lagu kepada Bouro. Jadi kami tak berhubung dengannya. Sebaliknya kami berhubung dengan Bouro sahaja.

“Segala bukti pembayaran dan segalanya ada dengan kami dan telah dibuat kepada Bouro. Difahamkan Bouro juga telah membuat pembayaran terhadap dia. Kami memang tak mempunyai hubungan secara langsung dengannya,” katanya ketika dihubungi murai.com.my bagi mengulas mengenai isu tersebut.

Terdahulu murai.com.my telah pun menyiarkan luahan perasaan Alexender yang mendakwa masih menunggu kontrak dan bayaran penuh berhubung pembikinan album berkenaan.

Menganggap isu yang dibangkitkan oleh Alexander sebagai satu fitnah yang tidak berasas kata Kadir pihaknya dan Siti Nurhaliza sendiri tidak tergugat mahupun merasakan imej mereka tercalar.

“Imej kami tak tercalar dengan dakwaan yang dilakukannya. Kami tak tahu apa tujuan dia lakukan sedemikian mungkin juga dia mahu publisiti murahan,” katanya penuh kesal.

Menjawab satu lagi dakwaan Alexander bahawa kelewatan album Inggeris penyanyi nombor satu negara itu berpunca daripada kelewatan bayaran yang diterima oleh penyanyi Sean Kingston, perkara tersebut dinafikan sekeras-kerasnya oleh Kadir.

“Komen pasal Kingston tak berapa tepat. Bukan pasal pembayaran menyebabkan kelewatan sebaliknya penyanyi itu sendiri terlibat dengan kemalangan dan menyebabkan penangguhan. Pihak kami sendiri telah berhubungan dengan Kingston sebelum dia mengalami kemalangan dan urusan bayaran telah pun dibincangkan sebelum dia terlibat dengan kemalangan lagi. Jadi isu itu tak timbul,” jelasnya.

Dalam pada itu, jelas Kadir, pihaknya dan Siti Nurhaliza sendiri tidak berniat untuk mengambil tindakan undang-undang buat masa ini terhadap penyanyi R&B kelahiran Australia itu.

Tweet
KONGSI

Murai

10
Sep

Dato Siti Nurhaliza Duet Dengan Pit Bull Dan Alicia Keys

KL, 9 SEPTEMBER 2011: Walaupun Murai Batu terbaca bahawa pelancaran album Inggeris Dato Siti Nurhaliza terpaksa ditangguhkan kerana masalah dengan penyanyi antarabangsa Sean Kingston, tapi lebih dari itu penyanyi tersohor kita ini menyembunyikan sesuatu.

Puas juga Murai Batu mengorek apakah jenis masalah yang dihadapi Dato Siti dengan penyanyi Fire Burning itu dan akhirnya Murai Batu dapat tahu masalah yang mereka alami ialah soal bayaran.

Opss… nanti dulu. Bukannya Siti Nurhaliza tidak mampu membayar Sean Kingston, tapi masalah itu nampaknya lebih datang daripada pihak penyanyi hip-hop itu sendiri. Maklum sajalah bukannya senang berurusan dengan artis barat sehebat Sean Kingston. Banyak ‘cekadaknyer’.

Apapun Murai Batu doakan agar Dato Siti dapat menyelesaikan masalah ini sebelum pelancaran album inggeris All Your Love yang dijangkan akan diadakan pada 25 September ini.

Jangan mudah putus asa Dato Siti, kami sentiasa menyokong anda dari belakang.

Well, I am pretty sure Dato Siti could find the best solution. Ceh wah, speaking London nampaknya Murai Batu. Poyo lah?

Janganlah macam tu, Murai Batu sebenarnya nak juga berlatih berbahasa Inggeris kerana nampaknya Dato Siti Nurhaliza memang serius melahirkan album Inggeris ini. Lebih serius lagi apabila Murai Batu dapat tahu ada dua orang lagi nama besar dalam albumnya ini.

