Skip to content

Posts from the ‘Metro’ Category

18
Jan

Kes Datuk K ditangguh



SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, semalam menangguhkan permohonan pengurusan kes saman malu terhadap ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K yang difailkan seorang remaja pada 5 Mac depan.

Tarikh itu diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mariana Yahya dalam kamarnya bagi membolehkan pihak defendan menjawab kembali isu dan fakta yang dipersetujuinya bersama plaintif, Muhammed Kasheef Harris Sivapatham.

Plaintif yang diwakili peguam Goben Singh dan Suraj Singh sebelum ini menyerahkan isu dan fakta sama kepada defendan bagi membolehkannya menjawab semula mengenai perkara itu.

Suraj dan Goben serta peguam Gubachan Singh yang mewakili Datuk K, bagaimanapun tidak hadir sebaliknya diwakili peguam Raj Preet Kaur untuk mendengar keputusan dalam kamar.

Pada 13 April lalu, Muhammed Kasheef memfailkan saman malu terhadap Datuk K kerana mendakwa ahli perniagaan itu menahannya secara salah, mencederakan serta memfitnahnya sebagai pengedar dadah.

Plaintif mendakwa kejadian itu berlaku di rumah Khalid di No 3, Jalan Wangsa 13, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor pada 17 Mac 2007, jam 11.30 malam hingga 1 pagi, 18 Mac 2007.

Dalam writ saman itu, Muhammed Kasheef dari No 7, Jalan Kelab Ukay 11, Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, mendakwa pada tarikh itu, dia menerima dua SMS daripada anak defendan, iaitu Mohamed Adib Khalid, 19, meminta dia datang ke rumahnya.

SMS itu dipetik plaintif seperti berikut: ‘Bro, please pick up. My dad wants to see you’ dan ‘Bro, tolonglah aku… angkat phone… my dad cakap kalau kau tak datang dia hendak hentak aku, pls bro’.

Muhammed Kasheef, 19, yang juga rakan Mohamed Adib, mendakwa suami penyanyi Datin Seri Siti Nurhaliza Taruddin cuba merosak dan mencerca reputasi baiknya di kalangan masyarakat dengan menuduhnya penjenayah, tidak berwatak baik, tidak layak bergaul dengan anak defendan, penipu dan tidak boleh dipercayai.

Plaintif mendakwa, defendan dengan niat jahat dan secara melulu menuduhnya pengedar dadah dan memaksanya mengaku sebagai pengedar dadah.

Muhammed Kasheef mendakwa defendan mengeluarkan perkataan ‘kamu ambil dadah’, ‘kamu drug dealer (pengedar dadah)’ terhadapnya yang disifatkannya sebagai fitnah dan dusta.

10
Jan

Hijrah Siti

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

ImageShack

Insaf, rasa kerdil di Tanah Suci

KEPUTUSAN dibuat Datin Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 29, tampil mengenakan selendang di kepala selepas pulang dari menunaikan ibadat haji pada 27 Disember lalu, menerima reaksi pelbagai daripada peminat.

Ada yang menyambut baik keputusan dibuat dan memuji Siti kelihatan manis bergaya begitu. Apatah lagi ia sesuai dengan statusnya yang kini bergelar hajjah dan isteri.

Tidak kurang ada yang meluahkan rasa tidak puas hati kononnya Siti tidak memenuhi janji dibuat sebelum berangkat ke Tanah Suci pada 13 Disember lalu mahu bertudung litup selepas kembali ke tanah air.

Siti tampil buat pertama kali di hadapan umum dengan imej barunya ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi ke-50 pengacara masakan terkenal, Redzuawan Ismail atau Chef Wan, Isnin lalu.

Sempena Maal Hijrah yang disambut hari ini, secara tidak langsung perubahan dilakukan penyanyi yang muncul dengan album terbaru, Hadiah Daripada Hati itu ialah untuk menjadi insan lebih baik berbanding sebelum ini. Esok pula (11 Januari) Siti akan meraikan ulangtahunnya yang ke-29.

Siti menegaskan, dia bersedia menerima apa saja maklum balas diberikan umum membabitkan penampilannya sekarang sama ada positif dan juga negatif.

“Saya tahu ada pihak berasa kurang senang dengan memberikan pelbagai komen dan pandangan peribadi mereka membabitkan perubahan imej ditampilkan ini.

“Begitupun, saya senang tampil secara sederhana. Saya tidak mahu melakukan perubahan drastik. Biarlah perubahan dibuat dilakukan secara perlahan-lahan,” katanya.

Siti yang tetap ceria dan sedia berkongsi pengalaman menunaikan ibadat haji buat kali pertama berkata, dia bersyukur kerana segala-galanya berjalan dengan lancar.

“Saya amat bersyukur kerana ibadat dapat dilakukan dengan sempurna dan teratur. Tiada perkara tidak diingini berlaku. Inilah pengalaman paling manis dalam hidup yang pernah saya lalui.

“Bayangkan melihat jutaan manusia bersama-sama berada di Tanah Suci membuatkan saya berasa insaf dan kerdil. Sesungguhnya Allah itu Maha Besar,” katanya.

