Archive for the ‘Google Posts’ Category
Milla is Era champion
By : Dennis Chua
GENTING HIGHLANDS: Nor Syarmilla Jirin aka Milla emerged as the big winner of Anugerah Era 2007 at the Arena of Stars here last night.
The Akademi Fantasia 5 winner got the Favourite Promising Artiste and Favourite Pop Song (Persis Mutiara) titles.
Jamal Abdillah and Mawi won the favourite vocal performance award for their duet Terharu.
Spider won in the Favourite Band category. Mawi won for Favourite Nasyid Song (Al-Jannah) and Favourite Music Video (Langit Biru), Faizal Tahir won for Favourite Rock Song (Maha Kaya Cinta).
Datuk Siti Nurhaliza continued to dominate in the women’s category by winning Favourite Female Vocalist.
Jaclyn Victor and Point Blanc won Favourite Local English Artiste.
Pop group Alleycats were honoured with the Anugerah Seni for their contributions to the entertainment industry.
The Kaki Wayang Era Favourite Film Award was won by Jangan Pandang Belakang.
Era Chart Award went to Kenangan Terindah by Indonesian group Samsons.
Organised by radio station Era FM, the annual awards, which debuted in 2001, also saw performances by popular singers such as Dayang Nurfaizah, Hattan, Anuar Zain, Misha Omar, Ella, Jinbara, Vince Chong and Idayu Yaakob.
The hosts included Kieran, AC Mizal, Yasmin Hani, Jimmy Shanley, Nana Che Mahazan and Aznil Nawawi.
The prizes were presented by actors Datuk Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar and Afdlin Shauki and singer Siti among others.
The two-and-a-half-hour show was carried live over Astro’s Ria channel with simultaneous broadcasts over Era FM (103.3FM).
A total of 65 candidates vied for the awards. The awards’ theme was Trends And Traditions. Below are the results:
Favourite Promising Artiste: Milla.
Favourite Female Vocalist: Datuk Siti Nurhaliza.
Favourite Male Vocalist: M. Nasir.
Favourite Vocal Performance (Group or Duo): Jamal Abdillah and Mawi.
Favourite Band: Spider
Favourite Nasyid Song: Al Jannah by Mawi.
Favourite Local English Artiste: Jaclyn Victor and Point Blanc.
Favourite Rock Song: Maha Kaya Cinta by Faizal Tahir.
Favourite Pop Song: Persis Mutiara by Milla.
Favourite Global Song: Nafas Cinta by Misha Omar.
Favourite Music Video: Langit Biru by Mawi.
Favourite Film: Jangan Pandang Belakang.
Hotlink Ringtone Award: Farhana by Jinbara.
Siti ke acara karpet merah Anugerah Grammy Ahad ini
06-02-2007 11:50:45 AM
Oleh ZIEMAN
Bagaikan sebuah mimpi indah apabila Datuk Siti Nurhaliza apabila diundang berjalan seiring dengan selebriti terkenal Mariah Carey, Alicia Keys, Christine Aguilera dan Jamie Fox
Bagaikan sebuah mimpi indah apabila Datuk Siti Nurhaliza apabila diundang berjalan seiring dengan selebriti terkenal Mariah Carey, Alicia Keys, Christine Aguilera, Jamie Fox dan ramai lagi di acara karpet merah Anugerah Grammy ke 49, yang akan berlangsung Ahad ini di STAPLES Center, Los Angeles.
Tapi inilah tuah insan kerdil yang bernama Siti Nurhaliza. Penghormatan yang julung-julung kali diterima oleh sebarang penyanyi tersohor di rantau ini bakal membuka mata selebriti terkenal antarabangsa terhadap insan bernama Siti Nurhaliza.
Dan semuanya berlaku secara kebetulan saja. Mulanya, Siti hanya memenangi dua tiket ke anugerah tersebut pada bulan Mac tahun lepas ketika terpilih sebagai Artis Berpakaian Paling Cantik di acara Ritz Carlton “Breakfast With The Stars” atas tajaan Star World.
Disebabkan namanya adalah ikon di rantau ini, Star World telah membuat cadangan agar Siti dimasukkan sekali ke acara karpet merah.
Dan pada hari Sabtu ini, penyanyi No 1 Malaysia ini akan berlepas ke Los Angeles, ditemani suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa, juru mekap Nurul Shukor dan pengurus produksi, Saiful Kadri.
Penyanyi jelita ini mengaku cukup teruja dengan jemputan yang diterima ke acara berprestij itu.
