Home   Wordpress   Log in

Archive for the ‘Murai’ Category

FFM21 - Siti Nyanyi Lagu Filem KaK Pah!

August 9th, 2008 by Joe (Admin) | 25 Comments | Filed in Murai

PUTRAJAYA, 9 OGOS 2008: Malam ini acara kemuncak FFM21 akan dapat kita ikuti buat pertama kalinya dari bandaraya indah dan permai ini. Murai Batu difahamkan, segala persiapan dah pun dilaksanakan dan sesi raptai pun dah berjalan lancar malam tadi.

Selain mahu lihat siapa yang akan menang trofi pelakon dan krew terbaik, ramai peminat ternanti-nanti acara persembahan yang akan menonjolkan bintang-bintang popular.

Tapi yang mengejutkan Murai Batu adalah segmen lagu-lagu filem yang akan membabitkan penyanyi terkenal termasuk Dato’ Siti Nurhaliza, Erra Fazira serta bintang-bintang remaja seperti Nabil Raja Lawak, Stacy AF dan Riz AF6.

Murai Batu anggap ia mengejutkan kerana dalam segmen tersebut, Siti akan menyanyikan lagu Sabar Menanti yang pernah dipopularkan Biduanita Datuk Sharifah Aini dan Broery Marantika. Haa, sambil Siti menyanyikan lagu itu, sedutan aksi Kak Pah yang berlakon dalam filem Hapuslah Air Matamu juga akan ditayangkan.

Dalam dunia hiburan, rasanya ramai tahu bagaimana sentimen antara Siti dan Kak Pah kerana mereka berdua pernah terjebak dengan kes mahkamah pada 2004 dulu berhubung isu SMS fitnahterhadap Siti.Itu semua cerita lama.

Tapidalam hal ini, Murai Batu kagum dengan Siti kerana dia seorang yang profesional dan takpernah berdendam dengan kisah lamanya itu. Kalau tidak, masakan Siti sudi nyanyikanlagu Kak Pah dan Broery itu.

Begitulah juga di pihak Kak Pah kerana Murai Batu sedar Kak Pah pun tak mahu lagi mengenang peristiwa hitam yang pernah ditempuhinya bersama Siti dulu. Malahan,Kak Pah juga mengkagumi lagu tradisional Siti terutama Cindai.

Murai Batu malas nak cakap tapi fahamkemelut yang terjadi dulu sebenarnya berpunca daripada segelintir virus dalam dunia hiburan sendiriyang menjadi batu api neraka dancuba melaga-lagakan Kak Pah dan Siti. Itulah hasad dengki namanya.

Jadi diharapkan perkembangan yang sihat dalam FFM21 ini dapat mengeratkan semula hubungan silaturrahim antara Kak Pah dan Siti. Al-maklumlah, dunia hiburan kita ini kecil sangat dan hidup kita juga sangat singkat. Yang muda kena hormatkan yang senior dan yang senior pula harusbagi galakan kepada yang muda.

MURAI BATU: Hai, tak pasti pula, penganjur FFM21 malam inijemputKak Pah ke tak? Murai Batu nak tunggu juga Riz nyanyi lagu Azura, Stacy(Wajah Rahsia Hati) dan Erra & Nabil (Apek Dan Marjina).Jangan lupa tengok Astro malam ini!


Murai

Saida Pertaruh Single Sedalamnya Cinta

August 5th, 2008 by Joe (Admin) | 6 Comments | Filed in Murai

Teks & Foto oleh Razif Rosdi

Tidak dapat dinafikan bahawa tagline laungan bekas pelajar Akademi Fantasia 6 (AF6), Siti Nursaida Tarudin, 32, atau Saida yang berbunyi OK Le Tu… menjadi antara taglinepaling popular dan catchy.

Mungkin itulahtuahapabila tagline tersebut hasilideasuaminya sendiri, Mohd Ghazali Zikri Yahya, 39, (gambar atas)yang sentiasa menyokong Saida sebelum dan selepas berjuang dalam AF6. Kata Saida, gaya jari telunjukuntuk tagline itu pula dicipta oleh rakan seperjuangan dalam AF6 dulu, Stanly.

Tidak terus tenggelam, baru-baru ini, murai.com.mydiundangmenyaksikan persembahan Saida yang menjadi artis undangan bagi program raya Teratak Siti Nurhaliza bersamaSiti Saerah selainDato’ Siti sendiri.

Dapat dilihat,padarakaman tersebut, Saida sudah banyak berubah. Dia mularamahberinteraksi bersama penonton dan sempatberjenaka setiap kali sebelum rakaman bermula.

“Ini kali pertama Saida berduet dengan Siti untuk program TV. Iajugakali pertama Saida nyanyi lagu tradisional, Empat Daradengan Siti. Peluang sebeginimemang susah nak dapat,” kata Saida yang ditemani Ghazali.