Jangan sangka hanya Mizz Nina saja yang telah berjaya menjalin kerjasama dengan Flo Rida tapi nampaknya Siti Nurhaliza juga telah berjaya mendapatkan Pitbull dan Alicia Keys untuk merealisasikan albumnya ini.

Wow! Itu saja yang boleh Murai Batu ungkapkan. Dato Siti Nurhaliza you are awesome.

Khabarnya, Siti sengaja menyembunyikan kerjasama ini dan akhirnya mereka berjaya mendapatkan dua nama besar berkenaan. Tak sabar rasanya Murai Batu nak dapatkan album dan mendengar sendiri nyanyian Siti dengan dua penyanyi hebat itu.

Daripada sedikit kaji selidik yang Murai Batu buat, bukannya murah untuk mendapatkan nama-nama besar ini. Kalau tak silap Murai Batu boleh mencecah USD100,000 atau RM299,000 untuk satu lagu. Itu tidak masuk lagi nilai untuk artis antarabangsa berkenaan tampil dalam klip video. Lain pula harganya.

Bayangkan, berapa agaknya jumlah Ringgit Malaysia yang telah Dato Siti gunakan semata-mata untuk memperhebatkan album Inggerisnya ini?

Jawapan untuk persoalan ini, akan Murai Batu dapatkan daripada salah serang wartawan portal murai.com.my yang akan hadir ke majlis pelancaran album Inggeris Dato Siti Nurhaliza pada 25 September ini, ok.

Murai Batu: Kalau Mizz Nina duet dengan Flo Rida, Dato Siti dengan Sean Kingston, Pitbull dan juga Alicia Keys. Penyanyi seberang Agnes Monica pula berduet dengan Michael Bolton. Class kau Maria.

Tweet
KONGSI

Murai

2
Sep

Shout! Awards 2010: Yuna Menang Besar

Teks oleh Syafiqah Jalal

Foto oleh Mazlan Fotografi

KUALA LUMPUR, 21 NOV 2010: Penyanyi dan komposer muda, Yuna mencipta kejayaan dan dominasi tesendiri apabila membawa pulang tiga anugerah sekaligus di acara anugerah berprestij, Shout! Awards yang telah berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil malam tadi.

Lebih membanggakan lagi, antara tiga anugerah tersebut Yuna telah dinobatkan sebagai penyanyi pop negara dalam anugerah Popstar Award di mana kesemua yang terscalon adalah terdiri daripada penyanyi terkenal tanah air seperti Dato’ Siti Nurhaliza & Kris Dayanti, Jaclyn Victor, Mizz Nina dan Zee Avi.

Selain Yuna, kemenangan Zizan sebagai personliti TV kegemaran ramai dalam Favourite TV Personality Award telah mengejutkan ramai pihak kerana buat pertama kalinya pengacara no.1 Malaysia, Aznil Hj Nawawi dikalahkan oleh seorang pelawak yang baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia pengacaraan.

Kumpulan Bunkface juga meraih perhatian apabila sekali lagi menerima angerah bintang rock atau Roctstar Award pada malam itu selain memenangi muzik video terbaik dalam Music Vidoe Award pada acara anugerah yang dibanjiri oleh lebih 20 000 orang itu.

Turut menerima pengiktirafan adalah Faizal Tahir apabila telah merebut tahta vokal terbaik dalam Power Vokal Award yang sebelum ini pernah dipegang oleh Jaclyn Victor dalam Shout! Awards 2009.

Manakala anugerah penyanyi Hip Hop dan R&B terbaik yang dipanggil sebagai Flava Award pula telah diberikan kepada penyanyi Inggeris yang sedang popular dengan lagu What You Waiting For, Mizz Nina menggantikan Joe Flizzow pada tahun lalu.