Sepanjang bercerita, jelas kelihatan mata Siti berkaca dan senyuman gembiranya sentiasa tergambar di bibir. Katanya, impiannya untuk menunaikan ibadat haji dengan membawa ibunya, Siti Salmah Bachik akhirnya terlaksana.

“Selain itu saya juga gambira apabila suami, Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa dan abang, Saiful Bahri turut bersama. Di sana saya menetap di Hotel Intercon.

“Banyak juga pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Contohnya saya terkejut apabila bangun awal pagi untuk melakukan ibadat di Masjidil Haram, saya tengok ramai orang tidur di kaki lima hotel.

“Melihat akan peristiwa itu membuatkan saya insaf. Apabila kita berada di Tanah Suci, semua manusia tarafnya sama di sisi Allah. Tiada beza darjat dan keturunan,” katanya.

Apapun kata Siti, dia tidak berkesempatan bertemu dengan mana-mana artis tempatan yang sama-sama mengerjakan haji kali ini. Begitu juga dengan rombongan yang bertolak bersama-sama dengannya tiada pegawai kerajaan yang dia nampak kecuali kebanyakan mereka adalah ahli perniagaan.

“Saya terus ke Makkah dan hanya tinggal di Madinah selama dua malam. Begitupun ada satu peristiwa menarik berlaku. Saya terserempak dengan penyanyi dangdut popular Indonesia, Inul Daratista. Waktu itu saya mahu pulang ke hotel sementara Inul pula baru keluar dari hotel yang sama.

“Saya tidak menyedarinya pada awal tetapi melihat wajahnya dari dekat baru saya perasan itu Inul. Kami terus saling bertegur sapa kerana gembira dapat bertemu. Inul pula sempat merakamkan gambar kami bersama,” katanya.

Selain berubah dari sudut penampilan, Siti juga kelihatan sedikit susut. Kata Siti, dia tidak menghadapi masalah kesihatan di sana.

“Cuma apabila berada di Tanah Suci, tidak banyak perkara yang difikirkan kecuali untuk beribadat sepenuhnya. Makan pun hanya sekadar untuk mengisi perut,” katanya.

Penyanyi berasal dari Temerloh, Pahang itu juga tidak banyak membeli barang kecuali tiga helai jubah untuk kegunaan peribadi.

Siti juga menegaskan, penampilannya itu akan dikekalkan termasuklah apabila mengadakan persembahan untuk Anugerah Juara Lagu Ke-22 yang bakal berlangsung pada 27 Januari ini di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Selepas itu penyanyi yang kini popular dengan lagu Ku Mahu, akan memberikan tumpuan penuh pada kerja promosi album Hadiah Daripada Hati.

Selepas 12 tahun dalam bidang seni pencapaiannya cukup hebat. Sehingga kini Siti menerima lebih 140 anugerah. Antaranya Anugerah Industri Muzik (22 anugerah), Juara Lagu (17), Anugerah Bintang Popular Berita Harian (13), Anugerah Era (11) dan Anugerah Planet Muzik (11).

Siti juga mendapat pengiktirafan di luar negara seperti Anugerah Muzik Indonesia, Festival Muzik Shanghai, MTV Asia dan juga Voice of Asia 2002 merangkul Juara Grand Prix.

Profile

Nama Penuh: Datuk Siti Nurhaliza Tarudin

Tarikh Lahir: 11 Januari 1979

Bintang: Capricorn

Keluarga: Anak kelima daripada lapan beradik

Tempat Lahir: Kampung Awah, Temerloh, Pahang.

Status: Berkahwin

Suami: Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa

Hobi: Menonton VCD dan membaca majalah

Warna Kegemaran: Hijau dan pastel

Makanan Kegemaran: Masakan kampung, Thai dan masakan ibu

Minuman Kegemaran: Minuman panas

Muzik Kegemaran: Pop, Alternatif, R&B, Tradisional

Artis Pujaan: Ziana Zain, Celine Dion, Allahyarham Sudirman & P Ramlee

Anugerah: Johan Setia Mahkota (JSM), Paduka Mahkota Perak (PMP), Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), Setia Ahmad Shah (SAP) dan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP yang membawa gelaran Datuk)

7
Jan

Kelibat Siti tidak muncul

KEMUNCULAN kali pertama Datin Seri Siti Nurhaliza selepas pulang dari menunaikan haji di Makkah pastinya dinanti-nantikan peminat untuk melihat perubahannya selepas bergelar hajah.

Apakah penyanyi yang terkenal dengan lagu Biarlah Rahsia itu kini bertudung? Lebih-lebih lagi ketika pelancaran album terbarunya, Hadiah Daripada Hati beberapa hari sebelum pemergiannya ke Tanah Suci pada 13 Disember lalu, mengenakan skaf menutupi sebahagian rambutnya.

Penampilannya itu, secara tidak langsung menguatkan lagi khabar angin kononnya Siti mahu memakai tudung selepas pulang dari Makkah.

Namun harapan peminat dan wakil media untuk melihat penampilan terbaru Siti tidak kesampaian ketika majlis sidang media dan showcase Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22) di Jusco 1 Utama, Bandar Utama Damansara, Sabtu lalu.