Pada malam itu, Saida sempatmengumumkan single pertamanya bertajuk Sedalamnya Cinta sudah pun siap dan bakal menjengah pasaran dalam waktu terdekat ini.

“Alhamdulillah, Saida baru saja habis rakam single ciptaan Sharon Paul dan lirik tulisanKak Rozie (kakak ipar mereka). Ia merupakanprojekterbitan SNP (Siti Nurhaliza Productions),” ujar Saida.

Paling menarik, murai.com.mybertuah menjadiantarapihak yang terawal mendengar single itu. Selepas menghayatilagu itu,penulis terkejut keranavokalSaida memangberubahberbandingvokalnya sewaktu berjuang dalam AF. Selain itu, Saida juga mampu berlari daripada bayangan vokaladiknya, Siti.

Tidak dinafikan,lagu Sedalamnya Cintabakal menjadi antara lagu paling popular di corong radio tidak lama lagi. Begitulah perkembangan menarik Saida yang nampaknya semakin teruja menjadi penyanyi walaupun kembali sibuk dengan tugasnya sebagai seorangibu.

Hasil perkongsian hidup dengan Ghazali,seorang ahli perniagaan, Saida dikurniakan4 anak iaitu Siti Nurul Nyssa, 11; Anas, 9; Khalid, 5, dan Siti Nurul Mashita, 2.


Murai

MTVAA 2008: Nicholas Tewaskan Datuk Siti

August 2nd, 2008 by Joe (Admin) | No Comments | Filed in Murai

Teks Oleh Ellyna Ali

GENTING HIGHLANDS, 2 OGOS 2008: Penyanyi dan pelakon Nicholas Teo menjadi pilihan ramai apabila dinobatkan sebagai pemenang Artis Pilihan Malaysia dalamMTV Asia Awards (MTVAA) 2008 yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, sebentar tadi.

Kemenangannya yang sama sekali di luar dugaan itu adalah yang pertama buat artis yang merakamkan lagu dalam Bahasa Mandarin ini sekaligus menewaskan saingannya yang turut berada di dalam kategori tersebut iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir serta Pop Shuvit.

“Terima kasih di atas kemenangan yang cukup luar biasa ini. Tanpa sokongan anda, saya tidak mungkin akan berada di sini dan ini menambahkan lagi semangat saya untuk saya terus berkarya,” kata Nicholas, 27, dalam ucapan yang cukup ringkas dan pendek.

Beliau yang pernah menjuarai Astro Talent Quest 2002, memang popular di Taiwan,Hong Kong dan Singapura selain Malaysia. Populariti Nicholas, anak jati Kuching, Sarawak,juga membawa tuah kepadanya untuk menjadi model iklan pelbagai jenama tempatan dan luar negara.

Sementara itu, Pop Shuvit menjadi satu-satunya peserta tunggal Malaysia yang berpeluang berkongsi pentas yang sama dengan artis antarabangsa yang lain untuk beraksidalam segmen persembahan.

Dengan menamakan diri mereka sebagai Project E.A.R, Pop Shuvit bersama gabungan beberapa band muzik yang lain iaitu Ahli Fiqir (Singapura), Slapshock (Filipina), Silksounds & Thaitanium (Thailand) telah berjaya memberikan persembahan yang cukup memukau serta bertenaga menerusi lagu Freakshow dan Marabahaya.


Selain Project E.A.R, artis lain yang turut membuat persembahan pada malam itu ialah Pussycat Dolls, Jabbawockeez, Leona Lewis, OneRepublic, Panic! At the Disco, Super Junior, The Click Five dan The Script.

Malam kemuncakMTVAA 2008 yang berlangsung selama 2 jam lebih itu dikendalikan oleh aktor dan vokalis 30 Seconds To Mars, Jared Leto serta aktres Hong Kong berkaliber, Karen Mok.

Senarai Pemenang MTV Asia Awards 2008

Artis Pilihan Malaysia: Nicholas Teo

Artis Pilihan China: Lee Yun Chun

Artis Pilihan Filipina: Chicosci

Artis Pilihan Hong Kong: Leo Ku

Artis Pilihan Singapura: Stefani Sun

Artis Pilihan Indonesia: Yovie & Nuno

Artis Pilihan Taiwan: Show Lo

Artis Pilihan Korea: Super Junior

Artis Pilihan Thailand: Tor+Sakti

Artis Pilihan Antarabangsa Asia: Linkin Park

Duet Terbaik: Timbaland featuring OneRepublic - Apologize

Anugerah Inovasi: Radiohead

Artis Harapan: Leona Lewis

Bintang Video Pilihan: 30 Seconds To Mars

Persembahan Pilihan: Muse Asia Tour

EDC Style Award: Panic! At The Disco

Inspiration Award: Karen Mok


Murai