Seperti anugerah lain, Hot Chick Award dan Hot Guy Award juga telah bertukar takhta pada tahun ini apabila pelakon Scha Al-Yahya merampasnya daripada tangan Marion Counter yang memenganginya pada Shout! Award 2009 begitu juga pengacara The Quickie 8TV, Henry Golding yang pertama kali menerima anugerah tersebut selepas Faizal Tahir.

Berikut adalah senarai pemenang malam kemuncak Shout! Award yang berlangsung sebenar tadi:

Rockstar Award

Azlan & The Typewriter
Bunkface (Pemenang)
Faizal Tahir
Hujan
Meet Uncle Hussein
Pop Shuvit

Popstar Award

Aizat
Dato’ Siti Nurhaliza & Krisdayanti
Jaclyn Victor
Mizz Nina
Yuna (Pemenang)
Zee Avi

Power Vocal Award

Azlan & The Typewriter
Black
Dato’ Siti Nurhaliza & Krisdayanti
Faizal Tahir (Pemenang)
Jaclyn Victor
Rithan (Deja Voodoo Spells)

Flava Award

Altimet
DJ Fuzz & Malique
Joe Flizzow
Malique
Mizz Nina (Pemenang)
Sonaone

Music Video Award

Prom Queen (Bunkface) (Pemenang)
Osaka (Disagree)
Do It, Duit (Joe Flizzow)
Mirage (Pesawat)
Marabahaya (Project EAR)
Cinta Kosmik (The Fabulous Cats)

Break Out Award (Best New Act)

Azlan & The Typewriter
Black
Mizz Nina
Monoloque
Yuna (Pemenang)
Zee Avi

Best On Screen Chemistry Award

Afdlin Shauki & Liyana Jasmay (Papadom) (Pemenang)
Upin & Ipin (Upin & Ipin)
Remy Ishak & Tiz Zaqyah (Nur Kasih)
Farid Kamil & Lisa Surihani (Lagenda Budak Setan)
Wakaka Crew & Giler Battle Crew (Showdown 2010)
Afdlin Shauki & Rashidi Ishak (Setem)

Fresh TV Series (New TV Series)

Adamaya (MIG Production)
Arjuna (KRU Studios)
Blogger Boy (Red Communications Sdn Bhd)
Gelora Di Hati Sara (Suhan Movies & Tradings Sdn Bhd)
Nur Kasih (Flimscape) (Pemenang)
Qalesya (Nusantara Seni Karya Sdn Bhd)

Breakthrough Feature Award

Cuci The Musical (Tall Order Productions)
Geng: Pengembaraan Bermula (Les’ Copaque Production)
Lagenda Budak Setan (Sharad Khan) (Pemenang)
Papadom (Gayathri Su-Lin Pillai)
Pisau Cukur (Lina Tan)
Setem (Gayatri Su-Lin Pillai)

Favorite TV Program

Imam Muda
One In A Million Year 3
Melodi
Raja Lawak 4
Anugerah Juara Lagu 24
Showdown 2010 (Pemenang)

Favorite TV Personality Awards

Ally Iskandar (AJL 24)
Awal Ashaari (Fuhh!)
Aznil Haji Nawawi (Jangan Lupa Lirik)
Daphne Iking (The Breakfast Show)
Henry Golding (8TV Quickie)
Zizan Raja Lawak (Raja Lawak 4) (Pemenang)

Coolest Radio Announcer Award

Faizal Ismail (HotFM AM Krew)
Hafiz Hatim (FlyFM Night Flight)
Jeremy Teo (RedFM Evenings)
Hunny Madu (FlyFM Campur Chart)
Fara Fauzana (HotFM AM Krew)
Phat Fabes (FlyFM Pagi Show) (Pemenang)

Favorite Radio Show Award

The Red FM Breakfast Show with JD & Dilly (JD & Dilly)
Fly FM Pagi Show (Phabes, Ben & Nadia)
Malaysia’s Hottest Music – Hot 10@10 (Hunny Madu)
Fly FM Campur Chart (Hunny Madu)
Hot FM AM Krew (Fara, Faizal & AG) (Pemenang)
Fly FM Rush Hour (Jules & Prem)