Penyanyi tersohor itu dijangka hadir kerana turut berentap dalam kategori pop rock menerusi lagu Destinasi Cinta tetapi tidak tampil pada hari itu, hanya menyaksikan fi nalis lain, Ramlah Ram, Aishah, Nora, Fazli Zainal, Faizal Tahir, Sahri dan Andy Flop Poppy.

Siti dikatakan tidak hadir kerana mahu buat kejutan pada hari kemuncak AJL22 pada 27 Januari nanti dan hanya diwakili kakak iparnya, Rozie Abdul Razak petang itu.

Pengurus Besar Hiburan, Sukan dan Rekreasi TV3, Azhar Borhan, berkata dia hanya dimaklumkan Siti sedang berehat dan tidak pasti apakah benar dakwaan kononnya Siti tidak menghadiri majlis itu kerana mahu membuat kejutan berhubung penampilan terbarunya pada 27 Januari nanti.

“Memang benar Siti sudah pulang dari Makkah tetapi saya hanya dimaklumkan Siti tidak dapat hadir kerana dia mempunyai hal lain selain sedang berehat. Maklumlah Siti baru pulang dari menunaikan haji. Barangkali beliau masih kepenatan.

“Jika ditanya soal persiapannya untuk menghadapi AJL-22, mungkin kami sudah mendapat sedikit gambaran mengenai persembahannya. Tapi kalau penampilan beliau, kami sendiri ternanti-nanti apakah perubahan yang dialaminya, adakah beliau sekarang sudah bertudung,” katanya.

Mengenai kegagalan penyanyi asal lagu Izinku Pergi, Kaer yang disahkan tidak akan bertanding di peringkat akhir nanti dan menyerahkan tanggungjawab itu kepada rakan seperjuangannya, Shari, Azhar berkata, penyanyi itu masih berada di Jakarta melanjutkan pelajarannya.

“Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Kaer melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Jakarta dan begitu sibuk dengan pengajiannya. Sebab itulah pada peringkat separuh akhir lalu, dia meminta rakan baiknya, Sahri menggantikan tempatnya.

“Kebetulan pihak pengurusan Kaer, pencipta lagu itu, Azlan Abu Hassan dan TV3 sudah mempersetujui jika lagu itu layak ke fi nal, tanggungjawab itu tetap akan dilaksanakan Sahri,” katanya.

AJL22 kali ini membawakan tema unik ‘Music Magic’ sebagai satu kelainan daripada tahun-tahun sebelumnya. Acara berprestij itu akan dilangsungkan di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 27 Januari, jam 8.30 malam.

Lebih istimewa, penonton boleh menyaksikan detik-detik terakhir persiapan AJL22 selain melihat aksi selebriti popular dengan gaya dan busana mewah di ‘hamparan permaidani merah’ melalui rancangan khas ‘AJL X-klusif’ jam 7.30 malam.

“Tema ‘Music Magic’, saya kira amat bertepatan kerana muzik mampu mempengaruhi kehidupan kita. Bahkan muzik yang dihasilkan datangnya dari sebuah imaginasi dan khayalan penggubah lagu lalu diterjemahkan ke dalam bentuk lagu,” kata Azhar.

Tidak hanya tema yang meriah, AJL22 juga menggandingkan empat pengacara berbakat besar iaitu dua pengacara program Muzik Muzik, Cheryl Samad dan Faizal Ismail serta Ally Iskandar dan Fara Fauzana.

Pun begitu, ada yang menyifatkan pembabitan pengacara yang terlalu ramai memungkinkan tumpuan program yang pada asalnya ringkas dan padat menjadi meleret-leret sekali gus mengundang lebih banyak kesilapan.

Bagi Pengurus Besar Pengurusan Jenama TV3, Farisha Pawanteh, gandingan ramai pengacara bukanlah kali pertama dilakukan kerana ia dilakukan pihaknya dalam pelbagai program besar sebelum ini tanpa sebarang masalah.

“Mereka yang terbabit dengan AJL22 semuanya berpengalaman dan berbakat maka kami yakin mereka mampu melaksanakan tugas ini dengan baik.

Yang penting, kami mahukan suasana yang lebih meriah.

“Pihak penerbitan juga semestinya memainkan peranan mereka untuk membahagikan tugas pengacara sebalik mungkin sepanjang siaran langsung yang mengambil masa dua setengah jam itu,” katanya.

Majlis petang itu turut diserikan dengan persembahan daripada fi nalis AJL22, Fazli Zainal dengan lagu Harapan, Jinbara (Farhana Bumi Kenyalang), Sofaz (Janjiku), Faizal Tahir (Mahakarya Cinta) dan Nora (Samudera). Turut diadakan acara cabutan nombor giliran peserta pada malam kemuncak nanti.

Jinbara yang mempertaruhkan lagu Farhana Bumi Kenyalang ciptaan Denai dan lirik Andy Rahman menjadi peserta pertama diikuti Nora lagu Samudera (Johan Nawawi/ Ahmad Fedtri Yahya), Fazli (Harapan-Hazami), Siti Nurhaliza (Destinasi Cinta-Lin Li Zen/PSSN), Faizal (Mahakarya Cinta-Audi Mok/Mohd Shariza Shamsiri), Aishah (Kasihnya Balqis-Adnan Abu Hassan/Moharis Yaakup), Misha Omar dan Andy Flop Poppy (Sembunyi- Aidit Alfi an/Loloq) dan Sofaz (Janjiku-Taja/Tass) kelapan.

