Siti Nurhaliza Concert
“SITI NURHALIZA CONCERT
Harbour Pavilion
Last Saturday
By HELMI YUSOF
SITI NURHALIZA must belong to a rare breed of Malay performers: a lovely woman with a powerful voice, whose music and personality appeal to almost all types of music lovers.
At her concert last Saturday, the 21-year-old Malaysian was able to make a six-year-old boy sitting in the fifth row and a 60-year-old grandmother in the 50th row sway their bodies unabashedly to her music.
Mind you, that grandmother was in a traditional baju kurung and headdress, no less.
It was her warm and genuine personality as much as her music that made them trust her.
There was nothing about the sweet songstress that rang false, as she chatted affectionately and at length to the audience after every two or three songs.
Indeed, each time a member of the audience made an audible wisecrack, she would stop herself in mid-sentence to respond to it. When the fans could not stop heckling, she cooed lovingly: “”Be patient.”"
The calmer she was, the more frenzied they became.
She also remained true to her squeaky clean image. The 10 outfits she appeared in flattered her svelte figure but revealed very little flesh.
She also shied away from inviting a male member of the audience onstage.
Each time she asked for a volunteer to join her on stage, thousands of men would stretch out their hands or stand on their chairs eagerly, but she invariably picked a woman or child.
She knew their frustration, and she teased them with “”Oh come now, you men… you don’t have to get jealous.”"
(Press reports say that she refuses to pose for publicity shots with a male singer unless there is a “”good reason”" for it.)
Like her personality, her powerful vocals struck nary a false note. She performed a repertoire of songs from her last six albums that ranged from pop and jazz to traditional numbers.
With the help of 24 dancers, a 12-man band and six back-up singers, she kept the momentum and excitement of the concert going.
The audiences went wild over familiar favourites like Jerat Percintaan (Trapped In Love), Engkau Bagaikan Permata (You Are Like A Jewel) and Cindai (Silk Cloth).
Like an appreciative music student too, she devoted a segment of her concert to the late Malaysian singer-songwriter Sudirman, whose life and music she “”deeply respected”", she said.
She sang his classics like Balik Kampung (Going Back To The Village) and Basikal Tua (Old Bicycle).
Her talent notwithstanding, something should have been done to improve her wardrobe.
There were stunning dresses, like a long purple gown that she wore during two ballads and a blue Barbie-doll dress with a big skirt that made her look like a bona fide princess.
But there was also a tacky, black, shiny catsuit with numerous little lightbulbs embedded in it. When the stage lights were switched off, she looked like a vibrating Christmas tree.
Then, there was that strange striped glow-in-the-dark suit, complete with luminous sunglasses. You guessed it — she looked like a clown.
But these tasteless outfits seemed to mean nothing to the 4,800 fans there.
The men wanted to take her home to their mothers, the mothers wanted their sons to take her home, the younger women wanted to be her best friend while all the kids wanted her for an aunt or a sister. Oh Siti, you heartbreaker you…
http://www.hkentreview.com/2000/march/0319/0319.html”
Konsert Di Singapura.
“SITI NURHALIZA – EKSKLUSIF: KONSERT DI SINGAPURA SITI NURHALIZA DIBAYAR RM 1/4 JUTA?
Mendendangkan sebanyak 29 buah lagu daripada album-albumnya serta menukar pakaian sebanyak sembilan helai, Siti Nurhaliza benar-benar berjaya membuatkan hampir 5,000 peminat setianya di Singapura dilanda histeria.
HAI sendiri turut berpeluang menyaksikan konsert Siti yang buat julung kalinya diadakan di luar negara pada 18 Mac lalu.
Sejak dari awal, peminat sudah membanjiri Harbour Pavilion di World Trade Centre, tempat berlangsungnya konsert ini dan masing-masing ternyata sudah tidak sabar menantikan persembahan istimewa Siti.
Sekalipun konsep persembahan Siti sama degna konsertnya di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, yang diadakan pada Oktober tahun lepas, atas permintaan penganjur iaitu Kg. Productions. Namun dari segi pemilihan lagu-lagunya, menurut Siti yang ditemui sebaik selesai mengadakan persembahan, terdapat sedikit perbezaan.
“”Konsep persembahan Siti memang tak jauh berbeza dengan konsert di Bukit Jalil sebab ini adalah atas permintaan penganjuranya. Cuma dari segi pemilihan lagu, Siti terpaksa ubah mengikut cita rasa peminat Singapura.”"
