Siti Nurhaliza Kedekut Ke?
Raya pun dah abis… Mungkin ada peminat Siti Nurhaliza yang menghantar kad raya kepada Siti Nurhaliza pada tahun ini dan tahun-tahun yang lepas. Tapi.. pernahkah anda mendapat balasan kad raya dari Siti Nurhaliza?
Untuk mengetahui sebabnya anda tidak mendapat balasan kad raya dari Siti Nurhaliza, sila baca berita ini -> http://simplysiti.wordpress.com/2006/10/27/kad-raya-edisi-khas-artis/
Bagaikan Mimpi Sahaja…
Sudah lebih sebulan Datin Siti Nurhaliza bernikah dengan Dato Khalid Muhd Jiwa. Macam tak percaya kini Datin Siti Nurhaliza sudah menjadi isteri orang.
Kenapa ek Datin Siti Nurhaliza masih hendak menyanyi di kedua-kedua majlis bersandingnya di KLCC dan Kuala Lipis? Mungkin Datin Siti Nurhaliza takut selepas ini beliau tidak dibenarkan menyanyi lagi oleh suami tersayangnya atau takut peminat-peminat tidak akan menyaksikan persembahannya selepas persandingnya ini. Hmm…. Only DIA yang tahu…
Anyway, enjoy this video of their wedding ceremony at Dataran Kuala Lipis.
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=PSQuIgotvhE]
Anugerah ERA 2006
Tak ceria kalau rancangan-rancangan anugerah tidak menyelitkan cerita-cerita dunia artis masa kini.
Anyway SYABAS kepada Asmawi kerana membolot hampir semua anugerah ERA tahun ini.
Enjoy the video folks..
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=-NTbBtaSroo]
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=P2ioBKtCy7A]
Yok Ganyang!
Versi Putera Emas: “Ganyang Datin Siti Nurhaliza, Selamatkan Dr M!”
Siti Nurhaliza Bersanding 2006
Selesai sudah persandingan Datin Siti Nurhaliza dengan selamatnya, maklumlah Datin Siti Nurhaliza diapit dan dikawal rapat dengan pengawai-pengawai peribadinya dan Dato Khalid. Semasa satu jam bersama peminat di KLCC pun Datin Siti masih berasa takut di lempar telur busuk sehingga tidak berani menemui peminat-peminat di bawah hotel.
Apa mereka merepek ni? Persandingan Datin Siti Nurhaliza dan Dato Khalid membazirkan wang! Wang siapa yang dibazirkan? Adakah wang Dato Khalid seorang sahaja? Wang persandingan mereka bukan sahaja datang dari Dato Khalid, ada yang dari keluarga Datin Siti Nurhaliza dan kebanyakkannya dari penganjur-penganjur seperti TV3. So it not Dato Khalid money yang membuat kos persandingan mereka beribu-ribu ringgit.
Masih lagi wartawan-wartawan yang berasa tidak puas hati dengan majlis persandingan Datin Siti Nurhaliza di tambah pula dengan stesen RTM yang tidak setuju dengan rating yang dikeluarkan oleh AGB Nielsen. Haiz… pasal Datin Siti Nurhaliza, RTM sanggup menyiarkan rancangan khas “Mawi -Ina” pada masa dan waktu yang sama. Tak pasal-pasal, tsuna-TV stesen berlaku pula.
Bercakap mengenai Mawi dan Ina, buat apalah Astro/RTM hendak menduakan mereka kembali? Sudah bukan JODOH mereka, tak payahlah hendak dijodohkan kembali. Kalau mereka ada jodoh di masa hadapan, mungkin akan ada sebuah lagi “Wedding Of The Year” ala-ala “Gila-Gila Pengantin Popular”, maklumlah Ina tak lama lagi akan menjadi lebih “World” dari Mawi. Ada website lagi. By the way, makin lawa Diana Nain sekarang ni sejak trim keningnya… nice eyes… untung siapa yang dapat!