Sahri (Izinku Pergi- Azlan Abu Hassan/SuluSarawak) mendapat giliran tempat kesembilan, diikuti Mawi (Angan dan Sedar- M. Nasir/Loloq), Jaclyn Victor dan Lah (Ceritera Cinta-Ross Ariffi n/Habsah Hassan), Estranged (Itu Kamu-Estranged/ Rachael Lawrence), Ramlah Ram (Dirgahayu-Radeen Sri/ Hairul Anuar Harun) dan Faizal (Kasih Tercipta-Ajai/Shuhaimi Baba) sebagai peserta terakhir.

Beberapa peserta turut ditemu bual mengenai persiapan mereka menjelang AJL22.

7
Jan

Siti janji kekal bertudung

KUALA LUMPUR: Selepas pulang menunaikan ibadat haji, Datin Seri Siti Nurhaliza Taruddin, 28, buat pertama kali tampil dengan imej bertudung ketika menghadiri majlis hari jadi Chef Wan di Restoran Tarbush, Starhill, Bukit Bintang di sini, malam tadi.
Siti berangkat ke Makkah pada 13 Disember untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu dan selamat pulang ke tanah air pada 27 Disember.

Penyanyi nombor satu negara yang hadir ditemani suami, Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa, ketika ditemui memberitahu, penampilan itu akan dikekalkan.

“Insya-Allah buat masa se- karang inilah penampilan saya dan tudung ini direka khas Datuk Bernard Chandran.

Saya ada beberapa lagi koleksi tudung sama. Rasanya ia sangat sesuai,” katanya ketika ditemui pemberita.

Siti juga menegaskan, dia akan menutup kepala apabila menyertai Anugerah Juara Lagu Ke-22 yang dijadualkan berlangsung pada 27 Januari depan di Stadium Putra, Bukit Jalil.

“Setakat ini, saya belum pasti bagaimana corak tudungnya tetapi apa yang pasti, saya akan menutup kepala.

“Walaupun lagu Destinasi Cinta agak rancak, ia bukan satu masalah kerana cara berpakaian saya sekarang boleh disesuaikan dengan corak persembahan,” katanya .

Begitupun Siti tidak menafikan penampilannya itu akan menimbulkan cakap-cakap belakang di kalangan masyarakat, namun dia mengambil pendirian ‘tidak ambil pusing’ berikutan apa yang dilakukannya ikhlas dan lahir daripada hati.

“Rasanya inilah penampilan sebaik-baiknya. Untuk bertudung litup, Insya-Allah dengan izinNya mungkin saya mengenakannya pada masa depan,” katanya.

Baginya, dia perlu mengambil langkah baik itu secara perlahan-lahan.

Kata Siti lagi, suaminya senang apabila melihat dia bergaya sedemikian dan menyokongnya.

Bercerita lanjut mengenai ibadat dilakukan, kata Siti, dia benar-benar bersyukur kerana tidak banyak halangan dilalui sepanjang menunaikan haji.

“Saya bersyukur kerana impian dan doa saya dimak- bulkan. Sudah lama saya menyimpan impian dan akhirnya terlaksana.

“Pemergian saya menunaikan ibadat haji lebih manis kerana ditemani ibu tersayang, suami dan abang saya, Ayie,”katanya.

18
Oct

Fasha, Sairah makin akrab

oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

Rap
ImageShack

SEKIAN lama meminati Datuk Siti Nurhaliza, akhirnya kerjaya seni menemukan Fasha Sandha, 23, dengan idolanya itu. Malah, hubungan mereka bertambah rapat sejak dilantik sebagai duta produk penjagaan rambut Pantene selain menjayakan iklan itu bersama-sama.
SEKIAN lama meminati Datuk Siti Nurhaliza, akhirnya kerjaya seni menemukan Fasha Sandha, 23, dengan idolanya itu. Malah, hubungan mereka bertambah rapat sejak dilantik sebagai duta produk penjagaan rambut Pantene selain menjayakan iklan itu bersama-sama.

Ekoran kerap bertemu Siti, gadis jelita ini mula bersahabat baik dengan adik kepada penyanyi tersohor itu. Siapa lagi kalau bukan Siti Sairah yang sering menemani Siti di mana-mana majlis.

Tanpa disedari, dia dan Sairah mempunyai keserasian lalu menjadi semakin akrab. Lebih bermakna sempena sambutan Aidilfi tri ini Fasha akan meraikan Aidilfitri bersama keluarga Siti dan irah.

“Jika tiada halangan saya akan beraya di Kuala Lipis sama ada hari raya ketiga atau keempat. Walaupun kami berkawan hampir tiga tahun dan sering mengunjungi keluarga masing-masing, inilah kali pertama saya meraikan Aidilfi tri bersama keluarganya.

“Sebenarnya, pak cik Taruddin (bapa Sairah) yang saya panggil abah berharap sangat saya dapat beraya dengan keluarga mereka. Insya-Allah, jika ada kesempatan saya pasti menunaikan permintaan abah,” katanya.