“”Alhamdulillah…Siti gembira dan bangga kerana konsert sulung Siti di luar negara mendapat sambutan menggalakkan.”"
“”Bagaimanapun Siti akui, setiap yang berjaya dilakukan, pastinya ada beberapa rintangan dan halangan. Tetapi semua itu dapqat diatasi,”" ujarnya yang merancang untuk mengadakan konsert di Brunei Darussalam, Jepun dan berkemungkinan di Taiwan selepas ini.
HAI! HAI! HAI! SITI NURHALIZA – SITI KECEWA
Ditanya apakah halangan yang terpaksa ditempuhinya untuk menjayakan konsert pertamanya di negara luar, kata Siti yang telah pun berada di Singapura sejak 13 Mac lalu:
“”Sebenarnya sejak Siti tiba di sana, Siti terus mengadakan latihan di studio Sriwana. Malah semasa orang sibuk berhari Raya Haji, Siti juga sibuk. Tapi sibuk dengan latihan.”"
“”Tapi ketika itu, Siti hanya mengadakan latihan dengan penari-penari Sriwana. Sebab rombongan dari Malaysia seperti krew, penari dan pemuzik hanya tiba pada Hari Raya Haji(16 Mac).”"
“”Bagaimanapun, Siti rasa kecewa sedikit sebab Siti tak dapat buat latihan yang sempurna dan mencukupi. Mana taknya, 17 Mac baru kami dapat buat latihan di Harbour Pavilion.”"
“”Sepatutnya buat latihan dan full dress jam 12.00 tengah hari hari itu tapi terpaksa dibatalkan kerana masalah teknikal. Oleh kerana kami tak mahu menggangu mereka yang sibuk dengan persiapan pentas dan peralatan, Siti hanya mua berlatih jam 10.00 malam sampailah 12.00 tengah malam.”"
“”Esoknya pula(pada hari konsert), Siti buat latihan setelah berpuas hati dengan sistem bunyi. Dari pagi Siti di sana, hanya pada jam 5.00 petang baru Siti dapat mula berlatih dan menjelang jam 7.00 malam, baru Siti berhenti.”"
“”Bayangkan Siti ada selama satu setengah jam sahaka untuk bersiap-siap sebelum konsert bermula. Masa itulah terkejar-kejar nak mandi, nak bersolek dan sebagainya. Oleh kerana masa suntuk, Siti tak balik ke hotel.”"
“”Memang meletihkan. Malah orang kata, macam cari nahas. Kalau tak kuat iman…lemah semangat, memang habis…Alhamdulillah…Siti tak patah semangat dan ada keyakinan diri.”"
“”Walaupun dah penat sangat…Tapi Siti tetap berikan persembahan yang terbaik,”" jelas Siti yang menerima pelbagai barangan cenderamata dari pada peminatnya sepanjang konsert berlangsung.
Tambah Siti, “”Selepas selesai konsert ini barulah senang rasa hati. Kalau nak tahu, tiga hari sebelum konsert, Siti langsung tak boleh lelap mata.”"
“”Rasa berdebar-debar ada, risau ada…macam-macam lagilah Siti rasa. Bukannya apa, biarpun Siti tahu Siti mempunyai peminat di Singapura, tetapi Siti tak tahu macam mana sambutannya.”"
“”Mampukah Siti menghiburkan orang di sini? Syukurlah, sekarang semuanya dah beres…Barulah Sitiboleh tidur lena,”" akuinya kepada HAI.
Biarpun konsert sudah selesai dan dia keletihan, Siti tetap tersenyum manis melayan peminatnya.
Seramai 69 peminat bertuah iaitu mereka yang membeli tiket berharga S$300(RM690) berpeluang bertemu dengan Siti secara eksklusif.
Biarpun konsert berakhir kira-kira jam 11.30 malam, hanya jam 1.30 pagi, barulah Siti ‘bergerak’ pulang ke hotel penginapannya di Hotel The Elizabeth, berdekatan Orchard Road.
Antara lagu yang didendangkan pada malam tersebut ermasuklah lagu-lagu popularnya seperti Engkau Bagaikan Permata, Kau Kekasihku, Jerat Percintaan, Purnama Merindu, Nian Di Hati, Cindai, Satu Hati Satu Jiwa, Bisikan Asmara
dan Aku Cinta Padamu.