Hot Chick Award

Maya Karin
Mizz Nina
Nora Danish
Nur Fazura
Scha Al-Yahya (Pemenang)
Vanidah Imran

Hot Guy Award

Faizal Tahir
Farid Kamil
Hans Isaac
Henry Golding (Pemenang)
Remy Ishak
Shaheizy Sam

Mobile Artiste of The Year Award

6ixth Sense – Khatimah Cinta
Aril – Menatap Matamu
Saleem – Tinggal Kenangan
6ixth Sense – Tanpa (Pemenang)
Yuna – Dan Sebenarnya
Alif Satar – Cukup Indah

Ultimate Shout! Award – Yuna

Tweet
KONGSI

Murai

25
Aug

Rozita Che Wan Terkejut Dipanggil Dato’ Siti Nurhaliza

KL,24 OGOS 2011: Petang semalam Detektif Stailista telah berpeluang menghadiri majlis rakaman hari raya dan Merdeka bersama-sama penghuni rumah Titian Kaseh yang dianjurkan stesen TV Astro Awani menerusi segmen Gala TV.

Pulang saja dari majlis yang serba teratur dan meriah itu Detektif Stailista telah berkongsi pengalamannya dengan Murai Batu perihal seorang kanak-kanak daripada rumah berkenaan yang telah memanggil Rozita Che Wan sebagai Dato’ Siti Nurhaliza.

Ceritanya bermula apabila seorang kanak-kanak telah dipanggil oleh salah seorang personaliti TV Astro Awani, Dino Omar untuk menyertai permainan sebagai salah satu aktiviti rakaman rancangan berkenaan.

Bagi menghangatkan lagi permainan berkenaan, adik berkenaan boleh memilih salah seorang artis yang turut hadir menyerikan majlis amal itu dan kemudian barulah permainan ala-ala lakonan Anak Wayang bermula.

Mulanya Murai Batu agak hairan. Adakah adik berkenaan sengaja memanggilnya sebagai Dato’ Siti Nurhaliza ataupun mungkin dia tidak pernah mengenali Rozita Che Wan sebagai seorang pelakon yang sangat popular?

Mungkin juga adik itu sangat memuja Dato’ Siti Nurhaliza sehingga dia terlajak kata memanggil Dato Siti, walaupun ikon berkenaan tidak berada di majlis berkenaan.

Tapi bila melihat sendiri foto yang dirakamkan oleh jurufoto Detektif Stailista, barulah Murai Batu mengerti atau faham mengapa adik berkenaan memanggil Rozita Che Wan sebagai Dato Siti Nurhaliza.

Semuanya gara-gara apabila Rozita memakai sarung penutup kepala seperti yang selalu digayakan oleh penyanyi pujaan ramai itu .

Murai Batu difahamkan Rozita sangat terkejut dengan panggilan itu dan kesannya dia tidak dapat memberi tumpuan ketika sesi permainan itu dijalankan kerana menganggap insiden berkenaan sebagai sesuatu yang amat melucukan.

Bagaimanapun dia langsung tidak mengambil hati kerana perkara sedemikian memang ssering berlaku, apatah lagi bila ianya datang daripada seorang kanak-kanak.

Menurut Detektif Stailista lagi, selepas bertanya sendiri kepada Rozita tentang sarung kepala berkenaan, alasannya, dia bukanlah kerana ingin meniru gaya Dato’ Siti, sebaliknya dia sekadar untuk menutup kepala kerana program berkenaan membabitkan sesi mengecat dinding.

Kerana takut rambutnya yang cantik itu terkena cat, maka ada relevannya juga Rozita memakai serkup kepala berkenaan dengan penuh bergaya.

Baguslah macam tu Rozita Che Wan. Perkara remeh-temeh macam ini tak perlu diambil hati sangat. Tapi menurut firasat Murai Batu sekiranya Rozita Che Wan mahu sangat bertudung, tak ada salahnya. Mungkin sudah tiba masanya.