Fasha berkata, berbeza dengan tahun sebelumnya buat julung kali dia dan keluarga mengambil keputusan beraya di Kuala Lumpur.

“Raya pertama kami akan berada di Kuala Lumpur untuk meraikan sanak saudara dan rakan taulan terdekat. Manakala pada hari raya kedua kami sekeluarga pulang ke kampung halaman datuk dan nenek sebelah ibu di Perlis.

“Seperti biasa setiap kali hari raya kami tidak pernah lupa menziarahi kubur adik Nur Farisha Sandha yang meninggal dunia lima tahun lalu akibat penyakit buah pinggang.

“Berhubung persediaan Aidilfitri, seperti biasa saya masih menyambutnya secara sederhana. Cukup dua baju, selebihnya persiapan tertumpu pada ibu dan adik-adik. Syukur, kakak turut membantu meringankan tanggungjawab saya,” katanya.

Bercuti selama seminggu, Fasha dijangka kembali sibuk dengan projek terbaru yang khabarnya penggambaran drama bersiri Natasha musim ketiga.

Pada masa sama, dia juga terbabit dengan promosi filem Nana Tanjung yang bakal menjengah pawagam tidak lama lagi, disusuli filem romantik komedi, 9 September.

Selain itu, Fasha juga sedang mempertimbangkan beberapa tawaran kontrak sebagai duta produk jenama terkenal termasuk menyambung semula kontraknya bersama Garnier.

Temubual dan fotografi di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur itu tidak hanya tertumpu kepada Fasha. Sebaliknya sahabat baiknya, Sairah turut menyerikan sesi fotografi itu.

Kata Sairah, Fasha seorang yang begitu menghargai persahabatan dan amat mengambil berat rakan-rakannya.

“Kami berkawan sejak tiga tahun lalu, namun kali pertama bertemu Fasha dia mudah mesra dan apabila berkawan dia sangat menjaga persahabatan.

“Mungkin keramahan dan sikap ambil beratnya itulah membuatkan orang sering tersalah tafsir hubungan baik Fasha dengan rakan artis lelaki. Namun, sebagai insan yang paling rapat dengannya, Fasha tidaklah sebagaimana yang mereka gambarkan.

“Persamaan kami kerana kedua-duanya suka berbincang dalam semua hal selain sering meminta pendapat. Kami juga berkongsi minat sama iaitu suka menyanyi.

“Kehadiran Aidilfi tri ini tentunya lebih bermakna kerana dapat meraikan hari raya bersama kawan baik saya sendiri di kampung. Semoga dapatlah Fasha beraya di Kuala Lipis pada hari raya ke empat sebagaimana dirancang.

“Mengenai rancangan beraya ke rumah kak Siti dan Datuk K bergantung pada kelapangan mereka, maklumlah sekarang ini kak Siti sudah berkeluarga selepas beraya dengan keluarga kami pastinya dia akan ke rumah mentua pula,” katanya.

Sairah yang mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya Elyas Tahir, 24, berkata sekalipun berkahwin dia akan pastikan hubungannya dengan Fasha baik sebagaimana sekarang.

Menyentuh perkembangan terbarunya selepas saban tahun menyimpan hasrat merakamkan album, impian gadis berkulit sawo matang ini semakin menjadi kenyataan. Bagaimanapun, sebagai langkah pertama dia akan mengedarkan single terlebih dulu.

“Single pertama sudah dirakamkan Ramadan lalu tetapi saya tidak sendirian kerana Alya One In Million turut terbabit dalam projek ini. Senang cerita, sekarang ini saya dan Alya menubuhkan kumpulan dan sedang mencari beberapa lagi anggota baru.

“Nama kumpulan hanya akan ditetapkan selepas semua proses itu selesai. Bagaimanapun, selepas raya ini kami cuba memasarkan single yang buat masa ini belum berjudul ciptaan Cat Farish sekali gus mencari syarikat rakaman untuk menerbitkan album penuh,” katanya.

9
Oct

Siti Nurhaliza sudah selamat melahirkan anak?

RASANYA baru beberapa hari lalu SS menonton Datuk Siti Nurhaliza di televisyen. Orangnya masih cantik dan tiada sebarang perubahan drastik yang berlaku pada tubuhnya atau menampakkan tanda dia berbadan dua.

Tup! tup! SS menerima panggilan dari seorang rakan yang mengatakan Siti Nurhaliza sudah selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.4 kilogram di Hospital Gleneagles, Ampang.

Apa lagi, terkejut beruklah SS sebaik mendengar khabar berita itu. Apa tidaknya mengandung tidak, perut pun tak nampak tiba-tiba saja Siti dikatakan sudah beranak.

Kalau iye pun dia ambil anak angkat takkanlah sampai orang tergamak reka cerita mengatakan dia sudah bersalin.

Ha…jangan terkejut Siti Nurhaliza yang dimaksudkan SS bukanlah Datuk Siti Nurhaliza yang kahwin dengan Datuk K tu tetapi Siti Nurhaliza menantu kepada gitaris tersohor, Man Kidal.