“Tak sangka pula, Star World sudi membuat cadangan agar Siti berjalan di atas karpet merah di acara Grammys itu,” jelas penyanyi di dalam perbualan telefon lewat petang semalam.
Siti yang menjadi idola ribuan peminat itu akan mengenakan pakaian berwarna hitam putih dari kain jenis Channel yang dibelinya dari London baru-baru ini.
“Siti telahpun memberi kain itu kepada Datuk Bernard Chandran. Siti serahkan pada dia bagaimana nak design baju Siti. Yang Siti tahu, konsepnya bercorak conservative with a modern touch dan berpotongan ala kebaya pendek serta berkerawang. Siti pun belum sempat lagi pergi fitting,” jelas penyanyi anggun itu.
Bagi Siti, kehadirannya ke acara anugerah tersebut bagaikan satu lagi mimpi indah yang akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.
“Siti bersyukur, dapat pergipun dah best sangat, tambahan pula dipelawa jalan atas red carpet. Memang tak sangka lah. Lagipun selama ini nama-nama ini Siti cuma tengok kat TV saja,” kata Siti yang begitu mengkagumi penyanyi Celine Dion, Christine Aguilera dan Mariah Carey.
Siti juga akan membawa bersamanya cenderahati untuk diberi kepada mereka yang berkenaan.
“Siti memang selalu membawa cenderamata begini apabila pergi ke luar negara untuk menghadiri acara hiburan,” jelas penyanyi bersuara merdu itu lagi yang akan menginap di Renaissance Hollywood Hotel, berhampiran dengan Grauman’s Chinese Theater dan Kodak Theatre.
Pemergiannya yang akan ditemani suami tercinta juga membuat hatinya bertambah teruja.
“Suami Siti amat ambil berat tentang karier Siti tambahan pula kalau Siti mendapat pencapaian begini. Dia caring dan memahami perjalanan karier Siti tapi dia tidak suka diberi publisiti. Cukuplah sekadar di belakang tabir sebagai penyokong,” kata Siti lagi.
Pasangan bahagia ini khabarnya akan berada di Los Angeles selama lima hari sebelum bertolak ke Vancouver “untuk melawat seorang teman”.
Khabarnya juga, Siti dan Datuk K akan mengambil cuti selama dua minggu sebelum pulang ke tanah air pada 20 Februari nanti.

“Siti dah slow down banyak. Kalau dulu memang banyak show Siti ambil, sekarang ni cuma satu show untuk satu minggu”
(Foto The Star)
Siti lebih rileks sekarang
Siti mengaku kehidupannya sebagai penyanyi “agak rileks” kebelakangan ini kerana dia tidak mengambil semua show yang ditawarkan.

“Siti dah slow down banyak. Kalau dulu memang banyak show Siti ambil, sekarang ni cuma satu show untuk satu minggu. Alhamdulillah, kehidupan begini yang Siti idamkan selama ini, dapat rileks bersama keluarga dan memberi tumpuan kepada rumahtangga,” katanya lagi.
Walalupun begitu, Siti tetap memenuhi tuntutan dan tanggungjawabnya sebagai Duta Oil of Olay dan Pantene dengan memberi komitmen seperti yang dipersetujui.
“Siti akan mula sibuk pada bulan April nanti untuk Secretaries Week. Siti belum tahu lagi tawaran yang mana satu Siti akan ambil, semuanya terpulang kepada kesesuaian masa,” kata Siti yang bercadang membuat album baru tahun ini.
Siti juga akan masuk studio pada bulan April nanti untuk pembikinan album barunya yang berbentuk pop tradisional di bawah penerbitan syarikat Siti Nurhaliza Productions (SNP) Sdn Bhd.
“Kak Rozie banyak membantu Siti membuat pemilihan lagu. Beberapa komposer sudahpun memberi lagu mereka seperti Ayob, Pak Ngah dan komposer Indonesia Katon,” jelasnya.
Selepas pembikinan album tradisional ini nanti, Siti bercadang untuk membuat satu lagi album “Tribute To Legend” untuk semua komposer lagenda di tanah air kita seperti Datuk Ahmad Nawab, M.Nasir dan Zubir Ali.
“Siti dah lama minat dengan ciptaan komposer-komposer ini. Tentus eronok kan menyanyikan lagu-lagu nostalgia ciptaan mereka,” kata Siti.
Di sebalik kebahagiaan yang tercipta, bukan sedikit yang cuba memberikan gambaran begatif pada rumahtangga Siti dan Datuk K. Gosip dan fitnah silih berganti dan datang bertali arus.