Satu persamaan mengenai Mawi dan Datin Siti Nurhaliza, kedua-dua orang tuanya tidak merestui hubungan cinta mereka. seperti mana pengakuan Ina dan Kris Dayanti. Sebagai seorang yang memilih restu orang tua dari cinta, Mawi sanggup berpisah dengan Ina. Sebaliknya pula dengan Datin Siti Nurhaliza, orang tuanya pula terpaksa mengalah dan merestui juga perkahwinan mereka.
Jodoh ke Datin Siti Nurhaliza? Memanglah jodoh kamu dengan orang-orang yang berpangkat sahaja. Orang-orang biasa manalah dapat merapat denganmu kerana ramai orang yang menjaga dan mengawasimu. Tempoh hari semasa aku berada dibelakang kamu, Alud memberi warning kepada aku supaya jangan terlalu dekat.
Banyak juga komen-komen yang ditulis oleh peminat-peminat dan bukan peminat Datin Siti Nurhaliza di blog-blog dan forum-forum. Kebanyaknya memberi komen negatif dari positif. Antaranya:
1. Mereka menuduh Datin Siti Nurhaliza perampas dan pemusnah rumahtangga orang lain.
2. Mereka menuduh Datin Siti Nurhaliza tamakkan harta Dato Khalid.
3. Mereka menuduh Datin Siti Nurhaliza terhutang budi kerana kerugian di RAH.
4. Mereka meramalkan Datin Siti Nurhaliza akan bergaduh dengan Dato Khalid mengenai anak-anak Dato Khalid.
Mungkin betul Datin Siti Nurhaliza merampas Dato K dari Tengku Z kerana Datin Siti tidak memberi peluang untuk Tengku Z merujuk kembali ketika kesnya masih belum selesai lagi.
Mungkin betul Datin Siti Nurhaliza tamak harta Dato Khalid kerana Datin Siti Nurhaliza bukannya kaya mana. Apakah makna “KAYA”? Bagi aku orang yang “KAYA” hanya orang yang tidak perlu bekerja. Kalau Datin Siti Nurhaliza KAYA, kerja keluarga Datin Siti Nurhaliza hanya makan, tidur, melancong dan bershopping sahaja.
Mengenai hutang budi tu, seperti post aku yang lepas, aku pun tak pasti, tapi semasa konsert itu, ada seseorang yang memborong kesemua tiket RAH yang tidak laku dan memberinya kepada peminat-peminat London. Adakah Dato Khalid yang memborongnya? Hanya orang-orang RAH yang tahu.
Hmm… Datin Siti Nurhaliza fed-up dengan Dato Khalid? Hahaha.. maybe Dato Khalid yang fed-up dengan Datin Siti Nurhaliza mengenai permintaan-permintaannya yang terlampau.
Hahaha.. “Cahaya Cinta”, Datin Siti Nurhaliza menafikan cintanya bukan kerana “HARTA”! Hmm.. lagu and senikata not bad, tapi apasal lagu sedih ek?
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=xY9Rb-6Hb7M]
Anyway, enjoy this “Bersanding” video clip yang ku buat sehari semalam.
Included lagu “Cahaya Cinta”. Lagu “Di Hari Persandinganmu” ditujukan khas buat Datin Siti Nurhaliza.
Selamat Bersanding Datin Siti Nurhaliza!
8.30 malam ini akan berentap dua siaran langsung pasangan selebriti Malaysia.
Adakah siaran Mawi dan Diana Naim di Astro dapat mengalahkan Datin Siti Nurhaliza dan Dato Khalid Mohd Jiwa di TV3? Mungkin tidak.
Adakah persanding malam nanti akan menghampakan wartawan-wartawan dan stesen-stesen TV sekali lagi seperti minggu lepas? Mungkin ya.