HAI! HAI! HAI! SITI NURHALIZA – BAYARAN MAHAL
Namun paling membanggakan bagi seorang artis muda negara ilah apabila tiket paling mahal yang berharga S#300 bagus terjual.
Malah harga tiket ini lebih mahal daripada harga tiket bagi menonton konsert bintang terkemuka dunia, Mariah Carey yang mengadakan persembahannya di Singapura, lima hari sebelum konsert Siti.
“”Sebenarnya Siti risau juga dengan sambutan untuk konsert ini sebab tak sampai seminggu, superstar dunia mengadakan konsertnya di sini.”"
“”Tapi syukurlah…Peminat Siti memberikan sokongan yang baik terhadap konsert ini.”"
“”Ini menunjukkan satu perkembangan positif bagi industri seni tanah air kerana artis kita sudah diktiraf. Peminat sanggup mengeluarkan wang untuk menonton persembahan artis Melayu.”"
“”Biasanya, layanan first class ini hanya diperolehi oleh artis-artis luar negara. Jadi apabila mereka sanggup membeli tiket Siti yang mahal, Siti rasa terharu dan sangat berbangga.”"
“”Bagaimanapun hanya tiket yang tinggi ini bukanlah kerana ‘letak harga’ atau nak demand…Tetapi ada keistimewaan kepada mereka yang membeli tiket berharga S$300 ini.”"
“”Antaranya ialah berpeluang bertemu dengan Siti secara personally. Ini adalah taktik pihak pengajur yang Siti rasa memberi faedah kepada artis dan peminat,”" ujar Siti yang agak terkilan kerana tidak dapat menonton persembahan Mariah Carey itu.
Selain tiket berharga S$300, tempat duduk bagi tiket-tiket berharga S$120(RM276), S$80(RM184) dan S$50(RM115) turut penuh dengan peminat setianya.
HAI! HAI! HAI! SITI NURHALIZA – LUMAYAN
Dengan populariti yang dimiliki oleh Siti sekarang ini, pihak pengajur sanggup mengeluarkan konsertnya di republik tersebut.
Khabarnya, bagi konsert keduanya ini, pihak pengajur telah sanggup membayar Siti sebanyak S$100 ribu atau kira-kira RM1/4 juta. Benarkah penyani ini mendapat bayaran selumayan itu?
“”Sebenarnya bayaran yang Siti terima tak sampai pun sebanyak itu…Kala u nak diikutikan, separuh daripada bayaran yang diperkatakan itu pun tidak…”"
“”Dan kalau nak tahu, setiap bayaran yang Siti terima, bukan untuk Siti seorang sahaja. Siti kena juga membayar kedapa krew, penari, pemuzik dan sebagainya,”" jelas Siti.
HAI! HAI! HAI! SITI NURHALIZA – SIAPA TETAMU ISTIMEWA YANG MENONTON KONSERT SITI?
Khabarnya, terdapat tetamu istimewa yang menonton konsert Siti pada malan tersebut.
“”Sebenarnya tertamu ini ialah seorang lelaki Jepun yang sanggup membeli tiket paling mahal dan duduk di depan pentas untuk menonton persembahan Siti.”"
“”Malangnya, Siti tak tahu siapa nama lelaki Jepun itu. Cuma yang Siti tahu dia memang meminati Siti dan memiliki semua album-album Siti. Malah semasa Siti mendendangkan lagu Kau Kekasihku, Siti nampak mulutnya pun terkumat-kamit menyanyi bersama,”" cerita Siti.
Khabarnya juga, ada orang Taiwan yang turut menyaksikan konsert Siti dan mahu membuat satu konsert untuk Siti di negara tersebut.
“”Sebenarnya orang Taiwan itu adalah kawan Mr Tan(Pengarah Urusan SRC). Memang Siti dengar, dia berminat nak mengadakan konsert Siti di Taiwan. Kalau betullah, alhamdulillah…Rezeki Siti. Malah itulah caranya untuk Siti memperkenalkan diri di negara orang,”" tambahnya.
HAI! HAI! HAI! SITI NURHALIZA – KONSERT KEDUA DI SINGAPURA
Selepas kejayaan konsertnya ini, Siti sekali lagi telah dijemput untuk mengadakan konsert keduanya di republik ini. Bagaimanapun kali ini, ia bukanlah konsert solo Siti sahaja, sebaliknya menggabungkan artis dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.