“Siti doakan Tuhan bukakan pintu hati mereka supaya berubah. Tiada apa yang dapat mengubah apa-apa sekali pun melainkan dengan izinNya. Memang Siti dah dengar banyak cerita-cerita burok tapi Siti dah lali dan anggap ia berlaku kerana penyakit hati,” kata Siti yang semakin menampakkan kematangannya.
Menurut Siti, dia dan suaminya akan tersenyum setiapkali terbaca gosip atau fitnah tentang diri mereka.

“Siti amat popular bukan saja di sini tetapi juga di Indonesia dan Singapura”
(Foto The Star)
“Datuk tersenyum saja. Dia cuma kata “dia orang ni semua tak ada kerja kut”,” kata Siti.
Siti ikon di rantau ini
Bagi Nini Yusof, Pembantu Timbalan Presiden Pengedaran & Pemasaran Star TV Asia Tenggara, pemilihan Siti untuk acara karpet merah pada anugerah Grammys nanti “adalah tepat dan paling wajar kerana Sitilah satu-satunya ikon yang disayangi ramai di rantau ini.”
“Ketika saya memberitahu Siti pada hari Ahad lepas yang dia terpilih untuk acara karpet merah, dia kedengaran begitu gembira sekali,” ujar Nini dalam perbualan telefon dari Singapura hari ini.
Nini juga begitu gembira yang Siti turut terpilih, sekaligus meletakkan harapan yang bukan sedikit ke atas penyanyi bersuara merdu ini.
“Siti amat popular bukan saja di sini tetapi juga di Indonesia dan Singapura. Dia sememangnya layak diberi penghargaan sebegini. Kami akan menghantar krew Channel V seramai tiga orang dan dibantu oleh krew tempatan di LA.
“Kami akan membuat liputan bagi acara Anugerah tersebut dan semua footages ini akan disiarkan secara ekslusif pada akhir bulan Februari di rangkaian Star World,” jelas Nini yang akan bertemu Siti pada hari Rabu ini untuk berbincang persediaan ke anugerah Grammys itu.
Bagi Nini, Star World sudah menyediakan satu platform yang terbaik bagi Siti mengenalkan dirinya di peringkat antarabangsa, selebihnya terpulanglah kepada Siti sendiri.
“Sekiranya pakaian yang dipakainya mendapat perhatian paparazi di sana, kemungkinan mereka akan memberi perhatian kepadanya,” jelas Nini.
Menurut Nini lagi, “6 tahun dulu, orang tidak berapa kenal Elizabeth Hurley tetapi disebabkan pakaian Versace yang dikenakan begitu cantik sehinggakan semua orang memperkatakan tentang Elizabeth selepas itu. Harap-harap Siti pun akan mengalami keadaan yang sama,” jelas Nini lagi.
Acara red carpet itu akan memakan masa selama 30 minit namun Nini yakin keterampilan dan kebijaksanaan gabungan Siti dan Bernard Chandran, ramai mata akan terpaku melihat kelibat Siti di karpet merah itu nanti.
“Siti cuma perlu untuk menarik perhatian media di sana. Kalau mereka suka apa yang Siti pakai dan penampilan Siti yang anggun dan memukau, sudah tentu mereka akan memberi perhatian kepadanya,” kata Nini lagi.
Satu sidang akhbar untuk pengumuman Siti ke Anugerah Grammys akan diadakan pada hari esok, jam 3 petang bertempat di Presidential Suite, Hotel JW Marriot.
This year’s most expensive wedding at RM3.5m
08 Sep 2006
M. Hamzah Jamaludin
——————————————————————————–
KUANTAN: The wedding of Datuk R of Malacca to Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan is likely to trump the Datuk K-Siti Nurhaliza nuptials for extravagance.
Including the hantaran (wedding gifts), Datuk Roslan Hashim spent more than RM3.5 million on the akad nikah (solemnisation of the marriage) tonight and the grand dinner reception tomorrow.
The 22 gifts he presented to his 24-year-old bride include a RM444,444.44 cash wedding gift, a BMW car worth RM250,000, a RM150,000 jewellery set, a 20-carat diamond ring costing RM20,000 and other designer items. Her dowry (emas kawin) was RM22,222.22.
Roslan denied he was competing with Datuk Khalid Muhammad Jiwa, saying: “I don’t think it’s wrong to hold a grand event and present an expensive hantaran if one can afford it.”
Khalid’s hantaran for Siti came to RM30,000, while her dowry was RM22,222.
Shahanaz presented her 49-year-old groom with 20 trays of gifts, including a Rolex watch worth RM84,000 and a RM18,000 wedding ring.
She was a part-time model and is related to the late Tengku Ampuan Pahang Tengku Afzan.