Murai Batu: Suka melihat gaya bertudung beberapa selebriti seperti Nora J, Aida Khalida, Yuna dan Fida. Itulah gaya sebenar untuk bertudung.

Tweet
KONGSI

Murai

18
Aug

Isu SimplySiti Tak Halal: Siti Nurhaliza Akui Terkesan!

Teks oleh Syafiqah Jalal

Photo oleh Mazlan Photography

KUALA LUMPUR, 17 OGOS 2011: Penyanyi tersohor Negara, Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin akui benar-benar terkesan dengan tuduhan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengatakan produk keluarannya, SimplySiti sebagai tidak halal .

Malah, lebih teruk lagi Siti Nurhaliza memberitahu, kejatuhan jualan produknya juga berlaku dengan kadar segera dan ketara sebaik sahaja ada pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan tuduhan tersebut di sebuah laman blog pada 3 Ogos lalu. Laporan dalam blog tersebut juga mendakwa bahawa sampel berus produk SimplySiti telah dikesan mengandungi DNA bulu babi

“Terus-terang tuduhan mengenai SimplySiti tidak halal ini telah memberi kesan dan impak yang besar terhadap jualan terhadap produk kami. Apa tidaknya, bayangkan bila isu ini dibangkitkan pada hari Jumaat, serta-merta pada hari Sabtu dan Ahad jualan kami terus jatuh merudum!

“Selain itu, ia telah secara tidak langsung memburukkan nama baik SimplySiti. Malah, kami dapat tahu ada pengguna yang sudah pun membuang dan terus tidak memakai produk kami. Saya sangat kesal dan sedih dengan pada yang berlaku.

“Sebenarnya, semua yang berlaku adalah dari salah tafsiran beberapa pihak. Memang susah untuk mendapatkan logo halal daripada JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan kami pun menunggu lama untuk mendapatkannya.

“Namun, kami berjaya mendapatkannya sebelum SimplySiti keluar lagi. Kini, kami rasa berbesar hati apabila Jakim sekali lagi menyokong dan membantu meyakinkan orang ramai bahawa produk kami memang halal,” jelasnya kepada murai.com.my

Bagaimanapun Siti Nurhaliza sebelum ini sudah pun mengeluarkan kenyataan balas dari tuduhan tersebut dan menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar dan berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM.

Siti Nurhaliza yang kesal dan kecewa dengan apa yang berlaku bagaimanapun akur dan terima dugaan yang ditempuhi itu sebagai lumrah naik jatuh perniagaan.

“Alhamdulillah, spekulasi ini pun sudah terjawab dan peminat serta pengguna saya pun lega bila dapat tahu tuduhan itu sama sekali tidak benar. Apa-apa pun, saya akur dengan paa yang berlaku. Mungkin ada hikmah daripada semua ini terjadi,”jelasnya dalam selepas majlis doa selamat dan berbuka puasa SimplySiti di Masjid Wilayah, malam semalam.

Bagi mengeratkan ukhwah dan mengucapkan syukur di atas anugerah dan rezeki daripadaNya terhadap produk SimplySiti, Siti turut mengadakan majlis berbuka untuk para wartawan, rakan pernigaan, para pengguna setia dan anak-anak yatim.

“Majlis berbuka puasa ini adalah acara tahunan bagi SimplySiti dan ia memang saat dinanti-nantikan kami. Ini kerana bagi pihak Siti dan SimplySiti sendiri, acara berbuka puasa bersama semua tetamu bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim anatara kami disamping dapat berkongsi rasa syukur di bulan yang mulia ini,” tambahnyanya lagi.

Selain majlis berbuka puasa, Siti serta pihak SimplySiti turut menyampaikan sumbangan dan penyerhanan duit raya buat anak-anak yatim dari rumah Anak Yatim Gombak yang turut hadir serta turut diraikan dalam majlis tersebut.

Tweet
KONGSI

Murai