“”Selain Siti, khabarnya, Anita Sarawak dan Hetty Koes Endang akan dijemput untuk mewakili negara masing-masing. Siti memang dah lama teringin nak bertemu dengan mereka ini.”"
“”Terutama sekali Hetty kerana Siti memang meminatinya dan semasa Siti menyanyi di majlis kenduri kahwin dulu, Siti selalu bawa lagu-lagunya.”"
“”Siti juga tak sabar nak menyanyi ebrsama-sama Hetty kerana katanya pihak penganjur mahu kami menyanyi duet lagu Siti iaitu Aku Cinta Padamu mengikut versi Indonesia.
“”Bagi Siti, kalau Siti dapat menyanyi bersama-samanya, ia seperti golden dream buat Siti.”"
“”Kalau nak tahu, Siti bercadang nak undang Hetty sewaktu mengadakan konsert di Bukit Jalil dulu. Malangnya, hasrat tu terpaksa dibatalkan kerana beberapa masalah,”" ujar Siti yang akan mengadakan Setiausaha di Shah Alam, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor Bahru, April ini.
HAI! HAI! HAI! SITI NURHALIZA – DENGAN SIAPA SITI SAMBUT RAYA HAJI?
Siti yang buat pertama kalinya menyambut Hari Raya Haji di luar negara juga memberitahu dia begitu hiba apabila mendengar takbir raya tanpa kedua-dua orang tuanya di sisi.
“”Itulah pengalaman paling hiba Siti menyambut raya. Selama ini, Siti tak pernah beraya bersendirian tanpa ibu, bapa dan keluarga yang lain.”"
“”Bagaimanapun nasib baiklah perasaan tu tak lama. Inilah ‘korban’ Siti. Keluarga Siti hanya tiba di Singapura pada sebelah malam 17 Mac.”"
“”Biarpun tak beraya dengan keluarga kecuali bersama Abang Ayie dan isterinya, Kak Rozie, Siti tetap merasa kemeriahan Hari Raya kerana sempat berkunjung ke rumah Abang Ramli MS dan ke rumah pihak pengajur.”"
“”Malah Siti sempat berhari raya ke rumah kakak angkat Siti Kak Sabariah di kawasan Pulau Sentosa sekalipun pada hari tersebut Siti terpaksa menjalani latihan.”"
“”Sebenarnya, Siti dah lama kenal dengan Kak Sabariah ni iaitu di awal Siti menjadi penyanyi lagi. Kalau Siti turun ke Singapura, dialah selalu yang menjadi peneman.”"
“”Nampaknya, cara mereka menyambut raya dan hidangan mereka tak jauh bezanya degan masyarakat di negara kita. Tapi buat pertama kalinya, Siti menjamah biskut suji. Sedap ya!”" cerita Siti tentang pengalamanya beraya di tempat orang.
Kata Siti lagi, ibunya, Siti Salmah juga awal-awal lagi sudah menyediakan biskut cornflakes dan biskut kapal sebagai bekalannya sepanjang di Singapura.
HAI! HAI! HAI! SITI NURHALIZA – BELI BUT MERAH
Bagaimanapun kata Siti, sepanjang hampir seminggu di Kota Singa itu, dia tidak berpeluang bersiar-siar kerana jadual kerje yang ketat.
“”Orang kata kalau ke Singapura, tak sah kalau tak berjalan-jalan. Tapi malangnya, Siti langsung tak sempat nak merasa itu semua. Siti teringin juga nak merayau atau sekadar jalan-jalan ke Pulau Sentosa.”"
“”Tapi masa tak mengizinkan. Bagi Siti, tanggungjawab menyelesaikan konsert ini lebih penting daripada segala-galanya. Kalau Siti berjalan pun, adalah ke pusat membeli-belah di Takashimaya.”"
“”Itu pun sebab Siti terpaksa membeli kasut, satu but warna merah bagi dipadankan dengan baju bagi segmen finale dan beberapa barangan lain yang diperlukan untuk konsert tersebut,”" cerita Siti lagi.
“
Siti Nurhaliza wants to forget incident.
“SEREMBAN: Popular singer Siti Nurhaliza wants to forget about the incident where Parti Keadilan Nasional called for a boycott of her albums.
Instead, she now wants to help contribute to society as the goodwill ambassador of the Malaysian Red Crescent Society (MRCS).