Alah!, gadis Jepun yang berkahwin dengan anak sulung Man Kidal, Elly yang kacak dan pernah menganggotai kumpulan Sunday.

Dengan kehadiran orang baru, nampaknya bertambah bermakna dan meriahlah sambutan Aidilfitri bagi keluarga Man Kidal kali ini. Kalau dulu seorang cucu (anak kepada anak keduanya, Farah) sekarang ini balik kampung dengan dua cucu.

Kesempatan ini, SS ingin mengucapkan tahniah kepada Man Kidal sekeluarga dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Soseh-soseh: Man Kidal dapat cucu

24
Sep

Siti kini kurang eksklusif?

Oleh Hartati Hassan Basri

SEJAK bergelar isteri, kehadiran Datuk Siti Nurhaliza dilihat ada di mana-mana sebagaimana lagu dari album Transkripsi, Siti Situ Sana Sini sampaikan dalam satu majlis pelancaran sebuah restoran nasi ayam, baru-baru ini, gambarnya memotong ayam menjadi tumpuan.

Siti dikatakan menjaja kehidupan peribadi untuk meraih publisiti.

Bermula sidang media mengumumkan berita pertunangannya, menjual hak eksklusif majlis perkahwinannya kepada stesen televisyen untuk menyiarkan majlisnya secara langsung.

Malah, ada program khas paparkan percintaan dan perkenalannya dengan suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa.

Begitu juga majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-28 pada Januari lalu diikuti ulang tahun pertama perkahwinannya, baru-baru ini.

Ini berbeza sebelum kahwin kerana Siti meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-25 dalam suasana meriah bersama media.

Terbaru, Siti sudi menjadi artis undangan program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) musim ke-10 yang memaparkannya menikmati hidangan bersama pengacaranya, Maria Tunku Sabri.

Rakaman program berkenaan diadakan di Restoran MyThai, Starhill, Jalan Bukit Bintang.

Apakah Siti kini tidak lagi mengawal penampilannya di khalayak ramai? Bagaimanapun, Siti mempunyai alasannya sendiri.

Katanya, dulu dia terlalu sibuk dengan jadual kerja hingga tiada masa terluang untuknya menghadiri majlis seperti itu.

“Dulu bukan saya tidak mahu, tetapi tiada masa. Sekarang saya agak lapang kerana tumpuan utama bukan lagi kerjaya tapi rumah tangga.

“Tidak timbul soal jaga eksklusif atau tidak kerana semuanya bergantung kepada kelapangan. Contohnya hadir di majlis pelancaran restoran nasi ayam.

“Dulu saya pernah diajak, tetapi tiada kesempatan itu. Tapi baru-baru ini saya ada masa lapang, apa salahnya hadir. Ia juga sebagai tanda sokongan saya kepada rakan artis.

“Begitu juga menjayakan program Jalan-Jalan Cari Makan, mereka sudah cuba mengundang saya sebelum ini, tetapi baru kali ini berkesempatan,” katanya ketika rakaman JJCM, baru-baru ini.

Siti yang tampil ringkas tengah hari itu berkata, apabila keutamaannya kini berubah dari kerjaya kepada keluarga, jadual waktunya memenuhi undangan menyanyi juga dikurangkan untuk memberi tumpuan kepada rumah tangga.

“Apabila ada masa lapang, saya cuba memenuhi semua undangan, hingga adakalanya saya menghadiri enam majlis dalam sehari pada satu hujung minggu.

“Dulu apabila saya tidak dapat penuhi banyak undangan kerana sibuk, ada orang mengata. Sekarang apabila saya penuhi undangan, orang mengata juga. Apa boleh buat kerana saya tidak mampu menghalang orang daripada bercakap perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Maria mengakui pihaknya beberapa kali cuba mendapatkan Siti menjayakan program itu, tetapi baru kini berjaya.

Katanya, semua itu juga kerana usaha penerbit, Nurhul Huda Khalid.

“JJCM musim ke-10 mempunyai konsep baru yang memberi tumpuan kepada restora menarik yang ada di pusat beli-belah di Lembah Klang. Kami juga tampilkan artis terkenal,” katanya.

Untuk rakaman di Restoran MyThai, Siti dan Maria menikmati hidangan istimewa seperti meng kam, udang galah masak asam dan stim ikan garupa.

JJCM yang disiarkan setiap Ahad, jam 6 petang sejak 9 September lalu menjalankan penggambaran bersama beberapa artis terkenal sebelum Ramadan dan akan disambung selepas raya. Sepanjang bulan puasa ini, mereka sibuk di studio untuk proses suntingan.

Maria, 36, yang juga penerbit program ini berkata, sejak bersama JJCM selama sembilan tahun, dia rasa program berkenaan begitu bermakna dalam hidupnya.

18
Sep

Soseh-soseh: Masalah kos punca album Konsert Istana Cinta tertangguh

SETIAP kali Datuk Siti Nurhaliza menjayakan konsert, selalunya akan muncul albumnya atau video cakera padat video (VCD) mengenai rakaman sepanjang konsert. Antaranya konsert di Bukit Jalil, konsert Sudirman dan juga konsert di Royal Albert Hall, London.
Tapi SS tidak nampak pula album mengenai konsert terbaru Siti, Konsert Istana Cinta yang menghargai Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma di Istana Budaya, Kuala Lumpur, Mei lalu. Ia turut dijayakan penyanyi baru, Fazli Zainal.