Aku tertarik dengan tulisan Saodah Ismail dari Berita Minggu Singapura mengenai reaksi datin-datin yang mungkin tidak akan bersama dato-dato mereka ke undangan persandingan Datin Siti Nurhaliza nanti. Hahaha… macam-macam hal berlaku semasa akad nikah mereka minggu lalu. Apakah agaknya akan berlaku malam nanti? Mungkin bangunan KLCC akan roboh?
Takut juga akhirnya Datin Siti Nurhaliza dengan peminat-peminat fanatiknya yang merancang membaling telur busuk semasa perarakan berkuda mereka nanti. Tidak termakbur niat Datin Siti Nurhaliza ingin menjadi puteri seperti cerita Cinderella dahulu kala. Itulah, siapa suruh makan telur dalam jamban???.
Cakap mengenai peminat, ada seorang peminat tu yang tidak berpuas hati dengan tulisan Jazreel Low di New Paper (Singapore) semalam. Anyway, this cina, apa dia tahu pasal Datin Siti Nurhaliza?
Aku menerima sms dari seorang rakan cina Malaysia memberitahu aku perkahwinan Datin Siti Nurhaliza hanya akan kekal selama setahun sahaja. Hmmm…. Bukan orang melayu sahaja yang meramalkan sedemikian, rupanya bangsa lain juga sebegitu.
Jikalau perkahwinan Erra Fazira hanya kekal lebih kurang 3 tahun sahaja bersama Yusry dengan mas kawinnya RM33,333,33… apakah Datin Siti Nurhaliza dengan mas kahwin RM22,222,22, hanya akan kekal kira-kira 2 tahun sahaja? Kita tunggu dan lihat nanti….
Apa-apapun enjoy the video of akad nikah dibawah ini.
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=l4PJh92HRt8]
Selamat Pengantin BARU Buat Datin Siti Nurhaliza Dan Selamat Pengantin LAMA Buat Dato Khalid Mohd Jiwa
Tiada apa yang ada untuk diberikan hadiah perkahwinan buat Datin Siti Nurhaliza dan Dato Khalid Mohd Jiwa selainkan sebuah blog khas yang penuh dengan berita-berita Siti Nurhaliza – - > http://simplysiti.wordpress.com/
Hope you like it Datin Siti Nurhaliza! Tiada Lagi Rahsia…
For those who missed the Akad Nikah ceremony , here some youtube from tidurdiperahu
‘Datin Siti’ in the 8pm News
Buletin 1.30 Siti Nurhaliza’s wedding
Siti Nurhaliza 21/8 11.54am
Siti Nurhaliza 21/8 11.45am
Siti Nurhaliza 21/8 11.23am & 11.36am
Siti Nurhaliza 21/8 11.14am
Siti Nurhaliza 21/8 11.08am
Siti Nurhaliza 21/8 11.00am
Siti Nurhaliza 21/8 10.50am
Siti Nurhaliza 21/8 10.40am
Siti Nurhaliza 21/8 10.30am
Siti Nurhaliza Yang Terlampau
Terlampau 1 : Penyanyi melayu pertama yang menerima paling banyak anugerah.
Terlampau 2 : Penyanyi melayu pertama yang mengadakan konsert di Royal Albert Hall, London.
Terlampau 3 : Penyanyi melayu pertama yang akan bernikah dan bersanding disaksikan oleh berjuta-juta manusia menerusi kaca TV secara langsung.
Walaupun ramai yang berkata perkahwinan Siti Nurhaliza bersama Dato’ K adalah “Wedding Of The Year”. Bagi aku, aku melabelkan ia sebagai “Disappointed Wedding Of The Year”.
Disebabkan oleh pengumuman Siti Nurhaliza di sidang akhbar tempoh hari, seorang peminatnya sanggup menutup blognya. Berakhirlah sudah Cinta Semusim nya. Seorang lagi mengubati Kisah Mat Rock nya dengan menyanyi dan berpuisi. Siti Nurhaliza will die, But ROCK terus HIDUP ok Mat Rock!