“”I hope the people are clear with the statement I made several days ago,”" Siti Nurhaliza said after receiving the MRCS goodwill ambassador sash from Negri Sembilan Yang di-Pertuan Besar Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman at Istana Hinggap yesterday.
“”I do not foresee any problems after this and we should now put the incident behind us,”" she added.
SPECIAL MISSION … Siti Nurhaliza receiving the MRCS goodwill ambassador sash from Tuanku Ja’afar at Istana Hinggap yesterday.
Keadilan’s information chief Ruslan Kassim had claimed that the singer had been made use of by the country’s leadership when she made a speech during her performance for the National Day celebration at Bukit Jalil Stadium in Kuala Lumpur.
Ruslan had said that Siti Nurhaliza’s speech sounded similar to that of the Prime Minister’s when she asked the people to stand united and be wary of foreign elements.
On her appointment as the goodwill ambassador of MRCS, Siti Nurhaliza said she felt lucky and was proud to accept the challenge.
“”I am moved by the reception at Istana Hinggap today (yesterday) as it had not been easy for the function to be arranged,”" she said.
She said her involvement was part of her contribution to society, particularly to the poor, adding that her participation also represented the contribution of other artistes in the country.
She hopes that her role could help influence other youths to contribute to society.
In Petaling Jaya, National Singer-Musicians Songwriters Association president A. Rahman Hassancriticised Ruslan for calling for the boycott on Siti Nurhaliza.
“”The statement was uncalled for and unfair. Why must one become emotional over a call asking people to stay united.
“”Siti as an individual has a right to express her views and why should people misconstrue things, especially when the call was made in a positive way,”" he said.
“
Siti Nurhaliza Artis Yang Wajar Menjadi Contoh.
Kemunculan gadis bernama Siti Nurhaliza dalam persada seni dan hiburan tanah air memberi kesan yang bukan sedikit kepada masyarakat negara ini.
Daripada kanak-kanak hinggalah orang dewasa, Siti Nurhaliza tidak asing lagi malah dia merupakan artis paling popular tanah air dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.
Kekuatan Siti Nurhaliza, yang baru berusia 19 tahun ini, bukan sahaja kepada suara dan rupa parasnya tetapi jauh daripada itu.
Siti Nurhaliza cukup tersendiri. Dia membina imejnya dengan menyakinkan setakat ini ketika ramai artis wanita khususnya yang remaja tenggelam dan terawang-awang dalam glamour sehingga ada yang sanggup berpelukan sakan dengan artis Bollywood.
Bagi Siti Nurhaliza, dia tidak perlu bergambar berpelukan atau berpegangan tangan dengan artis lelaki untuk meningkatkan popularitinya. Dia juga tidak perlu berpakaian menjolok mata untuk mencuri perhatian.
Apa yang menarik pada Siti Nurhaliza ialah kesederhanaan yang dibawanya. Orang sepertinya lebih mengutamakan kualiti nyanyian dan persembahan.
Kepada orang yang menekankan kualiti, sememangnya Siti Nurhaliza boleh menjadi sandaran. Banyak persembahannya termasuk ketika majlis pembukaan dan penutup Sukan Komanwel ke-16 September lalu, mendapat pujian.
Sememangnya Siti Nurhaliza gadis yang jelita dan berwajah syahdu. Tetapi dia ternyata tidak mahu memperagakan itu sahaja apatah lagi mahu menyalahgunakan kejelitaannya itu.
Sebab itulah perbualan insan-insan bernama lelaki mengenai Siti Nurhaliza selalu terpelihara daripada memperkatakan perkara yang memomokkan tentang artis ini.
Mereka lebih tertarik dengan kesopanan, keayuan, kelembutan dan sudah tentu kemerduan suaranya – lantaran perawakannya yang lebih berorientasikan kualiti diri dan akhlak daripada ‘kontroversi murahan.’
Ini menjadikan penerimaan masyarakat terhadap Siti Nurhaliza menerusi lagu-lagunya cukup natural dan bersahaja.
Ibu bapa misalnya tidak bimbang jika anak mereka menjadikan Siti Nurhaliza sebagai idola mereka.
Bagaimana suaranya? Itu lagi satu kelebihan artis kelahiran Temerloh ini. Suaranya cukup menawan lebih-lebih lagi kebolehan mengawal lenggok dan nada selain sebutan lirik yang jelas.