Kata kawan SS, dia ada bertanyakan perkara itu kepada pihak Siti. Kata kawan SS, sememangnya pihak Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd (SNP) berhasrat menerbitkan album konsert itu. Malah, proses suntingan sudah siap dilakukan.

Kawan SS kata, masalahnya kini SNP menghadapi masalah dengan pemuzik yang menjayakan konsert itu. SS difahamkan, setiap pemuzik terbabit menuntut bayaran individu kalau SNP mahu menghasilkannya dalam bentuk album.

Masalahnya, konsert itu membabitkan pemuzik orkestra dan kalau tidak silap SS hampir 50 pemuzik menjayakannya. Kalau setiap seorang meminta RM1,000 misalnya, kos untuk pemuzik saja RM50,000. Itu belum lagi kos rakaman, suntingan, kulit album dan macam-macam lagi.

Pihak SNP juga tidak berani melabur setinggi itu kerana jualan album konsert juga bukanlah besar dan tidak begitu menguntungkan. Sebab itulah album konsert itu masih tertangguh hingga kini.

2
Aug

Pelakon kena cuci hotel

Oleh Ellyna Ali
elly@hmetro.com.my

Rap
PELBAGAI kesukaran dilalui pengarah Shuhaimi Baba dalam merealisasikan filem patriotik arahan terbarunya, 1957- Hati Malaya yang bakal ditayangkan pada hari raya nanti.

Selain berdepan masalah bajet serta kekurangan sokongan pihak tertentu, Shuhaimi dan team produksinya di Pesona Pictures Sdn Bhd turut mengalami kesulitan mencari bangunan bersejarah untuk props serta latar belakang filem ini.

Dalam sidang media khusus diadakan untuk memperkenalkan barisan pelakon 1957- Hati Malaya serta pelancaran laman web filem itu baru-baru ini, Shuhaimi berkata, kesukaran dialami itu menyebabkan filem terbarunya ini paling sukar dihasilkan.

“Kami terpaksa menyediakan beberapa pelan bagi memastikan pembikinan filem ini dapat dijayakan hingga ke saat akhir. Pada awalnya, kami merancang membuat filem ini seperti Ghandi dengan peruntukan bajet RM14 juta hingga RM16 juta.

“Namun apabila semua itu tidak dapat dilaksanakan, kami terpaksa memilih pelan terakhir iaitu plan E yang menggunakan bajet RM3.6 juta untuk menghasilkan filem ini,” katanya.

Katanya, cabaran paling besar yang mereka hadapi apabila terpaksa membersihkan bangunan Hotel Majestic dan Hotel Station untuk digunakan dalam filem ini.

“Memandangkan keadaan di kedua-dua bangunan itu berada dalam kondisi yang tidak begitu terurus, penerbit eksekutif filem ini, Aida Fitri Buyong bersama-sama krunya terpaksa membawa lori dipenuhi cecair peluntur untuk membersihkan tempat itu.

“Kita terpaksa berbuat demikian bagi memastikan barisan pelakon kita dapat duduk dan menginap di hotel itu dengan selesa.

“Apa pun saya bersyukur filem ini akhirnya dapat diselesaikan. Malah, komitmen diberikan barisan pelakon juga tidak berbelah bagi.

“Saya juga terpaksa berterima kasih dengan bahagian penerbitan filem ini kerana berjaya menangani setiap masalah yang timbul. Begitu juga keluarga Tunku Abdul Rahman yang sudi datang membantu apabila kami yang kekurangan rujukan mengenai beliau,“ katanya.

Namun, Shuhaimi mengakui, ada kalanya dia dan team produksinya terpaksa menggunakan lesen kreatif sebagai jalan penyelesaian menyiapkan filem ini misalnya penggunaan rumah Tunku Abdul Rahman sewaktu pilihan raya pertama diadakan.

“Memandangkan tiada sebarang rujukan mengenai rumah pemimpin negara itu direkodkan dalam bahan sejarah, kami terpaksa menggunakan imaginasi sendiri untuk mewujudkan rumah itu.

“Kami sedar mungkin akan ada pihak tidak berpuas hati dengan tindakan kami lakukan ini. Namun, pada masa sama, kami sudah bersedia menerima segala kemungkinan,” katanya.

Dalam pada itu, Shuhaimi berkata, sewaktu penyelidikan dilakukan sepanjang tahun lalu, mereka sendiri tidak begitu jelas serta memahami sejarah kemerdekaan negara yang dicapai pada 1957.

“Kekurangan bahan untuk rujukan menyukarkan lagi kami memahami apa sepatutnya kami tahu mengenai sejarah kemerdekaan negara.

“Namun, kami tidak punya pilihan selain membaca berpuluh buku, dokumen, akhbar termasuk meneroka pelbagai tempat hingga ke London untuk mencari fakta daripada mereka yang berdepan sendiri dengan peristiwa bersejarah itu.