Apa-apa sahajalah TV3 mengadakan rancangan “Tiada Rahsia”. Rancangan selama satu jam dimana kita dilalaikan dengan penyanyi jemputan menyanyikan 3-4 lagu Siti Nurhaliza, pengacara yang banyak membuang masa, pesanan penaja dan Siti Nurhaliza hanya mendedahkan 1-2 rahsia sahaja.
Aku masih tidak percaya “Pak Besak” panggilan Siti Nurhaliza kepada Dato’ K. Mungkin Siti Nurhaliza memanggilnya “Bang Lid” kot. Dengar-dengar episod semalam sungguh membosankan kerana Siti Nurhaliza tidak mahu menjawab soalan-soalan yang diberikan. Peminat-peminat Siti Nurhaliza ditipu lagi…. mungkin rancangan itu patut ditukar kepada “Rahsia Tetap Rahsia”.
Satu rahsia Siti Nurhaliza adalah memakan buah strawberi cecah di coklat pemberian Dato’ K. Patutlah sejak menjak ni berat badan Siti Nurhaliza bertambah. Kerja Dato’ K lah…. Nampaknya makin sihatlah Siti Nurhaliza selepas berkahwin… hahaha…
Lepas ni adalah peminat-peminat ikut-ikut makan buah strawberi cecah di coklat dan cari calon suami seperti Dato’ K.
Soalan yang aku hendak dengar dari Siti Nurhaliza mengenai detik-detik bermulanya cinta mereka berputik mungkin akan terus menjadi rahsia. Oleh itu aku ingin membuat andaian (spekulasi – perkataan mat saleh yang dicuri dan ditukar menjadi perkataan melayu celup) mula-mula Siti Nurhaliza jatuh cinta kepada Dato’ K. Spekulasi dibawah mungkin tidak benar atau benar atau hampir-hampir benar.
Al-Kisahnya….
Siti Nurhaliza memang sudah mengenali Dato’ K sejak dari usahasama syarikat mereka selepas Kemuncak Konsert Fantasia Tour 2004. Masa tu Dato’ K yang cuba mengurat Siti Nurhaliza, tapi Siti Nurhaliza tidak berminat sangat.
Hanya selepas kekecewaan Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall, dimana Siti Nurhaliza melafazkan kesedihannya dan kerugiannya di laman rasminya Sitizone, Dato’ K mengambil kesempatan untuk memujuk dan mencuri hati Siti Nurhaliza. Kata-kata semangat Dato’ K sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya telah menambat hati Siti Nurhaliza dan membuat Siti Nurhaliza lebih berazam untuk meneruskan kerjayanya sebagai seorang penghibur dan berputiklah bunga-bunga cinta dari situ.
Waktu itu Dato’ K belum lagi sah bercerai, jadi tak bolehlah diheboh-hebohkan, takut dianggap Siti Nurhaliza merampas suami orang. Selepas sahaja Datuk K – Tengku Zawiyah sah cerai, barulah Siti Nurhaliza membuat sidang akhbar besar-besaran.
Itu sahaja spekulasi aku.
Spekulasi mengenai Siti Nurhaliza terhutang budi (duit Dato’ K untuk bayar konsert Royal Albert Hall) dan terpaksa membayar dengan “Body” yang banyak terdapat di internet tu aku tak tahu ler.
Buat Siti Nurhaliza, “Tiada siapa yang dapat menjatuhkan kamu dimana kamu berada sekarang melainkan kamu yang menjatuhkan diri kamu sendiri”.
Halang Siti Nurhaliza Berkahwin Dengan Dato’ K ???
Seorang insan telah membuat sebuah laman web petition untuk membangkang keputusan Siti Nurhaliza dengan Dato’ K. Sesiapa yang hendak sekaki silakan ke laman itu. Buat masa ini, sudah ada 20 tandatangan disitu. Apa-apa pun, ia tidak akan merubah keputusan Siti Nurhaliza, walaupun ada satu juta tandatangan sekalipun!