Lagu-lagu popularnya seperti Jerat Percintaan, Aku Cinta Padamu, Wajah Kekasih, Cindai, Purnama Merindu dan Mawarku (berduet) dinyanyikan dengan baik oleh Siti Nurhaliza.
Dia juga mempunyai kemampuan menyanyikan lagu-asli seperti Sayang Sarawak dengan lebih bertenaga dan penyampaian mengasyikkan.
Siapa kata artis generasi baru tidak pandai menyanyikan lagu asli. Siti Nurhaliza boleh menjadi contoh selain Noraniza Idris.
Persoalannya mampukah Siti Nurhaliza mempertahankan keunikannya dan terus memiliki segala ramuan tersendirinya itu sedangkan dia terus mendaki tangga populariti dengan dinobatkan banyak kejayaan?
Godaan dan cabaran yang menanti orang sebegini selalu besar dan bertali arus. Mujurlah setakat ini, Siti Nurhaliza telah membuktikan rekod yang baik di sebalik cubaan-cubaan untuk mengheretnya ke ‘arus deras dunia glamor artis’.
Dia pernah dikritik kerana tidak mahu mengenakan pakaian seksi dan enggan bergambar galak dengan lelaki.
Masyarakat kita sememangnya mendahagakan role model seperti Siti Nurhaliza, yang mampu mengangkat martabat seni dan hiburan secara terbimbing.
Lebih daripada itu, kita perlu menghasilkan lebih ramai artis seperti Siti Nurhaliza ketika nilai dan tatasusila masyarakat semakin tipis dihakis keserabutan sosial.
Tanggungjawab ini tidak harus dipikul oleh industri muzik dan hiburan tanah air semata-mata bahkan masyarakat keseluruhannya – paling tidak, lebih menyebatikan minat dengan artis sedemikian berbanding artis yang kecelaruan personalitinya.
Cuma persoalannya, mampukah kita memiliki lebih ramai artis seperti Siti Nurhaliza?
Tak Boleh Sama Mak.
Anda yang suka berkelakar, boleh sering-sering kirim surat kepada Siti Nurhaliza penyanyi imut-imut dari Malaysia itu. Sebab, itulah tipe pria idaman dari penyanyi itu, yang di Indonesia populer lewat lagu Betapa Kucinta Padamu. Supaya bisa bikin Siti tertawa, kata Siti. Hanya saja, jangan cepat-cepat mengajak berpacaran, Sebab, tak boleh sama Mak, ungkap gadis yang sehari-hari murah senyum itu.
Beberapa saat sebelum tampil dalam acara Satu Jam Bersama Nurhaliza di Indosiar (20/8), gadis kelahiran Pahang 11 Januari 1979 itu tampak gugup. Aduh, saya takut. Saya gemetar, bisik si gadis yang baru tahun lalu tamat sekolah menengah atas. Menurutnya, itu memang penyakit lamanya sejak kecil. Bahkan, ketika kecil, menyanyi pun takut. Karenanya, anak kelima dari delapan bersaudara keluarga Tarudin Bin Ismail itu terheran-heran sendiri, kok bisa jadi penyanyi. Pengagum Mahathir Mohamad itu, semula bercita-cita menjadi polisi.
Tapi, sekarang ketahuan, resep suksesnya di panggung — sehingga sejak dua tahun lalu memenangkan beberapa festival antara lain di Festival Bintang HMI (1995) dan Agustus ini mendapat anugerah Penyanyi Baru Populer di negerinya ternyata menelan kuning telur mentah. Biar suara saya senang. Ini petuah dari penyanyi lama dan dari Mak, ujar Siti. Ibunya Siti Salmah Bt. Bachik juga menasihatinya untuk tidak banyak minum es. Kalau terlalu banyak, tenggorokan bisa tekak, katanya.
(Dated 4-9-97)
Siti Tidak Ghairah Untuk Menang.
“KARYAWAN seni tanah air seharusnya menjadikan setiap pertandingan ataupun anugerah yang dianjurkan oleh pihak tertentu terutama media massa sebagai landasan untuk terus memantapkan masa depan dan kerjaya seni masing-masing, kata penyanyi popular, Siti Nurhaliza Taruddin.
Siti berkata, langkah itu perlu dipraktikkan secara menyeluruh kerana hanya menerusi pertandingan ataupun anugerah akan membolehkan seseorang artis mengukur sejauh mana pembabitan mereka di arena seni mendapat pengiktirafan masyarakat.