“Adakalanya salah seorang daripada kami terpaksa menjadi guru sejarah bagi memastikan setiap yang berada dalam produksi ini faham dengan fakta sejarah yang kami gunakan.

“Apa pun, saya sangat berharap dengan adanya filem ini nanti, ia dapat dijadikan rujukan penuntut di sekolah atau pusat pengajian tinggi,” katanya.

“Banyak sebenarnya perkara tidak dinyatakan dalam buku teks sekolah terdapat dalam filem ini. Sebab itu, saya berharap sangat filem ini akan dapat jadi rujukan bagi golongan penuntut,” katanya.

Menghasilkan 1957- Hati Malaya ini turut menyedarkan Shuhaimi negara ini kekurangan bahan dari segi sosial sejarah.

“Dalam proses menuntut kemerdekaan negara dan juga beberapa mesyuarat dihadiri pemimpin negara kita, memang ada ditulis tetapi dokumen itu tidak secara mendalam dan emosi mereka yang berjuang menuntut kemerdekaan negara ketika itu juga tidak digambarkan sama,” katanya.

“Misalnya apa yang berlaku dengan Datuk Onn Jaafar yang menjadi pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).

“Apabila beliau mengambil keputusan mengundurkan diri daripada Umno, tiada catatan yang dibuat mengenai perasaan dan emosinya ketika itu,” katanya.

1957- Hati Malaya dijayakan Zaefrul Nordin sebagai Datuk Onn Jaafar, Kamarulzaman Taib (Tunku Abdul Rahman, Maya Karin sebagai Salmi/Normala, Rusdi Ramli (Hali/Zahari), Sharifah Amani (Ani/Aishah), Adlin Aman Ramli (Rafik/Razhan), Kavitha Sidhu (Khalilah), Ida Nerina (Halimah) dan Nanu Baharuddin (Sharifah Rodziah).

Turut menjayakan filem ini, Liza Othman (Ibu Zain), Ngasrizal Ngasri (Sardon Jubir), Rozie Rashid (Puteh Maria), Kee Thuan (Tan Cheng Lock), Azhar Sulaiman (Anuar Malek), Na’a Murad (Abdul Razak) Dosulas Lim (Ang Lee/Lau Man Tak), Chacko Vadaketh (EEC Thuraisingam).

Filem mendapat tajaan Digi Communication ini menggunakan teknologi HD bersama kesan khas CGI untuk menghasilkan gambaran era masa lampau. Lokasi penggambaran dilakukan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Johor, Pulau Pinang dan Kedah.

Album runut bunyi filem ini mengetengahkan dua lagu tema iaitu Perlu Kamu ciptaan Ajai dan dinyanyikan sendiri Ajai bersama Krisdayanti serta Hati Malaya gubahan Sharon Paul nyanyian Datuk Siti Nurhaliza. pula akan berada di pasaran pada September ini.

31
Jul

Soseh-Soseh: Liza Hanim jadi Saloma?

Rap
Minggu lalu Harian Metro ada menyiarkan berita mengenai barisan artis yang ditawarkan Enfiniti Production Sdn Bhd untuk membintangi teater muzikal My Name Is Remy.

Antara nama artis yang disebut termasuklah Datuk Siti Nurhaliza, Ning Baizura dan Camelia sementara watak P Ramlee disebut-sebut bakal menjadi milik Sean Ghazi. Bagaimanapun, tiada pengesahan dibuat pihak Enfiniti Production memandangkan kontrak belum ditandatangani artis yang disebutkan namanya itu.
Terbaru SS mendapat khabar artis dipilih membintangi drama yang dianggarkan menelan belanja lebih RM1 juta itu berubah lagi.
Menurut sumber terdekat Enfiniti Production, watak Allahyarham Puan Sri Saloma sebenarnya bukan milik Siti Nuhaliza sebagaimana digembar-gemburkan, sebaliknya diberikan kepada penyanyi berbakat besar, Liza Hanim. Camelia pula dikatakan tidak terbabit langsung dalam teater itu.
Pemilihan Liza Hanim dibuat berdasarkan suaranya yang dikatakan ada mirip Saloma dan sebelum ini pun penyanyi itu pernah menghasilkan album menghimpunkan lagu yang pernah dipopularkan Biduanita Negara itu.
Bagi mendapatkan pengesahannya, rakan sekerja SS cuba juga menghubungi artis yang disebutkan termasuklah Siti dan Ning, tetapi kedua-duanya tutup mulut dan enggan mengulas panjang.

Nampaknya makin hari makin mendebarkan menanti barisan pelakon teater ini. SS harap Datin Sri Tiara Jacquelina cepat-cepat umumkan senarai nama mereka yang dipilih untuk pementasannya yang bermula 18 Oktober nanti untuk menutup segala spekulasi ini.
Sebelum ini kecoh dengan kisah M Nasir mencari Saliha untuk berlakon dengan Mawi dalam filem Aduh saliha tetapi selepas timbul macam-macam spekulasi, akhirnya M Nasir menerusi Saliha dan nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin diumumkan baru-baru ini.
Dalam sehari dua lagi mungkin siapa yang jadi Saloma dan P Ramlee dalam teater My Name Is Remy akan terjawab pula.