Kata beliau, seseorang karyawan seni tidak perlu terlalu ghairah mendapatkan kemenangan dalam sesuatu pertandingan tertentu kerana perkara paling utama, mereka dapat turut serta.
“”Berdasarkan pengamatan, karyawan seni tidak sepatutnya terus mempunyai sikap sebegitu kerana ia dikhuatiri mendatangkan kesan negatif terhadap diri mereka dan pertandingan itu sendiri.
“”Bagi saya, penyertaan dalam sesuatu pertandingan adalah penting kerana hanya cara itu sahaja karyawan seni dapat berkumpul dan bermesra sesama sendiri.
“”Tidak mungkin ia dapat dilakukan pada hari-hari biasa kerana masing-masing terlalu sibuk dengan urusan sendiri dan mempunyai jadual harian yang ketat,”" katanya lagi.
Untuk Anugerah Skrin & Bintang Popular 1996 (ASBP’96), Siti tercalon dalam tiga kategori termasuk Penyanyi Wanita Popular, Penghibur TV Popular dan Artis Remaja Popular.
Siti mendapat saingan hebat daripada Erra Fazira, Amy Mastura, Nora dan Aishah dalam kategori Penyanyi Wanita Popular.
Manakala bagi kategori Penghibur TV Popular dan Artis Remaja Popular, dia akan ditentang hebat oleh KRU, Ziana Zain, Awie, Senario, Nurul, Zizie Izzette, Ngasriah Nasri serta Elite.
Di samping itu, Siti juga adalah calon favourite bagi kategori Artis Paling Popular berdasarkan prestasi cemerlangnya dalam industri muzik tanah air kebelakangan ini.
Bagaimanapun, Siti enggan meramalkan peluangnya untuk memenangi sebarang kategori pada majlis anugerah itu kerana menyifatkan pencalonannya ke peringkat akhir sudah cukup memadai.
“”Oleh itu, saya menganggap kemenangan hanya sebagai bonus dan dorongan untuk terus memantapkan kerjaya seni dan diri masing-masing sebab jika kalah sekalipun, bukan bermakna kita tidak bagus,”" katanya.
Selain itu, Siti menghargai usaha Berita Harian dan TV3 yang mengambil inisiatif menganjurkan majlis itu kerana ia secara tidak langsung membuktikan mereka mengambil berat terhadap kemajuan industri hiburan negara.
“”Apa yang saya nampak, gabungan Berita Harian dan TV3 menganjurkan ASBP’96 mencipta satu sejarah baru dalam industri hiburan negara ini. Ia diharapkan berterusan pada masa-masa akan datang,”" katanya.
“
Siti Nurhaliza Rangkul 4 Anugerah.
“SITI NURHALIZA Taruddin menyifatkan isu dan gossip yang kerap melanda dirinya banyak membantu meningkatkan populariti sekali gus melayakkan dia menjadi artis paling popular pada 1996.
Bagaimanapun, dia tetap bersyukur gossip liar itu tidak melemahkan semangat peminat untuk memberi sokongan padu terhadap kariernya sebagai penyanyi.
Siti yang ditemui selepas menerima anugerah itu berazam untuk meningkatkan lagi usahanya dan memantapkan karier seninya sebagai penyanyi yang baik di masa depan.
“”Ini adalah cabaran bagi saya. Saya tidak pernah menyangka dapat memenangi semua kategori yang dicalonkan. Ia seolah-olah memaksa saya meningkatkan lagi azam saya untuk menjadi penyanyi yang baik dan serba boleh di masa depan,”" katanya sewaktu ditemui selepas majlis Anugerah Skrin dan Bintang Popular 1996 di Auditorium Majlis Perbandaran Shah Alam, semalam.
Mengenai popularitinya yang terlalu mendadak, Siti berkata, dia tidak bimbang jika ia tidak berkekalan.
“”Hari ini hari saya. Mungkin esok hari orang lain. Siapa tahu jika tahun depan kategori ini akan dimenangi oleh orang lain. Apa yang pasti adalah saya harus mencuba yang terbaik bagi mengekalkan populariti saya di masa depan,”" katanya.
Selain artis paling popular untuk tahun lalu, Siti turut memenangi tiga kategori lain iaitu Artis Remaja Popular, Penghibur TV Popular dan Penyanyi Wanita Popular. Semua anugerah itu melayakkan Siti membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM22,000.
“”Saya mengucapkan terima kasih kepada semua peminat saya di seluruh negara, tidak ketinggalan kepada akhbar Berita Harian dan TV3 yang berjaya menganjurkan acara penuh berprestij untuk tahun ini,”" katanya.
“
Transcript, Anugerah Skrin & Bintang Popular 1996.
Over here are transcripts of Siti Nurhaliza?s speeches on accepting the awards in the Anugerah Skrin & Bintang Popular 1996, which was held at Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA) on Sunday, 24th August 1997. The ceremony was jointly organised by Berita Harian and TV3.
Most Popular TV Entertainer / Penghibur TV Paling Popular
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Pertama sekali Siti ingin mengucapkan terima kasih Siti yang tak terhingga kepada peminat-peminat Siti. Aku cinta padamu.
Begitu juga kepada pihak Berita Harian dan juga TV3, terima kasih.
Tak lupa juga kepada semua yang menyokong Siti dari belakang, iaitu yang paling Siti sayangi, keluarga Siti.
Terima kasih semua.
Most Popular Female Singer / Penyanyi Wanita Paling Popular
Tak tahu nak cakap apa dah?
Terima kasih kepada semua yang memilih Siti. Kepada ibu bapa Siti, juga kepada syarikat rakaman Siti? Mr. Tan. Dan semua yang menyokong Siti dari belakang.
Terima kasih semua.
Most Popular Artiste / Artis Paling Popular
Alhamdulillah. Syukur Siti kepada Allah s.w.t.
Dan akhir ucapan Siti, Siti nak ucapkan jutaan terima kasih Siti kepada orang paling penting sepanjang Siti bergelar artis? ibu bapa Siti, peminat-peminat Siti? terima kasih.
Begitu juga pihak Berita Harian, TV3 dan semua wartawan yang selama ni memberi sokongan dalam hidup Siti. Terima kasih.
Trancsript, Anugerah Industri Muzik (AIM) ?97.
“Here is a transcript of what Siti said on accepting the awards at the Anugerah Industri Muzik (AIM)?97. Held at the Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur. AIM is the local version of the Grammy Awards.
Best New Artiste (Female) / Artis Baru Terbaik (Wanita)
(Siti was “”speechless”" for this one)
Best Song / Lagu Terbaik ~ Jerat Percintaan
“”Sebab pada mulanya Siti tak dapat bercakap, sekarang Siti boleh bercakap?.
Pertama sekali syukur Alhamdulillah dan di kesempatan ini Siti ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan syukur Siti terutama sekali kepada mereka yang berada di belakang Siti di sebalik kejayaan Siti? abah, mak, keluarga Siti. Syarikat SRC terutama sekali big boss Siti, Abang “”D”" yang bersusah payah selama ini, yang mengesan bakat Siti.
Para media cetak dan media elektronik yang menentukan jatuh-bangun Siti. Dan juga kepada peminat-peminat tersayang. Aku cinta padamu.”"
“
Siti Nurhaliza Takut Hadapi Masa Depan
“KEMENANGAN besar yang dimenanginya dalam waktu yang singkat membuatkan Siti Nurhaliza takut untuk menghadapi masa hadapan.
Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu Jerat Percintaan ini, dengan kemenangan itu bermakna dia perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan prestasinya.
“”Saya akui ada kalanya takut dengan pencapaian yang begitu mendadak. Apa yang paling saya takutkan ialah bagaimana untuk mempertahankan title terbaik yang saya menangi ini.
“”Malah, saya sedar saya mendapat kemenangan besar dalam waktu yang begitu singkat sedangkan orang lain terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk mendapat pengiktirafan ini.
“”Bagaimanapun, saya akan cuba sedaya mungkin supaya tidak mudah lupa diri dan sentiasa bersyukur kepada Tuhan,”" katanya ketika ditemui selepas Anugerah Industri Muzik ’97 (AIM ’97).
Di majlis itu Siti memenangi dua anugerah iaitu Artis Solo Baru Terbaik Wanita untuk album Siti Nurhaliza dan Lagu Terbaik (Jerat Percintaan).
Siti yang tidak dapat berkata apa-apa sewaktu menerima anugerah turut mengadakan persembahan bersama kumpulan 2 By 2 dengan lagu Mawarku.
“